Ahad, 9 Disember 2012

CARA HADAPI MORNING SICKNESS DAN AMALAN PENGAMBILAN VITAMIN B-COMPLEX


Alahan atau morning sickness adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh para ibu pada trimester pertama.
Sebahagiannya mengalami alahan atau morning sickness yang teruk sehinggakan ada yang takut untuk hamil lagi. Alahan adalah perkara biasa dan hampir semua wanita akan mengalaminya dalam keseriusan yang berbeza-beza. Alahan ini selalunya berlaku pada usia kandungan 6 minggu keatas dan biasanya berakhir pada usia kandungan 16 minggu.

Punca alahan semasa hamil, dipercayai ada kaitannya dengan peningkatan selepas persenyawaan dan ianya penting untuk menampung janin semasa peringkat awal  pertumbuhan mereka. Paras B-hCG ini akan memuncak pada 16 minggu kehamilan dan akan menurun selepas itu.

Istilah morning sickness adalah tidak tepat kerana hanya 5 peratus sahaja wanita yang hamil mengalami alahan diwaktu pagi tetapi pada hakikatnya ianya boleh berlaku pada bila-bila masa.

KESAN ALAHAN PADA IBU
Alahan yang sederhana tidak banyak memberi kesan negatif pada ibu. Hanya yang serius sahaja mempunyai kesan kesan terhadap mereka dan TIDAK kepada bayi di dalam rahim. Alahan yang serius di panggil Hyperemesis Gravidarum dan ini hanya berlaku  kurang dari 2 peratus dari semua wanita yang hamil.

Impak yang pertama adalah pada fizikal dan emosi. Ibu-ibu yang mengalami alahan yang berpanjangan selama 3 hingga 4 bulan hamil akan mengalami gangguan dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Keletihan, kurang bermaya, lesu, tidak bertenaga dan pedih di ulu hati adalah perkara-perkara yang selalu berlaku. Ini semua akan menyebabkan keresahan dan kebimbangan terhadap bayi dan kerja di pejabat mereka.

Impak yang kedua adalah kecelaruan metabolisma dan elektrolit dalam badan. Kesan alahan yang teruk menyebabkan ibu mengalami dihidrasi,gangguan elektrolit,ketosis dan juga penurunan berat badan.Akibat dari muntah yang tiada penghujungnya dan tidak makan dan minum, menyebabkan badan akan menggunakan sumber-sumber lain seperti glikogen dalam hati,protin dari otot-otot dan lemak dari bawah kulit dan usus sebagai alternatif sumber tenaga.

CARA MENGATASI ALAHAN/MORNING SICKNESS
Modifikasi cara hidup adalah pendekatan yang boleh diambil terlebih dahulu sebelum cara perubatan digunakan.

DIET
MAKANAN : Nasihat saya tentang ini ialah “makan apa yang kita mahu, dalam amaun yang sedikit tetapi kerap”.
Kebiasaannya naluri kita akan beritahu kita apakah  makanan atau minuman yang kita boleh ambil semasa hamil. Wanita yang  hamil selalu akan berasa loya dan mungkin muntah dengan makanan berminyak dan berbau kuat. Sudah tentu sekali ini perlu dielakkan. Mungkin ianya boleh diganti dengan makanan yang di rebus bukannya yang di goreng. Makan sepinggan nasi berkemungkinan besar menyebabkan si ibu muntah kalau dibandingkan makan sesuap nasi. Oleh kerana itu makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Cara ini membolehkan ibu boleh mendapat sumber karbohidrat,protin dan lemak semasa hamil.

MINUMAN : Dari segi minuman pula, minuman berperisa masam seperti lemonade, Ribena boleh diminum jika dibandingkan dengan air kosong. Kalau teringin air bersoda pastikan gas CO2 dilepaskan dahulu kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati. Waspada dengan kandungan gula dalam minuman ini dan bagi saya tidaklah memudaratkan kalau diambil untuk masa yang pendek.

BAU-BAUAN
Ibu-ibu amat peka pada bau-bauan seperti parfum, makanan dan juga bau badan suami. Oleh itu, mereka perlu berbincang dengan suami cara mengatasinya tanpa suami ambil hati. Masalahnya tentang bauan ini apabila si ibu duduk di apartmen, kondo dan rumah pangsa kerana terlaku sukar menghidari bau masakan jiran-jiran tetangga!

Halia, jeruk masam boleh membantu mengurangkan rasa mual dan loya ini.Bagi saya apa cara bagi mengurangkan masalah alahan ianya OK. Saya rasa pada waktu ini si ibu perlu mendapat sokongan dari suami dan juga kawan sepejabat dan jiran unutk membantu mereka.


ATASI MORNING SICKNESS DENGAN VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE!

Satu tips yang hebat dimana para ibu yang mengalami morning sickness yang teruk boleh dikurangkan dengan mengamalkan vitamin B6. Vitamin B6 telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan morning sickness.

Di sinilah istimewanya vitamin Shaklee di mana vitamin B-complex Shaklee telah pun lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuklah vitamin B6!

Selain tu, Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Ia juga lengkap kesemua 8 jenis vitamin B dengan formula asid folik dan biotin yang membantu membina darah. Vitamin B complex ini juga melawan kemurungan dan memberi mood yang baik.

Jadi, dapatkan vitamin B complex Shaklee sekarang untuk anda lebih sihat, bertenaga dan tiada lagi lahan teruk! Sebarang pertanyaan dan khidmat konsultasi bolehlah hubungi saya di :

Nazirah Abdullah
Shaklee independant distributor
ID : 910351
Hp/whatsapp : 013-353 2798
Nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...