Isnin, 1 September 2014

MEALSHAKE SHAKLEE MEMBAWA KEBURUKAN KEPADA ANAK-ANAK

Mealshake Shaklee sememangnya tidak sihat untuk anak-anak anda. Ia bagus untuk orang dewasa dan seisi keluarga sebagai makanan pelengkap nutrisi tubuh, tetapi tidak bayi anda. Mealshake Shaklee membawa keburukan kepada anak-anak jika tidak diberi dengan kadar yang betul. Mealshake adalah suplemen dalam bentuk serbuk untuk dibancuh bersama minuman. Ianya berperisa vanilla, bauan yang wangi dan tekstur yang lebih halus berbanding ESP. 

Namun begitu, mealshake ini tidak baik dan tidak digalakkan untuk diberi pada kanak-kanak dengan syarat :
  • Diberikan kepada kanak-kanak 1 tahun ke atas.Tidak disarankan sama sekali diberi pada bayi bawah 1 tahun. Bayi terlalu kecil untuk memproses makanan tertentu.
  • Bukan diberi sebagai pengganti susu badan mahupun susu formula. Bermakna, memberi sukatan seperti sukatan susu harian. Mealshake yg ingin diberi kepada kanak2 mempunyai sukatan tertentu, bahkan dewasa pun hanya memerlukan 1 – 2 sudu besar sahaja segelas. Untuk kanak-kanak, hanya sukatan kecil diperlukan, dan dicampur di dalam minuman kegemaran anak-anak mahupun susu.
  • Tiada alahan kepada susu lembu. Ini kerana Mealshake diperbuat daripada susu lembu. Bagi yang alahan amatlah tidak digalakkan.

MEALSHAKE BAIK UNTUK :
  • Lelaki & wanita dewasa
  • Ibu hamil
  • Mereka yang perlukan tenaga segera
  • Kanak-kanak 1 tahun ke atas
Menjawab isu-isu dibangkitkan dalam kandungan Mealshake tersebut, saya suka kongsikan bahawa, buatlah research dahulu, dapatkan info yang betul. Setiap cadangan pengambilan ada cara tersendiri. Sukatan pun perlu betul. Bukan bulat-bulat mengambil jalan mudah menyalahkan perkara tanpa usul periksa.

ISU 1 : MALTODEXTRIN DALAM MEALSHAKE

Ada dibangkitkan permasalahan unsur maltodextrin iaitu sejenis bahan tambahan yang terkandung di dalam mealshake. Jom kita cek, apa itu maltodextrin & fungsinya.

Maltodextrin merupakan bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai pemekat/thickener atau ‘filler’. Bahan tambahan Maltodextrin itu sendiri adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang bahaya seperti digembar-gemburkan. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan  ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Sebenarnya maltodextrin ini sangat mudah dan biasa ditemui dalam bahan harian kita. Cuba semak barangan dapur kita, maltodextrin biasa dijumpai dalam salad dressings, frozen yugort, spice mixes, fat-free & sugar-free product. Ia juga boleh dijumpai di dalam daging, nutrition bar, snacks dan pengganti makanan yg lain.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik yang tinggi, Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Cara supaya ia tidak bertukar lemak, ambillah makanan yg mengandungi maltodextrin selepas bersenam kerana ketika itu badan memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan cepat.

Kesimpulan, maltodextrin adalah kandungan unsur biasa dalam makanan, sebagaimana kita kata salad itu sihat, ia masih juga mempunyai maltodextrin. Sekurang-kurangnya kita tahu ia diperbuat dari real food, bukan dari kimia berbahaya.

Baca di sini http://www.fitsugar.com/What-Maltodextrin-293287 untuk keterangan lebih lanjut. 

ISU 2: KANDUNGAN GULA (‘SUGAR’) DALAM MEALSHAKE SHAKLEE

Kandungan gula dalam Mealshake tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g  gula yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak. Oleh itu, ramai yang mengatakan mealshake tidak bagus untuk kanak-kanak.

Tahukan anda bahawa sukatan yang dicadangkan untuk kanak-kanak hanyalah 1 sudu kecil atau kurang? Sukatan yang dicadangkan sebenarnya adalah 34g per serving seperti yang tertera pada botol iaitu bersamaan 16.0g gula sahaja.

Sama juga seperti ubat-ubatan yang dicadangkan pada kanak-kanak, dosage untuk mereka juga amat rendah bersesuaian dengan umur dan daya tahan mereka. Malah, madu pun tidak boleh diberi banyak sekaligus kerana bersifat panas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Per serving yang dicatatkan pada botol adalah standard label, takkan nak letak setiap gram per serving kan?
Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?

ISU 3: MEALSHAKE TIDAK SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 4 ATAU 6 TAHUN

Pabila timbul isu kanak-kanak tidak sesuai mengambil mealshake, namun para pengedar rata-rata mengatakan ia boleh diambil oleh kanak-kanak usia 1 tahun ke atas, sedangkan Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun.

Tapi, tahukah anda, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang?

Jadi untuk usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah harus menggunakan kebijaksanaan ibu-ibu sendiri. Jika mahu diberikan Mealshake Shaklee kepada anak-anak di bawah 4 atau 6 tahun,, kami menyediakan panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Di sinilah pentingnya memilih pengedar yang dipercayai. Nak tahu, hubungi pengedar anda, jika mahu nasihat saya, boleh beli dengan saya sempena promo gempak bulan ini, beli 3 percuma 1! Gerenti hebat dan selamat. Nak order? Mai order kat saya. terbaik untuk anda!

Cadangan saya, semua di tangan anda, kesihatan keluarga tanggungjawab kita. Jika kita percaya Shaklee mampu membawa ke arah kesihatan lebih baik, cubalah. Jika tidak sedia, jangan ambil. Keputusan di tangan kita.

Pada saya, Shaklee banyak membantu kesihatan keluarga saya di samping membantu meningkatkan taraf hidup saya, meluaskan jaringan persaudaraan dan persahabatan kami.

BER-SHAKLEE BUKAN SEKADAR BERNIAGA, BER-SHAKLEE UNTUK BEKALAN DUNIA & AKHIRAT.

BER-SHAKLEE UNTUK BERKONGSI KEBAIKAN. 

BER-SHAKLEE MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN KELUARGA.

MEALSHAKES






Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli rangkaian kami dan kelebihan yang akan anda dapat :

>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...