Memaparkan catatan dengan label SET PENYUSUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SET PENYUSUAN. Papar semua catatan

Isnin, 19 Mei 2014

PERBEZAAN SET BERSALIN SHAKLEE YANG MENAKJUBKAN!

Saat melahirkan adalah detik paling manis dan juga boleh menjadi detik paling pahit. Ia bergantung kepada kuatnya seorang ibu menghadapi kesakitan melahirkan. Setiap ibu dan bakal ibu tidak sama pengalaman mereka di kala melahirkan. Saat pahit mungkin melibatkan proses kelahiran, sebarang komplikasi semasa dan selepas melahirkan. Namun, detik manis melihat lahirnya seorang insan suci telah menghilangkan rasa pahit itu.

Sebagai ibu beranak 2, pengalaman melahirkan kedua-dua puteri amat menyeronokkan. bukan seronok bermakna mudah, tetapi seronok kerana berpeluang merasakan pengalaman bersalin yang sangat berbeza.

Bercakap tentang Set bersalin pilihan semasa berpantang, saya mengamalkan 2 produk yg berbeza.

PENGALAMAN ANAK SULUNG

Saya mengamalkan set bersalin yang disarankan oleh orang tua saya. biasalah, kita mencuba atas saranan mereka yang lebih berpengalaman. Saya pula waktu itu masih tidak faham apakah kepentingan set bersalin ni. Siap ingat cuti tu boleh la berjimba-jimba. Berangan sungguh! ;p

Pengalaman saya, untuk bersalin anak pertama ini, macam-macam perkara unexpected yang saya rasa. mungkin kerana anak sulung. Ingat bersalin ni perkara mudah ke? heheh! Kondisi saya semasa berpantang kali ini :

  1. Masa untuk bersalin agak lama. haha. mungkin anak pertama..;p
  2. lepas bersalin, rasa letih, lesu, confius.
  3. badan sakit2 yang sangat terasa.
  4. dalam pantang jahitan terbuka (huarrgghhh...!)
  5. masih dalam keadaan lesu, confius, sedikit tertekan, sakit pinggang, emosi tidak stabil.
  6. Baby kuat meragam. Emosi ibu mempengaruhi anak.
  7. Anak menyusu dengan sangat kerap.
  8. tamat berpantang, badan masih sakit2, kerap salah urat, sakit pinggang, mengantuk kerana baby kerap bangun malam menyusu.
PENGALAMAN ANAK KEDUA

Untuk anak kedua, saya telah melakukan banyak bacaan, mencari informasi dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang lain. Ini Memandangkan saya bercadang untuk berpantang di rumah sendiri, persediaan adalAh lebih dari biasa. 

Tanda untuk bersalin anak pertama dan kedua adalah sama, iaitu contraction yang kerap tanpa tumpah darah atau pecah ketuban. Jadi, agak mudah bagi saya untuk bersedia ke hospital. Perjalanan ke hospital lebih kurang 40km itu dirasakan tenang sahaja. saya biarkan kontraction itu bermain2.

Setibanya di hospital, saya menolak untuk menaiki kerusi roda. Saya gagahkan berjalan.Kenapa? Dinasihatkan jika masih mampu, berjalanlah. kerana ia memudahkan ibu untuk bersalin. Saya berjalan sehingga ke labor room. Saya juga minta untuk berlegar2 di tepi katil menahan kontraction yg sedikit. Nurse di situ pulak yang risaukan saya. haha.

Tak lama kemudian, doktor pecahkan ketuban. Dan tak sampai setengah jam saya selamat melahirkan. Keadaan saya selepas bersalin:

  1. tidak letih walau baru lepas melahirkan.
  2. rasa ceria, sihat dan selesa.
  3. sempat bersembang-sembang dengan suami yang menemani saya sepanjang malam itu.
  4. rakan datang melawat pun cakap saya tak seperti baru lepas bersalin. Berborak dengan riang siap goyang-goyang kaki.
  5. saya menguruskan sendiri bayi saya sejak lahir. mak cuma bantu masakkan makanan untuk saya.
  6. tiada sakit2 pinggang yg teruk, bayi yang tidak meragam.
  7. baby tiada kembung pun. Sihat alhamdulillah sepanjang berpantang. Tiada adegan berjaga pagi, bayi tidur nyenyak sepanjang malam.
  8. Hujung tempoh berpantang, saya boleh uruskan sendiri rumah, cuma masih berjaga2 supaya tidak memudaratkan.
  9. sampai sekarang setelah 6 bulan, badan saya belum pernah terasa tersalah urat bila meregangkan badan.
  10. Luka cepat sembuh.

Set bersalin shaklee adalah antara set terbaik kegemaran saya. Sudahlah mudah, ia bertindak dari dalam. Semua vitamin dalam set tersebut penting untung kesihatan menyeluruh semasa berpantang. Vitamin yang disarankan pun sama seperti vitamin yang disarankan oleh pakar perubatan.

Contohnya vitamin c. Pakar perubatan menyarankan untuk ambil banyak vitamin c supaya luka cepat sembuh dan mudah untuk membuang air besar. Vitamin c ni jugak membantu menaikkan seri wajah dan meningkatkan ketahanan badan yang penting untuk ibu yang masih lemah.

Zink pula untuk mempercepat kesembuhan luka selepas bersalin. Bukan luka luaran sahaja, luka dalaman lagi penting.

kalsium juga untuk menguatkan otot dan tulang ibu2 yang banyak digunakan semasa hamil dan bersalin.

B complex untuk memberi emosi yang tenang dan jauhi meroyan. 

Semuanya lengkap. Untuk yang menyusu, buatlah tambahan alfalfa untuk menggalakkan penyusuan dan untuk mengembalikan keintiman. Sangat bagus untuk keintiman wanita.

Semua dah cuba dan rasai perbezaannya. Untuk kesihatan dan kecantikan.


Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli dan kelebihan yang akan anda dapat :


>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Rabu, 30 April 2014

TOLONG, SUSU SAYA TIDAK KELUAR!

Ramai ibu yang mengeluh kerana hasratnya untuk menyusukan bayi mereka tidak tercapai kerana dikhabarkan susunya tiada & tidak keluar. Sungguh memilukan, niat ibu yang murni tidak dapat dipenuhi atas sebab tiada susu. Tapi benarkan tiada susu?

Hakikatnya, semua ibu-ibu yang hamil mampu menghasilkan susu dan menyusukan bayi mereka. Malahan, ibu-ibu yang tidak mampu mengandung, tapi dengan kaedah yang betul (induce lactation), ibu-ibu ini mampu menyusukan anak angkatnya.

ASAL USUL PENGHASILAN SUSU IBU

Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon. Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal. 

Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini kerana Lactogenesis II juga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan prosesLactogenesis III yang didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi.

SUSU SIKIT

Dari segi saintifik, diakui akan ada ibu-ibu yang tidak mampu memberikan anaknya susu badan secara eksklusif/sepenuhnya disebabkan beberapa masalah kesihatan ibu itu sendiri, seperti hypothyroid, hypoplasia type breast, PCOS. Mereka yang menghadapi masalah ini biasanya mempunyai low mammary gland atau kurang kelenjar susu yang membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Tetapi peratusannya adalah sangat kecil. Jika mereka yang menghadapi masalah seperti di atas sekali pun, dengan rawatan dan teknik penyusuan yang betul, ibu-ibu tersebut masih mampu memberikan anaknya susu badan sepenuhnya seperti ibu-ibu yang lain.

SUSU CEPAT KERING

Penghasilan susu adalah berdasarkan demand vs supply. Ia dimulakan dengan ransangan atau hisapan di payudara oleh bayi. Ransangan ini akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitary di otak bertanggungjawab untuk merembeskan hormon prolaktin (menghasilkan susu) dan hormon oksitoksin (melancarkan pengeluaran susu). Proses ini berlaku dalam masa 1-2 minit. Untuk menghasilkan susu yang optimum, ibu-ibu harus memastikan yang payudara dikosongkan 8 – 12x dalam tempoh 24 jam dengan menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi. 

Selain dari hormon prolaktin dan oksitoksin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai signal bagi memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan dari sehari ke sehari, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti. Oleh itu disarankan agar ibu-ibu menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi sebelum hormon FIL dirembeskan atau payudara penuh iaitu 3-4 jam sekali.

Oleh itu, semua ibu ada susu dan mampu menyusukan anaknya. Hakikatnya penyusuan ibu itu adalah fitrah dan semua ibu mampu melakukannya.

Oleh Suria Irdayu Ahmad Zaidi, PCPA, Malaysian 
Breastfeeding Peer Counselor


Saya sempat berchit-chat dengan teman sekerja perihal kewanitaan. Macam biasa, berkongsi ilmu pregnancy, bersalin & berpantang memandangkan kawan saya ni sedang hamil 6 bulan. Macam-macam diceritakan. Bagaimana penjagaan makan semasa hamil, semasa berpantang dan lain-lain.

beliau bertanyakan perihal berat badan, melihatkan saya ni kurus slim sama seperti sebelum hamil lg. Selain ckp dah body i memg cenggini dari dulu payah nak naik, saya beritahu yang breastfeeding salah satu cara yang berkesan untuk keep slim. (Salah satu cara ye, bukan the only cara. Makan pun ada kena jaga juga la.)

Beliau pun berkongsi cerita kakaknya yg mulanya tidak dapat menyusui anak sulungnya kerana dikatakan tidak ada susu. Terbongkarlah cerita yg untuk anak keduanya, dia amalkan set kehamilan Shaklee termasuk ESP untuk kesihatan. Secara tidak sengaja, susunya sudah keluar sendiri! Tanpa perlu urut susu.

Serius saya terkejut.

Sungguh la, set penyusuan shaklee dapat membantu menggalak susu. Yang penting, tanamkan niat untuk menyusui anak sedari hamil lagi. Selain itu, bacaan HB beliau juga menunjukkan peningkatan hingga 13.4 semasa hamil setelah mengamalkan Shaklee. 

Saya kongsikan cerita ini berdasarkan kisah benar. Bukan teknik marketing berlebih-lebihan.

PERCAYALAH, SETIAP IBU DIBERI ANUGERAH UNTUK MENYUSUI BAYI MEREKA. 


‪#‎sayajualshaklee#sayasukakongsikebaikan#



Jom sertai LEGASI kami dengan mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah untuk dapatkan diskaun sehingga 20%, mentoring bisnes yang mantap sehingga anda berjaya.

Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli dan kelebihan yang akan anda dapat :


>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Selasa, 29 April 2014

KESAN BURUK ESP SHAKLEE KEPADA PENGGUNA


Ramai yang sudah tahu akan kajian terbaru tentang keburukan soya kepada tubuh badan. Ada juga yang kaitkan dengan masalah ketika hamil, berpantang dan bersalin. ESp yang dikatakan dapat membanyakkan susu badan, ada yang hingga overclaim mengatakan hingga memancut-mancut keluar. DAHSYAT KAN?

Berdasarkan pengalaman dan testimoni pengguna ESP Shaklee, banyak kesan buruk yang telah membuatkan mereka ini setia dengan Shaklee. Tambahan pula, ESP merupakan produk Shaklee yang paling HOT di pasaran.

Antara Kesan Buruk ESP :
  • tak cukup botol/storage untuk simpan susu. Terpaksa beli botol baru sebab Susu makin banyak, 
  • terpaksa beli deep freezer berasingan untuk simpan stok susu. Peti ais sedia ada dah tak muat kerana susu yang banyak.
  •  Susu makin pekat, anak cepat kenyang, sudah kurang bangun malam, bangun pagi bengkak susu.
  • Kurang dah kerja di pejabat sebab cepat siap. semua sebab ESP bagi tenaga tambahan.
  • Alat solek terpaksa buang kerana dah expired, lama dah tak pakai sebab kulit makin bersih dan geboo lepas minum ESP.
  • Suami makin gatal, Asyik nak berkepit aje sejak minum ESP.
  • Habis duit asyik bershopping beli baju baru sebab baju lama sudah longgar sejak minum ESP.
Macam mana? Berani ke nak ambil ESP ni? 

ESP merupakan sumber protein yang berkualiti dan selamat. Kenapa saya katakan begitu?

Anda tahu tak bahawa protein amat penting untuk tubuh badan kita? 

25 % daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya kuku, kulit dan otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL  > TISU  >  ORGAN  >  SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu di mana tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  
Badan kita memerlukan PROTEIN untuk membina sel-sel tersebut. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. 

MAKANAN HARIAN YANG TINGGI PROTEIN

Makanan yang kita hadam setiap hari terdapat kandungan protein yang baik di dalamnya. Contoh makanan yang tinggi protein seperti ikan, daging, ayam, telur, kekacang dan lain-lain. Tapi sedarkah anda bahawa protein mudah hilang/terhapus apabila diproses melalui suhu yang tinggi seperti menggoreng, merebus, memanggang dan lain-lain?

Sebab itulah pengambilan ESP disarankan untuk diminum dengan suhu sederhana ataupun sejuk sahaja supaya proteinnya terpelihara. Susu soya yang terdapat dipasaran telahpun diproses dengan suhu yang tinggi yang menghapuskan khasiatnya. PENGAMBILAN esp disarankan untuk memlihara keperluan protein oleh tubuh dalam pembentukan sel.

Ramai yang percaya dan merasai keberkesanannya. Sebanyak mana keburukan yang digemburkan, semakin ramai yang merasai kebaikannya. 

SET BERPANTANG & PENYUSUAN

SET KULIT CANTIK

SET PENYUSUAN

TESTIMONI SET KURUS



Jom sertai LEGASI kami dengan mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah untuk dapatkan diskaun sehingga 20%, mentoring bisnes yang mantap sehingga anda berjaya.

Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli dan kelebihan yang akan anda dapat :


>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Isnin, 28 April 2014

TAMBAH SUSU DENGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE

Alhamdulillah..

Bila berbicara tentang penyusuan, saya berasa amat mengujakan. Terbayang ibu-ibu yang kuat, gigih dan penyayang. Benarlah bagai dikata, ibu itu sanggup lakukan apa sahaja untuk kebaikan keluarganya. untuk kesihatan semua. memdapatkan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Penyusuan susu ibu itu amatlah memerlukan kekuatan, kesabaran dan kefahaman yang tinggi. Bukan sekadar suka-suka. Janganlah dipandang remeh akan usaha titik peluh ibu-ibu ini memberi makan untuk bayi mereka.

Menjayakan penyusuan selama 2 tahun bukanlah mudah. perbagai dugaan dilalui. bukannya bila kata ada susu, susu ibu akan berterusan banyaknya, atau semakin banyak tidak surut-surut. ketahuilah, penyusuan ibu juga ada pasang surutnya. tapi berkat kekuatan dan usaha ibu sekalian, menjayakan penyusuan kelihatan hebat dan bahagia.

faktor utama dalam menjayakan penyusuan susu ibu adalah konsistennya dalam menyusukan. terdapat 2 cara penyusuan, iaitu direct breasfeeding atau pumping. Pumping biasanya dilakukan oleh ibu yang bekerja dengan menyediakan stok untuk anak pada ketika ibu tidak bersama. Pumping juga dilakukan oleh ibu yang bayinya tidak dapat menyusu secara direct walaupun tidak bekerja. contohnya, bayi tidak mahu menghisap puting, dan minum susu menggunakan sudu atau cawan. perkara ini juga berlaku. lihatlah betapa berwarna-warninya penyusuan ibu ini.

tips yang wajib diamalkan jika ibu inginkan penyusuannya berjaya :

  1. Banyakkan minum air. sekurangya 2 -3 liter sehari. ibu juga akan secara automatik merasa dahaga semasa menyusukan. kehendak untuk minum air dengan banyak adalah petunjuk penyusuan sedang diamalkan.
  2. Kerapkan penyusuan. Bagi yang mengepam, kerapkan pam untuk meransang pemprosesan susu dalam badan. disarankan mengepam 2-3 jam sekali.
  3. Banyakkan berdoa moga Allah mengurniakan rezeki untuk menjayakan penyusuan ini.
Amalan lain untuk membanyakkan susu :
  • minum susu
  • pegaga
  • halba
  • kurma merah
  • habbastussauda
  • longan kering
Pilih sahaja mana2 penggalak susu, keberkesanan setiap individu adalah tidak sama. Sesetengah orang berkesan apabila mengamalkan satu-satu bahan/produk. 

SHaklee juga mempunyai rangkaian produk untuk menambah susu. Alhamdulillah berkesan pada ramai yang telah mencuba. Tak salah mencuba jika ia telah terbukti baik dan berkesan.

sET PENYUSUAN SHAKLEE terdiri daripada :

1) Vita-lea

Tambahan Ostematrix untuk sakit-sakit pinggang & lenguh-lenguh menyusukan bayi sewaktu malam. Alhamdulillah, ia amat berkesan pada saya. Tak rugi mencuba kan? 





Jom sertai LEGASI kami dengan mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah untuk dapatkan diskaun sehingga 20%, mentoring bisnes yang mantap sehingga anda berjaya.

Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli dan kelebihan yang akan anda dapat :


>>>>>>>>>>>SENARAI HARGA SHAKLEE<<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Rabu, 15 Mei 2013

MILK BOOSTER - SET PENYUSUAN BAJET, CERGAS & SIHAT UNTUK TULANG!

Ini antara set penyusuan yang boleh ibu-ibu pertimbangkan jika mahukan yg lebih bajet rendah. ada para ibu yg hanya mahukan ESP dan alfalfa, tapi pada pengalaman dan cadangan saya, sangat penting untuk mengambil bersama Ostematrix untuk kesihatan tulang ibu dan anak. 

ostematrix bukan sahaja untuk tulang, malah gigi, gusi, kurangkan sembelit, mudah bangun pagi dan alternatif kalsium terbaik untuk ibu-ibu yang susah nak telan susu. tahukah ibu-ibu sekalian yang gigi kita mudah rapuh selepas melahirkan? kebiasaanya kita akan lihat mak-mak kita yang terlebih dahulu memakai gigi palsu berbanding bapa kan? saya sendiri rasakan ngilu pada gigi selepas kelahiran qisya yang lalu. hampir setahun saya tidak boleh minum ais kerana ngilu. kerana itu pentingnya kalsium untuk tulang, gigi dan gusi. mahukah ibu-ibu sekalian  kehilangan gigi dan pakai gigi palsu di awal kelahiran pertama lagi? amalkanlah pengambilan susu dan sebarang makanan yang kaya kalsium supaya tidak kelihatan tua sebelum usia.

selain itu, ostematrix penting untuk masalah lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan dan belakang yang dialami oleh ibu-ibu yang menyusu badan. bayangkan terpaksa meriba dan memeluk anak dua jam sekali. waktu malam menyusu sehingga keras pinggang. ostematrix dapat membantu mengurangkan masalah lenguh-lenguh ini. kesannya pun cepat dapat dilihat. Bila ibu sihat, anak pun ceria! ;)

ENTRI BERKAITAN >


Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


Selasa, 12 Mac 2013

SET PENYUSUAN SHAKLEE TIDAK BERKESAN?

saya sering juga tertanya pada awalnya, benarkah set penyusuan shaklee ini benar-benar berkesan? 

Apakah jika saya atau pengguna di luar sana berhenti mengambil set ini, susu akan merudum? 

pada mulanya agak sukar untuk percaya. kerana kita telah dijelaskan bahawa vitamin dan suplemen hanyalah untuk penambah tenaga dan kesihatan yang baik. ianya bukanlah faktor utama penggalak kemeriahan susu. pengambilan suplemen membantu ibu sihat bertenaga dan ceria, sekaligus gembira semasa proses penyusuan dan mengepam stok.

namun, pabila beberapa pengguna yang memberi feedback begini : 


Bukan itu sahaja, ada juga pelanggan yang bereksperimen dgn melihat penyusuan tanpa pengambilan esp dan dgn pengambilan esp. Hasilnya susu kelihatan merudum.


Mungkin kita akan terfikir ia hanyalah psikologi dan mind set bila tiada suplemen susu akan berkurang. Namun berdasarkan fakta, anda boleh menilainya sendiri. 

Tapi perlu diingat dan seringkali diulang, penyusuan yang berjaya adalah dengan mengaplikasikan teknik dan rules yang betul. Usaha dan amalkan, in shaa allah dipermudahkan. Dan jangan pula harapkan susu yang melimpah ruah sebaik sahaja mengambil suplemen. Ia perlukan masa untuk serasi dengan badan dan jadual penyusuan anda.



jom kita lihat set penyusuan yang lengkap untuk para ibu. bukan sahaja susu bertambah, kesihatan pun semakin baik. mudah bangun pagi dan tiada lg sakit-sakit badan.



untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


Khamis, 20 Disember 2012

MANFAAT SUPLEMEN YANG PENTING UNTUK PENYUSUAN



PROTEIN – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

VITALEA – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

VITAMIN C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

OSTEMATRIX / KALSIUM – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

ALFALFA – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

OMEGA GUARD – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

sumber : Majalah Shaklee Today

sebarang konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi di talian 013-3532798. pengedar juga diperlukan ;)


Selasa, 27 November 2012

PANDUAN PENYUSUAN

RUJUKAN : PA &MA

SOALAN : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?
Nadia, Setapak, Kuala Lumpur


JAWAPAN : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.


1)     Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.


2)   Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.


3)   Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.


4)  Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.


5)       Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!


6)     Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.


7)    Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.


8)       Elakkan puting kosong(pacifier).


9)       Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.


10)   Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.


11)   Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.


12)   Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.


sumber : http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396


Amalkan pemakanan sihat sejak dari hamil, berpantang dan menyusukan.

Kami menyediakan set yang sesuai digunakan sejak dari hamil sehingga menyusukan.


SET PENYUSUAN SHAKLEE YANG MEMENUHI KEPERLUAN IBU SEKALIGUS KESIHATAN ANAK

VITA-LEA IRON FORMULA :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


B COMPLEX :
lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


VITAMIN C :
membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

OSTEMATRIX :
kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.

Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual(period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.


ESP @ ENERGIZING SOY PROTEIN :
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Semoga berjaya!!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk mendapat konsultasi dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya :
Nazirah Abdullah
Shaklee independent distributor
ID : 910351
Contact/whatsapp : 013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...