Kritikan adalah sesuatu yg boleh diambil secara
positif atau sebaliknya. Setiap manusia termasuklah saya sendiri akan mencari
baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Tapi ironinya, yg buruk atau yg kurang
baik lah yg akan dipandang besar sehingga segala kebaikan yg lebih dari
sekelumit kekurangan itulah yg heboh diperkatakan. Kadang2 mereka yg tiada kaitanlah
yg paling hebat melemparkan kritikan walaupun diri sendiri tidak pernah pun
mencuba perkara yg diperkatakan itu.
Seperti yg diulas oleh DUSTY
& TRACY, apabila kita baca kritikan
terhadap Shaklee, ketahuilah anda bahawa
mereka yg memberi kritikan buruk itu sebenar-benarnya tidak pernah cuba
menggunakan produk ini. Sama
ada mereka daripada aliran bisnes yg sama ataupun pengalaman buruk terhadap
produk sepertinya sehingga menghukum segala produk yg sealiran dengannya.
Sama juga seperti MLM, di mana bila
disebut MLM, masyarakat akan menggambarkan penipuan dan penindasan dan secara
islamicnya, haram. Namun, tidak semua MLM itu tidak benar, cuma perlulah mengikut
landasan yg betul. Shaklee terutamanya, mementingkan penjualan produknya yg
berkualiti berbanding mencari subline2 yg ramai. Pada pendapat saya, kenapa saya menyertai Shaklee juga
adalah kerana kepercayaan saya terhadap kebaikan produknya, konsultasi yg
jelas dan diberikan secara percuma, tiada paksaan untuk mendapat subline, beli
untuk diri sendiri sahaja pun mencukupi. Kalau diperhatikan, ianya sama sahaja
seperti kita menjadi ahli AVON, LENO dan yg seangkatan dengannya, iaitu
mendapat point atas setiap produk yg dibeli. Kira sebagai bonus la untuk
pembeli. Cuma untuk lebih income, ada subline, adalah sedikit point di situ.
Namun, tiada keraguan atas produk yg dijual kn? Ianya mampu milik, berkesan,
dan wujud. Bukanlah keraguan (gharar) itu muncul apabila kewujudan sesuatu
produk itu tidak dapat dipastikan?
Ini berdasarkan pengalaman saya dipujuk
untuk menyertai satu bisnes MLM dimana saya dan beberapa rakan rasa tertipu
dengan strategi pemasaran mereka iaitu: diajak ke suatu tempat yg tidak tahu
tujuannya. Rakan baik kami yg membawa kami, saya tahu beliau ikhlas dan
langsung tidak berniat untuk mempermainkan kami, malah beliau sendiri tertipu.
Kami dibawa ke satu tingkat bangunan yg serba mewah, dengan display barangan2
minyak wangi kalau tidak silap saya, yang kami tidak pernah lihat dan dengar
jenamanya. Mungkin terlalu mahal kot. Dan kami seterusnya di brief akan sesuatu
bisnes iaitu dgn tujuan menarik lebih ramai subline supaya kita dapat pulangan
yg amat hebat dengarnya.
Maaf saya cerita, saya amat tidak
berkenan dengan pendekatan mereka yg penuh dgn misteri, dan saya diberitahu
bahawa mereka menjual produk2 wangian tersebut hanya untuk pasaran luar Negara.
Namun, tugas kami waktu itu hanya mencari subline tanpa tujuan. Bayangkan yg
diri sendiri pun ragu-ragu, apatah lagi mahu menghuraikan kepada org ramai.
Saya adalah seorang yg susah untuk percaya sehingga saya sendiri jelas dengan
setiap susur galur sesuatu perkara. Saya hanya akan mengesyorkan sesuatu, hanya
kerana saya sgt berpuas hati dengannya!
Bukankah pengalaman adalah sumber ilham
setiap manusia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan