Selasa, 5 Februari 2013

TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL : LEKAPAN/LATCHING



Baru-baru ini saya mendapat feedback bahawa susu mereka merudum walaupun telah mengamalkan suplemen dan rules of breastfeeding telah dipenuhi. Apa rules of breastfeeding? Ha, suka saya peringatkan, the basic rules untuk penyusuan yang berjaya bukanlah bergantung kepada suplemen semata-mata ye.. suplemen hanya memberi tahap kesihatan yang lebih baik kepada ibu, dan automatiknya bila ibu sihat dan ceria, barulah penyusuan boleh berjaya.  Rules of breastfeeding adalah :
§  Pumping session yang kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali.
§  Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tahukah anda setiap 25 kg berat kita, ia memerlukan 1 liter air.
Ok, berbalik kepada kisah susu masih kurang walaupun ambil suplemen, ada juga ibu yang saya bertanya masalah lain yg menyebabkan susu merudum seperti kedatangan period dan mengambil pil perancang. Tp tidak semua begitu, bergantung kepada individu. Namun setelah disoal siasat, rupa-rupanya teknik lekapan semasa penyusuan yang tidak betul. Apa itu teknik lekapan? Teknik lekapan ni sebenarnya cara bayi menyusu direct dengan breast ibu. Iaitu, cara memasukkan mulut bayi untuk hisapan yang betul supaya susu keluar dengan lancar. Jika cara lekapan masih tidak sempurna, kemungkinan yang akan berlaku adalah seperti berikut:
§  merasakan susu kurang
§  payudara melecet atau luka
§  payudara sakit
§  bengkak susu walaupun bayi kerap menyusu
§  bayi menangis dan masih belum kenyang
§  bayi tidur kurang 1 jam
§  bayi meragam ketika menyusu atau selepas menyusu
§  bayi nampak letih dan frust
adakah para ibu pernah merasai situasi seperti diatas? Jika pernah, anda perlu lihat semula cara penyusuan anak anda.
Untuk permulaan, bagi merangsang tindak balas natural bayi untuk menyusu, cubalah langkah berikut :
1)      Dukung dan letakkan bayi dalam posisi yang selesa. Ibu juga harus selesa.
2)   Sentuh pipi bayi, supaya dia berpaling ke arah payudara
3)   Sentuh bibir bayi dengan puting agar dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas mungkin.
4)    Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.
5)   Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting ibu.
6) Pastikan bayi lekap / latching dengan betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda. 
                    BAGAIMANA POSISI PAYUDARA SEMASA BAYI MENYUSU?

§  pegang payudara dalam keadaan C hold
§  ibu jari atas puting, jari lain di bawah
§  ampu dengan lembut, jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.

LEKAPAN/LATCHING BAYI YANG BETUL

§   mulut bayi terbuka luas
§  dagu cecah payudara
§  bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
§  sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi. Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis. Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan ibu.
§  pipi bayi kembang kucup 
§  bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap telan..



sekiranya semua langkah di atas telah diikut, insyallah..teknik lekapan yang betul ini akan memberi reaksi bayi anda seperti :

§  bayi kenyang
§  bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
§  ibu cukup rehat
§  ibu tidak frust dan give up untuk eksklusif BF
§  ibu tidak bengkak susu
§  mengekalkan production susu yang optimum


selamat berusaha dan jangan sesekali berputus asa untuk menyusukan anak kita! ganjarannya di sana lebih besar atas pengobanan kita. ;)


Untuk sebarang pertanyaan, pm/whatspp/msg saya d 013-353 2798. Bulan ini merupakan promosi OMEGA GUARD! Jom dapatkan sekarang! Tawaran berbaloi2 untuk anda!


1 ulasan:

  1. Tq admin....

    Info yg sangat berguna untuk penyusuan...Kita kena tau teknik-teknik yg btul kan kalau nk menyusu ni... xdalah susah kita nnt...baby pon akan happy sbb mereka kenyang...hehehe

    Salam sayang,

    Babysuri.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...