Ahad, 31 Ogos 2014

JENIS-JENIS BABY CARRIER YANG ERGONOMIK

Di sini saya kongsikan beberapa baby carrier yang sesuai dan mudah untuk dapatkan di Malaysia. Sebenarnya, ada banyak jenama baby carrier ni, setakat yang saya tahu yang bagus dan di-tested keselamatannya ada lebih kurang 26 jenama.

Baby carrier ni pulak ada banyak jenis. Untuk keselesaan dan kesesuaian mengikut usia. Kebanyakannya gunakan ringsling dari newborn hingga 4 bulan, dan soft structured carrier (ssc) untuk 4 bulan ke atas.

KENAPA BABY CARRIER LEBIH MESRA BERBANDING STROLLER?
  • lebih murah dan mampu milik.
  • senang nak dukung.
  • baby lebih tenang kerana dekat dalam dakapan kita.
  • baby selesa nak tidur.
  • mudah untuk berjalan/shopping/buat kerja harian.
  • mudah nak pegang barang, pada masa yang sama dukung baby.
  • senang kalau hendak ke tempat yg ramai orang spt pasar malam, supermarket, holiday.
  • kurang penggunaan ruang untuk menyimpan dan membawa.
  • stroller akan ambil ruang dlm kereta.
  • Sangat practical kalau nak jalan-jalan holiday sbb tak perlu bwk banyak barang dan cepat, ringkas nak pakai.
  • corak dan jenis yang pelbagai dan menarik menampakkan si pemakai lebih anggun dan stylish.
PILIH BABY CARRIER ERGONOMIK YANG SELESA DAN SELAMAT

Soft structured carrier (ssc) in berposisi yang selesa dan selamat untuk struktur kaki bayi iaitu tulang peha ke arah depan. Design ssc memastikan yang berat bayi ditampung sepenuhnya oleh kaki kita. Sebab inilah ia tidak membuatkan badan dan pinggang kita rasa sakit dan lenguh-lenguh. Tapi kena pastikan beli ssc yang original/asli kerana saya pernha terbeli ssc ergobaby fake yang memang tak selesa sebab panas dan sekejap sahaja dah sakit pinggang berbanding ssc big eyes shop ni. Oh, jatuh cinta berkali-kali dengan ssc ni. Hihi.

KENAPA TIDAK PADA CROTCH CARRIER?

Crotch carrier ni membuatkan tulang kaki tergantung dan ia kurang baik untuk peredaran darah di bahagian kaki lebih-lebih lagi kalau duduk dalam crotch carrier tu untuk jangkamasa yang lama. Crotch carrier ni juga mengagihkan berat baby ke bahu dan pinggang kita. Itu yang sebabkan bahu dan pinggang kita lenguh sangat walaupun pakai xsampai ½ jam.
Inilah sebabnya ramai mencadangkan menggunakan ergonomic carrier berbanding crotch carrier kerana ergonomic carrier adalah lebih mesra, selamat dan selesa.
Antara ergonomic baby carrier yang biasa digunakan oleh para ibu bapa sambil-sambil shopping, jalan-jalan di taman, memasak dan macam-macam kerja lagi :
  • Ring Slings
  • Pouch Slings
  • Mei Tais
  • Soft Structured Carrier (SSC)
  • wrap
Parents boleh dapatkan baby carrier ergonomik ni di link yang saya beri. Untuk international brand, kebiasaannya ada di jual di kedai-kedai barangan bayi.

LOCAL MADE (MALAYSIAN)
  • BIG EYES SHOP

baby carrier big eyes shop

  • NEEZANEEDLE


ssc neezaneedle
  • TUGEDA

tugeda ssctugeda ssc

  • SNUGGBABY
shugbaby sscsnugbaby ssc


INTERNATIONAL
  • TULA

tula baby carrier
  • PATAPUM
Website >> http://patapum.com/

patapum baby carrier

  • ONE STOP BABY CARRIER

Facebook > FabulousMom


Selain itu, ada juga dijual di Tiny Tapir, dan di Mom’s Little Ones, Mom’s Care. 

Selamat ber baby wearing!!

2 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi.

    Sha sedang cari baby carrier untuk baby Sha. Kawan cadangkan Tugeda dan Snuggbaby. Tapi tak ingat ejaan. Kat sini jumpa.

    Yay..

    Tula tu memang famous amos la..

    BalasPadam
  2. Choose comfort, safety and ease when picking out your baby carriers and baby slings. Baby Carrier Malaysia Shop online at our site Motherhood.com.my for the best range of baby carriers and slings that your baby will love.


    Visit Now - http://www.motherhood.com.my/baby-carriers-slings/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...