Memaparkan catatan dengan label B - COMPLEX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B - COMPLEX. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2013

BEZA ASID FOLIK & B COMPLEX SHAKLEE


b-complex dan folik asid


Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  •     Keluarga yang pernah mengalami NTD
  •     Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  •     Mengambil ubat sawan
  •     Kencing manis
  •  Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.


Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan sarafdan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.

1) Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
2)   vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3) vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel. 

Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin

Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.


Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com






Isnin, 18 Mac 2013

KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai gestational diabetes. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 

Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil. Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika tubuh badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ia akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan gestational diabetes. 


gestational diabetes selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 


TANDA-TANDA KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik. tanda-tanda yg mungkin adalah :
  •  keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur
Jika terdapat sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor.


KESAN KENCING MANIS TERHADAP BAYI


Ini bergantung kepada penjagaan diri. Jika dapat mengawal diabetis dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan kandungan. risiko yang mungkin terhadap kandungan adalah :


  • bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan  membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
  • gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) selepas lahir.
  • jaundis
  • obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari.
GOLONGAN YANG BERISIKO MEGHIDAP KENCING MANIS

  • Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30 atau 80kg ke atas.
  • pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih.
  • ibu yang pernah melahirkan kembar
  • ibu yang pernah menghidapi diabetis gestasi sebelum ini.
  • mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kencing manis.


SUPLEMEN UNTUK PENGHIDAP DIABETES KETIKA HAMIL :

                                   VITALEA                      B-COMPLEX

  
                 
                              ZINK                              VITAMIN C
       
                        SOY PROTEIN (ESP)           VITA-E COMPLEX
sekiranya anda mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin, berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat sebelum mengambil sebarang suplemen. ini kerana sesetengah vitamin mineral mempunyai tindak balas terhadap ubat.

Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com



Rabu, 13 Mac 2013

PANADOL - BAHAYA PENGAMBILAN YANG BERTERUSAN

Jangan ambil PANADOL Actifast atau Soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang. “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati.

Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment (Tips) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak - seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif :

1)  membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (Misal 100 plus) campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.

2) Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.

Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Alternatif :

Sekiranya anda merasa sakit kepala kerana migrain, sinus atau tekanan, anda boleh mengelakkan dari pengambilan panadol dengan alternatif yang saya cadangkan.


Supplement/vitamin untuk migrain:

OSTEMATRIX (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlu menjaga pemakanan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan pertimbangkan tentang pengambilan vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari amalan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


Ahad, 9 Disember 2012

CARA HADAPI MORNING SICKNESS DAN AMALAN PENGAMBILAN VITAMIN B-COMPLEX


Alahan atau morning sickness adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh para ibu pada trimester pertama.
Sebahagiannya mengalami alahan atau morning sickness yang teruk sehinggakan ada yang takut untuk hamil lagi. Alahan adalah perkara biasa dan hampir semua wanita akan mengalaminya dalam keseriusan yang berbeza-beza. Alahan ini selalunya berlaku pada usia kandungan 6 minggu keatas dan biasanya berakhir pada usia kandungan 16 minggu.

Punca alahan semasa hamil, dipercayai ada kaitannya dengan peningkatan selepas persenyawaan dan ianya penting untuk menampung janin semasa peringkat awal  pertumbuhan mereka. Paras B-hCG ini akan memuncak pada 16 minggu kehamilan dan akan menurun selepas itu.

Istilah morning sickness adalah tidak tepat kerana hanya 5 peratus sahaja wanita yang hamil mengalami alahan diwaktu pagi tetapi pada hakikatnya ianya boleh berlaku pada bila-bila masa.

KESAN ALAHAN PADA IBU
Alahan yang sederhana tidak banyak memberi kesan negatif pada ibu. Hanya yang serius sahaja mempunyai kesan kesan terhadap mereka dan TIDAK kepada bayi di dalam rahim. Alahan yang serius di panggil Hyperemesis Gravidarum dan ini hanya berlaku  kurang dari 2 peratus dari semua wanita yang hamil.

Impak yang pertama adalah pada fizikal dan emosi. Ibu-ibu yang mengalami alahan yang berpanjangan selama 3 hingga 4 bulan hamil akan mengalami gangguan dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Keletihan, kurang bermaya, lesu, tidak bertenaga dan pedih di ulu hati adalah perkara-perkara yang selalu berlaku. Ini semua akan menyebabkan keresahan dan kebimbangan terhadap bayi dan kerja di pejabat mereka.

Impak yang kedua adalah kecelaruan metabolisma dan elektrolit dalam badan. Kesan alahan yang teruk menyebabkan ibu mengalami dihidrasi,gangguan elektrolit,ketosis dan juga penurunan berat badan.Akibat dari muntah yang tiada penghujungnya dan tidak makan dan minum, menyebabkan badan akan menggunakan sumber-sumber lain seperti glikogen dalam hati,protin dari otot-otot dan lemak dari bawah kulit dan usus sebagai alternatif sumber tenaga.

CARA MENGATASI ALAHAN/MORNING SICKNESS
Modifikasi cara hidup adalah pendekatan yang boleh diambil terlebih dahulu sebelum cara perubatan digunakan.

DIET
MAKANAN : Nasihat saya tentang ini ialah “makan apa yang kita mahu, dalam amaun yang sedikit tetapi kerap”.
Kebiasaannya naluri kita akan beritahu kita apakah  makanan atau minuman yang kita boleh ambil semasa hamil. Wanita yang  hamil selalu akan berasa loya dan mungkin muntah dengan makanan berminyak dan berbau kuat. Sudah tentu sekali ini perlu dielakkan. Mungkin ianya boleh diganti dengan makanan yang di rebus bukannya yang di goreng. Makan sepinggan nasi berkemungkinan besar menyebabkan si ibu muntah kalau dibandingkan makan sesuap nasi. Oleh kerana itu makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Cara ini membolehkan ibu boleh mendapat sumber karbohidrat,protin dan lemak semasa hamil.

MINUMAN : Dari segi minuman pula, minuman berperisa masam seperti lemonade, Ribena boleh diminum jika dibandingkan dengan air kosong. Kalau teringin air bersoda pastikan gas CO2 dilepaskan dahulu kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati. Waspada dengan kandungan gula dalam minuman ini dan bagi saya tidaklah memudaratkan kalau diambil untuk masa yang pendek.

BAU-BAUAN
Ibu-ibu amat peka pada bau-bauan seperti parfum, makanan dan juga bau badan suami. Oleh itu, mereka perlu berbincang dengan suami cara mengatasinya tanpa suami ambil hati. Masalahnya tentang bauan ini apabila si ibu duduk di apartmen, kondo dan rumah pangsa kerana terlaku sukar menghidari bau masakan jiran-jiran tetangga!

Halia, jeruk masam boleh membantu mengurangkan rasa mual dan loya ini.Bagi saya apa cara bagi mengurangkan masalah alahan ianya OK. Saya rasa pada waktu ini si ibu perlu mendapat sokongan dari suami dan juga kawan sepejabat dan jiran unutk membantu mereka.


ATASI MORNING SICKNESS DENGAN VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE!

Satu tips yang hebat dimana para ibu yang mengalami morning sickness yang teruk boleh dikurangkan dengan mengamalkan vitamin B6. Vitamin B6 telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan morning sickness.

Di sinilah istimewanya vitamin Shaklee di mana vitamin B-complex Shaklee telah pun lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuklah vitamin B6!

Selain tu, Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Ia juga lengkap kesemua 8 jenis vitamin B dengan formula asid folik dan biotin yang membantu membina darah. Vitamin B complex ini juga melawan kemurungan dan memberi mood yang baik.

Jadi, dapatkan vitamin B complex Shaklee sekarang untuk anda lebih sihat, bertenaga dan tiada lagi lahan teruk! Sebarang pertanyaan dan khidmat konsultasi bolehlah hubungi saya di :

Nazirah Abdullah
Shaklee independant distributor
ID : 910351
Hp/whatsapp : 013-353 2798
Nazirah.abdullah@yahoo.com

Jumaat, 9 November 2012

VITAMIN B-COMPLEX


B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Vitamin B adalah vitamin larut air, oleh itu sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu, pengambilan vitamin B complex adalah amat penting setiap hari. Kekurangan ataupun pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.


ASID FOLIK DALAM VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG


Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik sacara semulajadi yang pertama di dunia. Ia mempunyai kebolehan serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik yang sedia ada dalam badan tidak mudah diserap oleh tubuh manakala hamper 99% asid folik yang terdapat di pasaran adalah asid folik sintetik.


FUNGSI VITAMIN B COMPLEX


§  Menukar makanan kepada tenaga

membantu penghadaman, menukar lemak, kerbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan  masalah keletihan dan kelesuan.


§  Mengurangkan tekanan

memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus mengurangkan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


§  Membantu tumbesaran 

menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.


§  Kurangkan masalah rambut beruban dan gugur

membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.


§  Baik untuk mata

mengurangkan masalah mata letih, mencegak katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian.


§  Mencegah anemia

membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, meransang sikulasi darah dalm tubuh, mencegah sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migraine, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.


§  Meredakan senggugut

Mengurangkan masalah senggugut (PMS), meredakan keresahan, kerisauan, dan masalh  penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil hormone dan ubat penahan sakit.


§  Mencegah perlcche

Dikenali juga sabagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan masalah nafas berbau.


§  Detoksifikasi

Dapat meredakan masalah alahan.


CIRI-CIRI VITAMIN B-KOMPLEKS YANG BAIK


1)   Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin. Kesemua vitamin ini perlu diambil secara serentak seperti yg dinyatakan dalam RDA.

2)   100% RDA untuk asid folik dan Biotin.

3)   Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.

4)   B-complex dengan rumusan larut air (sustain release).


CARA PENGAMBILAN
Untuk kesihatan berpanjangan : 1 biji sehari (selepas makan)

Untuk masalah rambut gugur, anemia & kesakitan : 2 -3 kali sehari, 1 biji sekali makan ( selepas makan)


WARNA URINE BERUBAH
Warna urin akan berubah sedikit kuning apabila memgambil vitamin B kompleks ini. Ia merupakan situasi normal kerana B kompleks merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Ini berlaku kerana pada awal pengambilan, tubuh kita akan cuba membuat penyesuaian terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari semasa ke semasa.


MINUM AIR LEBIH BANYAK
B kompleks meransang metabolism dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Justeru, pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang selamat, berkesan dan halal, saya adalah wakil pengedar sah anda! Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di talian berikut:


Nazirah Abdullah

013-353 2798

nazirah.abdullah@yahoo.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...