Rabu, 30 April 2014

TOLONG, SUSU SAYA TIDAK KELUAR!

Ramai ibu yang mengeluh kerana hasratnya untuk menyusukan bayi mereka tidak tercapai kerana dikhabarkan susunya tiada & tidak keluar. Sungguh memilukan, niat ibu yang murni tidak dapat dipenuhi atas sebab tiada susu. Tapi benarkan tiada susu?

Hakikatnya, semua ibu-ibu yang hamil mampu menghasilkan susu dan menyusukan bayi mereka. Malahan, ibu-ibu yang tidak mampu mengandung, tapi dengan kaedah yang betul (induce lactation), ibu-ibu ini mampu menyusukan anak angkatnya.

ASAL USUL PENGHASILAN SUSU IBU

Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon. Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal. 

Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini kerana Lactogenesis II juga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan prosesLactogenesis III yang didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi.

SUSU SIKIT

Dari segi saintifik, diakui akan ada ibu-ibu yang tidak mampu memberikan anaknya susu badan secara eksklusif/sepenuhnya disebabkan beberapa masalah kesihatan ibu itu sendiri, seperti hypothyroid, hypoplasia type breast, PCOS. Mereka yang menghadapi masalah ini biasanya mempunyai low mammary gland atau kurang kelenjar susu yang membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Tetapi peratusannya adalah sangat kecil. Jika mereka yang menghadapi masalah seperti di atas sekali pun, dengan rawatan dan teknik penyusuan yang betul, ibu-ibu tersebut masih mampu memberikan anaknya susu badan sepenuhnya seperti ibu-ibu yang lain.

SUSU CEPAT KERING

Penghasilan susu adalah berdasarkan demand vs supply. Ia dimulakan dengan ransangan atau hisapan di payudara oleh bayi. Ransangan ini akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitary di otak bertanggungjawab untuk merembeskan hormon prolaktin (menghasilkan susu) dan hormon oksitoksin (melancarkan pengeluaran susu). Proses ini berlaku dalam masa 1-2 minit. Untuk menghasilkan susu yang optimum, ibu-ibu harus memastikan yang payudara dikosongkan 8 – 12x dalam tempoh 24 jam dengan menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi. 

Selain dari hormon prolaktin dan oksitoksin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai signal bagi memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan dari sehari ke sehari, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti. Oleh itu disarankan agar ibu-ibu menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi sebelum hormon FIL dirembeskan atau payudara penuh iaitu 3-4 jam sekali.

Oleh itu, semua ibu ada susu dan mampu menyusukan anaknya. Hakikatnya penyusuan ibu itu adalah fitrah dan semua ibu mampu melakukannya.

Oleh Suria Irdayu Ahmad Zaidi, PCPA, Malaysian 
Breastfeeding Peer Counselor


Saya sempat berchit-chat dengan teman sekerja perihal kewanitaan. Macam biasa, berkongsi ilmu pregnancy, bersalin & berpantang memandangkan kawan saya ni sedang hamil 6 bulan. Macam-macam diceritakan. Bagaimana penjagaan makan semasa hamil, semasa berpantang dan lain-lain.

beliau bertanyakan perihal berat badan, melihatkan saya ni kurus slim sama seperti sebelum hamil lg. Selain ckp dah body i memg cenggini dari dulu payah nak naik, saya beritahu yang breastfeeding salah satu cara yang berkesan untuk keep slim. (Salah satu cara ye, bukan the only cara. Makan pun ada kena jaga juga la.)

Beliau pun berkongsi cerita kakaknya yg mulanya tidak dapat menyusui anak sulungnya kerana dikatakan tidak ada susu. Terbongkarlah cerita yg untuk anak keduanya, dia amalkan set kehamilan Shaklee termasuk ESP untuk kesihatan. Secara tidak sengaja, susunya sudah keluar sendiri! Tanpa perlu urut susu.

Serius saya terkejut.

Sungguh la, set penyusuan shaklee dapat membantu menggalak susu. Yang penting, tanamkan niat untuk menyusui anak sedari hamil lagi. Selain itu, bacaan HB beliau juga menunjukkan peningkatan hingga 13.4 semasa hamil setelah mengamalkan Shaklee. 

Saya kongsikan cerita ini berdasarkan kisah benar. Bukan teknik marketing berlebih-lebihan.

PERCAYALAH, SETIAP IBU DIBERI ANUGERAH UNTUK MENYUSUI BAYI MEREKA. 


‪#‎sayajualshaklee#sayasukakongsikebaikan#



Jom sertai LEGASI kami dengan mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah untuk dapatkan diskaun sehingga 20%, mentoring bisnes yang mantap sehingga anda berjaya.

Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli dan kelebihan yang akan anda dapat :


>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...