Baru-baru ini saya mendapat feedback bahawa susu mereka merudum walaupun
telah mengamalkan suplemen dan rules of breastfeeding telah dipenuhi. Apa rules
of breastfeeding? Ha, suka saya peringatkan, the basic rules untuk penyusuan
yang berjaya bukanlah bergantung kepada suplemen semata-mata ye.. suplemen
hanya memberi tahap kesihatan yang lebih baik kepada ibu, dan automatiknya bila
ibu sihat dan ceria, barulah penyusuan boleh berjaya. Rules of breastfeeding adalah :
§ Pumping session yang kerap. Sekurang-kurangnya
3 jam sekali.
§ Banyakkan minum air sekurang-kurangnya
3 liter sehari. Tahukah anda setiap 25 kg berat kita, ia memerlukan 1 liter
air.
Ok, berbalik kepada kisah susu masih kurang walaupun ambil suplemen, ada
juga ibu yang saya bertanya masalah lain yg menyebabkan susu merudum seperti
kedatangan period dan mengambil pil perancang. Tp tidak semua begitu,
bergantung kepada individu. Namun setelah disoal siasat, rupa-rupanya teknik
lekapan semasa penyusuan yang tidak betul. Apa itu teknik lekapan? Teknik lekapan
ni sebenarnya cara bayi menyusu direct dengan breast ibu. Iaitu, cara memasukkan
mulut bayi untuk hisapan yang betul supaya susu keluar dengan lancar. Jika cara
lekapan masih tidak sempurna, kemungkinan yang akan berlaku adalah seperti
berikut:
§ merasakan susu kurang
§ payudara melecet atau luka
§ payudara sakit
§ bengkak susu walaupun bayi kerap
menyusu
§ bayi menangis dan masih belum kenyang
§ bayi tidur kurang 1 jam
§ bayi meragam ketika menyusu atau selepas
menyusu
§ bayi nampak letih dan frust
adakah para ibu pernah merasai situasi seperti diatas? Jika pernah, anda
perlu lihat semula cara penyusuan anak anda.
Untuk permulaan, bagi merangsang tindak balas natural bayi untuk
menyusu, cubalah langkah berikut :
1) Dukung dan letakkan bayi dalam posisi
yang selesa. Ibu juga harus selesa.
2) Sentuh pipi bayi, supaya dia
berpaling ke arah payudara
3) Sentuh bibir bayi dengan puting agar
dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas
mungkin.
4) Masukkan puting dan gerakkan badan
bayi rapat ke arah payudara.
5) Pastikan mulut bayi merangkum
sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting
ibu.
6) Pastikan bayi lekap / latching dengan
betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda.
BAGAIMANA POSISI
PAYUDARA SEMASA BAYI MENYUSU?
§ pegang payudara
dalam keadaan C hold
§ ibu jari atas
puting, jari lain di bawah
§ ampu dengan lembut,
jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.
LEKAPAN/LATCHING
BAYI YANG BETUL
§
mulut bayi
terbuka luas
§
dagu cecah payudara
§
bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
§
sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi.
Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis.
Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan
ibu.
§
pipi bayi kembang kucup
§
bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap
telan..
sekiranya semua
langkah di atas telah diikut, insyallah..teknik lekapan yang betul ini akan memberi
reaksi bayi anda seperti :
§
bayi kenyang
§
bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal
dan akhir
§
ibu cukup rehat
§
ibu tidak frust dan give up untuk eksklusif BF
§
ibu tidak bengkak susu
§ mengekalkan
production susu yang optimum
Untuk sebarang pertanyaan, pm/whatspp/msg saya d 013-353 2798. Bulan ini merupakan promosi OMEGA GUARD! Jom dapatkan sekarang! Tawaran berbaloi2 untuk anda!
Tq admin....
BalasPadamInfo yg sangat berguna untuk penyusuan...Kita kena tau teknik-teknik yg btul kan kalau nk menyusu ni... xdalah susah kita nnt...baby pon akan happy sbb mereka kenyang...hehehe
Salam sayang,
Babysuri.com