Memaparkan catatan dengan label EXPERIENCING SHAKLEE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EXPERIENCING SHAKLEE. Papar semua catatan

Selasa, 2 Oktober 2012

DI SEBALIK KRITIKAN NEGATIF REVIEW SHAKLEE


Kritikan adalah sesuatu yg boleh diambil secara positif atau sebaliknya. Setiap manusia termasuklah saya sendiri akan mencari baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Tapi ironinya, yg buruk atau yg kurang baik lah yg akan dipandang besar sehingga segala kebaikan yg lebih dari sekelumit kekurangan itulah yg heboh diperkatakan. Kadang2 mereka yg tiada kaitanlah yg paling hebat melemparkan kritikan walaupun diri sendiri tidak pernah pun mencuba perkara yg diperkatakan itu.

Seperti yg diulas oleh DUSTY & TRACY, apabila kita baca kritikan terhadap Shaklee, ketahuilah anda bahawa mereka yg memberi kritikan buruk itu sebenar-benarnya tidak pernah cuba menggunakan produk ini. Sama ada mereka daripada aliran bisnes yg sama ataupun pengalaman buruk terhadap produk sepertinya sehingga menghukum segala produk yg sealiran dengannya.

Sama juga seperti MLM, di mana bila disebut MLM, masyarakat akan menggambarkan penipuan dan penindasan dan secara islamicnya, haram. Namun, tidak semua MLM itu tidak benar, cuma perlulah mengikut landasan yg betul. Shaklee terutamanya, mementingkan penjualan produknya yg berkualiti berbanding mencari subline2 yg ramai. Pada pendapat saya, kenapa saya menyertai Shaklee juga adalah kerana kepercayaan saya terhadap kebaikan produknya, konsultasi yg jelas dan diberikan secara percuma, tiada paksaan untuk mendapat subline, beli untuk diri sendiri sahaja pun mencukupi. Kalau diperhatikan, ianya sama sahaja seperti kita menjadi ahli AVON, LENO dan yg seangkatan dengannya, iaitu mendapat point atas setiap produk yg dibeli. Kira sebagai bonus la untuk pembeli. Cuma untuk lebih income, ada subline, adalah sedikit point di situ. Namun, tiada keraguan atas produk yg dijual kn? Ianya mampu milik, berkesan, dan wujud. Bukanlah keraguan (gharar) itu muncul apabila kewujudan sesuatu produk itu tidak dapat dipastikan?

Ini berdasarkan pengalaman saya dipujuk untuk menyertai satu bisnes MLM dimana saya dan beberapa rakan rasa tertipu dengan strategi pemasaran mereka iaitu: diajak ke suatu tempat yg tidak tahu tujuannya. Rakan baik kami yg membawa kami, saya tahu beliau ikhlas dan langsung tidak berniat untuk mempermainkan kami, malah beliau sendiri tertipu. Kami dibawa ke satu tingkat bangunan yg serba mewah, dengan display barangan2 minyak wangi kalau tidak silap saya, yang kami tidak pernah lihat dan dengar jenamanya. Mungkin terlalu mahal kot. Dan kami seterusnya di brief akan sesuatu bisnes iaitu dgn tujuan menarik lebih ramai subline supaya kita dapat pulangan yg amat hebat dengarnya.

Maaf saya cerita, saya amat tidak berkenan dengan pendekatan mereka yg penuh dgn misteri, dan saya diberitahu bahawa mereka menjual produk2 wangian tersebut hanya untuk pasaran luar Negara. Namun, tugas kami waktu itu hanya mencari subline tanpa tujuan. Bayangkan yg diri sendiri pun ragu-ragu, apatah lagi mahu menghuraikan kepada org ramai. Saya adalah seorang yg susah untuk percaya sehingga saya sendiri jelas dengan setiap susur galur sesuatu perkara. Saya hanya akan mengesyorkan sesuatu, hanya kerana saya sgt berpuas hati dengannya!

Bukankah pengalaman adalah sumber ilham setiap manusia?

Isnin, 1 Oktober 2012

KEGUGURAN



Pengalaman saya mula2 kenal shaklee adalah ESP. Macam yg saya ceritakan dalam entri sebelum ini. Saya memulakan vitamin Shaklee adalah pada peristiwa saya keguguran pada bulan April 2012 yg lepas. Ya, tidak dirancang dan bukan rezeki kami mungkin..saya tidak sedar yg saya pregnant anak kedua. Saya telah lama mengintai vitamin berpantang Shaklee, sejak saja mula bekerja semula selepas melahirkan zuriat pertama kami. Tapi oleh sebab ilmu yg cetek, pada saya hanya org berpantang je boleh consume vitamin ni. Saya cuma tahu vitamin untuk ibu berpantang saja masa mula2 tau pasal Shaklee ni. Namun, setelah mendengar perkhabaran keguguran tersebut, saya bertekad untuk membeli set berpantang Shaklee apabila macam2 kebaikan yg saya dengar tentang set ni.

Semasa berpantang anak pertama, saya cuba set2 produk yg biasa ada di pasaran yg merangkumi teh, beberapa vitamin dan daun2 mandian. Tidak tahu apa yg x kena, saya rasakan tiada magisnya dalam set produk ini. Makan vitamin sebab terpaksa, x abis rugi. (tapi memg x abis pun..hihi) yg paling ralatnya, setiap vitamin tiada sebarang deskripsi tentangnya, hanya ‘vitamin untuk wanita’ semata2. Tapi untuk apa? Tiada sebarang fungsi yang dinyatakan. Mungkin kerana mind set, saya tidak rasa apa baiknya makan vitamin ni, dan malas nak makan dh.

Semasa keguguran itu, saya hanya consume Shaklee vitamin saja. Yela, saya berpantang sendiri kerana tidak mahu menyusahkan ibu mertua. Lgpun saya lebih bebas dan cergas untuk melakukan sebarang agenda sementelahan bercuti di rumah sendiri. Ya, saya lebih tenang, cergas, ceria, tiada sakit2 urat, bertenaga dan mampu melakukan kerja2 ringan dengan sempurna. Sangat gembira dengan kebaikan set ni! Macam2 lg kebaikan setiap vitamin dalam set confinement ni yg terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Zink Complex. Tapi bagi saya yg menyusukan Qisya, saya tambah dengan alfalfa sebagai milk booster, dan tak lupa ESP, WAJIB!

Bagi bakal ibu yg akan melahirkan permata hati mereka tidak lama lg, masih tidak terlambat untuk sihat bersama Shaklee kerana vitamin Shaklee adalah sesuai dimakan bila2 masa!

Untuk lebih maklumat lanjut, boleh email saya, dan saya akan update tentang setiap vitamin tersebut secepat mungkin!


Email di : nazirah.abdullah@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...