oleh : vitamin semulajadi
Ibu hamil secara azalinya mula memandang diet hariannya sebagai sesuatu yang serius. Maklumlah, membawa insan lain dalam tubuhnya, menjadikan seorang ibu tidak mahu merisikokan bayinya terhadap perkara-perkara yang tidak diingini.
Makan banyak sayur-sayuran dan
buah-buahan semasa mengandung dikaitkan dengan merendahkan peluang mempunyai
bayi dengan alahan tertentu,satu kajian dari Jepun mencadangkan hal ini.
Kajian mendapati bahawa bayi yang
dilahirkan oleh wanita yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dan
kuning yang kaya dengan beta karotena, mempunyai kurang risiko menghidap
ekzema, satu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal, kering, merah dan
rekah.
Makanan yang tinggi dalam Vitamin E, seperti yang
ditemui dalam beberapa sayur-sayuran hijau, juga didapati boleh mengurangkan risiko semput pada bayi.
Kajian ini dibuat terhadap 763 wanita
Jepun yang memakan sayur dan buah semasa mengandung untuk menilai adakah bayi
mereka menghidap ekzema.
Keputusannya, penyelidik mendapati, pengambilan sayur dan buah yang kaya dengan
fitonutrien semasa hamil mengurangkan
risiko ekzema pada bayi sehingga 79%, selepas didedahkan kepada
faktor-faktor yang boleh mencetuskan ekzema.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan