Isnin, 27 Julai 2015

GOLONGAN DARAH JENIS ‘O’ PASTI MENDAPAT JAUNDIS?


google

google

Biasa kan kita dengar terutamanya daripada nurse/jururawat yang menjaga bayi yang terkena penyakit kuning atau bahasa medikalnya jaundis mengatakan ibu bapa yang berdarah jenis ‘O’ tinggi kebarangkalian untuk terkena jaundis. Berdasarkan kajian memang benar apa yang dikatakan oleh pengamal perubatan. Mereka lebih arif tentangnya kerana mereka mengkaji dan menghadapinya setiap hari.

Saya dan suami sendiri adalah golongan berdarah jenis ‘O’, dan pastinya anak-anak kami pun berdarah ‘O’. Semasa anak pertama, bayi saya mendapat jaundis pada hari ke-3 dan berlarutan selama 5 hari. Jaundisnya alhamdulillah tidak tinggi, dan hanya berulang ke klinik untuk pemeriksaan malah breastfeeding yang juga banyak membantu.

Semasa anak kedua, saya masih redha sekiranya bayi saya juga terkena jaundis berdasarkan jenis darah kami, tapi berharap agar bacaan tidaklah tinggi. Bila ramai bayi yang saya dengar mengalami prolonged jaundis yang membuatkan saya mula mencari alternatif dan usaha untuk mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat jaundis. 

Mengejutkan, Alhamdulillah anak kedua saya tidak mendapat jaundis! Saya sendiri terkejut. Fahaman kuno saya, setiap bayi pasti terkena jaundis. Nurse yang datang melawat pun terkejut anak saya tiada jaundis, apalagi, siap minta petua dan tips bagai macamana boleh tak kena jaundis. Kebetulan pula, set bersalin saya cantekk bersusun atas baby cot.

“Makan Shaklee kot boleh elak kuning ye?” Tanya cik jururawat.

“Mungkin la.. saya memang amalkan dari awal. Tapi saya amalkan juga petua lain yang yang saya tak pernah ambil sebelum ni.” Jawab saya tersipu-sipu. Hehe.

Banyak sebenarnya tips & petua yang ramai kongsikan, tapi 2 ni yang Alhamdulillah serasi dengan anak saya agaknya.

SUSU KAMBING

Saya sebenarnya pertama kali nak merasa susu kambing ni. Orang kata baunya kuat dan ramai yang tak lalu nak minum. Setelah bertanya kepada Pakcik Google & blogwalking, susu kambing asli paling baik untuk diamalkan.
Nak dijadikan cerita, pencarian susu kambing asli di tempat saya tidak berjumpa. Yg ada hanya Nubians, dan agak jauh nak dapatkan di tesco. Pengakhirannya, saya amalkan susu kambing Hi-Goat. Memang tidak asli kerana telah diproses, tapi untuk mereka yang tidak tahan minum susu kambing asli bolehlah mencuba Hi-Goat kerana ianya tidak berbau, ada campuran madu, kurma dan perasa lain, serta enak diminum.
Saya amalkan semasa hamil bulan ke 6 dan sehingga di dalam pantang.

Tahu tak, selepas saya masuk kerja setelah habis berpantang, baru tahu ofismate ada menjual susu kambing asli. Sabor jelaa..takde jodoh antara kita ye kambing. Eh!

susu kambing dan jaundis
HI-GOAT SUSU KAMBING
AIR KELAPA MUDA (tanpa ais & gula)

Yang ni saya memang amalkan sebab memang baik untuk ibu hamil di trimester ketiga kehamilan. Banyak sangat kebaikannya. Salah satunya, untuk kulit anak cantik-mantik kannn. Selain tu, orang kata memudahkan proses kehamilan. Dan ada juga kata boleh mengelakkan jaundis pada bayi. Nak-nak saya memang suka sangat minum air kelapa, so, tak jadi masalah untuk minum selalu. Tak suruh pun nak ambik jugak. Hehe. 

Air kelapa ni pula mudah sangat nak dapatkan area kedah ni. On the way dari alor staq, kat jitra berderet tepi jalan orang jual. Tapi area selepas roundabout jitra tu paling legend. Airnya sedap asli, siap isi buah berlambak pakcik tu bubuh. Paling menarik, beruk si pemanjat pokok kelapa pun setia menanti. Feeling real betul minum!
Oh, jangan pulak minum air kelapa ni di awal kehamilan ye. Dikatakan boleh mengakibatkan keguguran. 

PETUA LAIN YANG MESTI CUBA

Setiap orang tak sama, ada yang amalkan macam saya, masih mendapat jaundis. Jadi, cubalah mana yang serasi. Tak rugi pun, semua petua ni ada kebaikannya masing-masing.
  • Buah Delima
  • Kurma
  • Kismis
  • Herba cina
NAK CUBA SHAKLEE PUN BOLEYY...!!

Saya amalkan Shaklee semasa hamil dengan niat untuk sihat, kuat dan untuk perkembangan bayi yang dikandung. Sama ada membantu dalam mengurangkan kebarangkalian jaundis Allahua’lam. Tapi kesihatan ibu dan bayi adalah factor utama dalam melahirkan dengan baik dan selamat. Senarai di bawah antara favourite saya setiap kali hamil :

1)       OSTEMATRIX untuk kesihatan tulang ibu yang semakin susut setelah mengandung dan melahirkan. Ia juga membantu membina tulang dan otot bayi yang dikandung. Bonusnya, mengurangkan sembelit yang sering menjadi masalah di kalangan ibu hamil. All time favourite!

2)       VITA – C PLUS membantu meningkatkan metabolisma tubuh. Kuatkan daya tahan badan terhadap penyakit. Orang mengandung ni kan bahaya bila sakit, kerana tak digalakkan untuk makan sebarangan ubat termasuklah panadol. Vitamin c ni membantu kuatkan daya tahan dan mengurangkan dari mudah terkena penyakit.

3)       B – COMPLEX ni boleh diambil sebagai asid folik.

4)       VITALEA adalah multivitamin lengkap untuk tubuh. Ia juga bagus untuk ibu hamil yang menghadapi masalah bacaan hb yang rendah.

5)       OMEGA sesuai diambil di trimester ketiga kehamilan. Baik untuk perkembangan otak janin.

Nazirah Abdullah
013 - 353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Rabu, 24 September 2014

MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH DAN CARA MENGATASINYA

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH TIDAK SENTIASA JELAS. IA BOLEH DIKAITKAN DENGAN YANG BERIKUT :
  • Kehamilan.
  • Masalah hormon seperti tiroid yang tidak begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia).
  • Ubat over-the-counter.
  • Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi.
  • Kegagalan jantung.
  • Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal).
  • Pelebaran atau pengembangan, saluran darah.
  • Keletihan haba atau strok haba.
  • Penyakit hati.

PENYEBAB TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu :
  1. KEKURANGAN VOLUM DARAH – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal.
  2. DEHIDRASI – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  3. MASALAH JANTUNG – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.

VITAMIN YANG DICADANGKAN UNTUK MEREKA YANG BERMASALAH TEKANAN DARAH RENDAH :

PRODUK
KUANTITI
KALI
CATATAN
Vitalea
2
2
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
B Complex
2
2
Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
Soy Protein (ESP)
2
3
Meningkatkan tenaga
Meal Shakes
2
3
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink
1
3
Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix
4
2
Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah

Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat. Jika anda mengalami tekanan darah rendah anda digalakkan melakukan perkara-perkara berikut:
  • Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan.
  • Jangan berdiri terlalu lama.
  • Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari. 
  • Diet rendah karbohidrat.
  • Banyakkan minum air putih.
  • Hindarkan diri dari pengambilan alcohol.
  • Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam.
  • Melakukan aktiviti senaman secara teratur.


  


Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli rangkaian kami dan kelebihan yang akan anda dapat :

>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Selasa, 23 September 2014

BAHAYA BABY CARRIER TIRUAN KEPADA ANAK KITA

Fake baby carrier.

Saya antara yg terbeli fake ergo baby carrier. Fake pun rm100++ ye.. Sebab original pun 300++ dan ke atas mengikut jenis. Uiii.. Baby carrier @ baby wearing ni rm1k pun ada hokeh..

Memg igt murah tu biasa la, sbb lgsg tak study pasal baby carrier ni. Main beli je. Bila dah beli baru terkedek2 baca di grup malaysian babywearers. Baru sedar ergo ni fake. Ergo ni brand overseas, so memang mahal la, ada juga yg organic, materialnya special sbb ditanam di kawasan special dan dijaga rapi. Saya takdelah sampai nak macam tu. Hihi.

Saya mula ragu-ragu dengan fake ergo saya ni bila dhiya yg berusia 6 bulan ketika itu langsung tidak selesa duduk di dalamnya. Berpeluh2, meragam, dan saya rasa sakit pinggang walaupun memakai dalam masa yg sangat singkat. Pelik la, sebab kebanyakan org pakai ni anak terus tidur. Tapi dhiya nampak sgt tak selesa, ibu pun tak selesa, jadi sangat kecewa..

Fake baby carrier susah nk cam sebenarnya, paling senang boleh tahu bila tgk harga. Masalah pada fake carrier ini adalah kualitinya. Kes baby cedera kebanyakkannya sebab buckle pecah, dan baby terjatuh. Jahitan yg tidak kemas juga antara sebab yg membolehkan baby terlucut jatuh. 

Masalah baby carrier bukanlah tentang fake atau tiruan sahaja, malah baby carrier yg kita beli di pasaraya pun belum tentu selamat. Contohnya crotch carrier yg bukaan kaki sempit itu buat baby tak selesa dan mungkin memberi kesan pada tulang paha baby. Carrier menghadap ke depan pun bahaya.
Yang penting, utamakn langkha berjaga-jaga. Seperti yang pernah berlaku kepada beberapa kanak-kanak dan bayi yang tercedera kerana baby carrier tiruan atau fake ini. 

contoh crotch carrier :

baby carrier

baby carrier

baby carrier

Tidak selamat kerana :
  1. Hanya kelangkang disokong.
  2. Kaki melunjur ke bawah tanpa sokongan, meletakkan tekanan pada pinggul.
  3. Kaki baby dipaksa lurus dan memberi tekanan pada tulang pinggul.

BABY CARRIER YANG SELAMAT



Baby carrier yang brand international memang mahal. Boleh cuba baby carrier local seperti yang saya cadangkan di link berikut.


Nak guna yang simple dan jimat pun boleh seperti penggunaan kain batik sebagai ringsling dan ikat batik seperti ibu-ibu indonesia biasa pakai. Yang penting, langkah-langkah keselamatan perlu diambil.



MC DAN CUTI TIADA LAGI, BOSS SENANG HATI!

Ramai yang sudah mula amalkan supplemen shaklee. Yang kerap mc dan cuti pun semakin kurang. Mereka bertukar kepada shaklee kerana produknya yang dipercayai selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Faktor betapa komitednya shaklee dalam memastikan kualiti terbaik dengan ujian makmal terperinci walaupun ianya bukanlah suatu kewajipan dalam menghasilkan vitamin.

Saya juga memulakan pengambilan vitamin sejak melahirkan cicha anak sulung kami. Bila mula mengamalkannya dan berpuas hati dengan kesannya saya teruskan dengan vitamin yg lain yg sesuai dengan keperluan kami sekeluarga. Benar, kehidupan yg lebih sihat banyak merubah kami.

Itu cerita saya, 1 daripada berjuta pengguna shaklee yang setia dan dapat merasakan kebaikannya. Setia? Kerana perbezaannya.
Kerana keberkesanannya.
Kerana kebaikannya.
Kerana keselamatannya.
Kerana kemesraan alamnya.
Kerana kepercayaannya.
Kerana ia membantu berjuta masyarakat dalam menjalani kehidupan yg lebih sihat.

Testimoni dari pengguna shaklee yang mengamalkan set kesihatan asas yang terdiri daripada :

1) vitalea
2) b complex
3) vitamin c
4) energising soy protin (ESP)

Kalau dulu sering MC kerana tidak sihat, hingga majikan pun pening lalat tgk mc setahun hingga berbelas kali.

Sejak amalkan set kesihatan asas ni, jarang sakit dan dijangkiti, MC pun dah kurang. Badan sihat, kerja tiptop, boss pun senyum panjaaaaanggg!! Hiihi!


Ini baru dari segi amalan penggunaan vitamin yang membantu kesihatan yg lebih baik, belum lagi bisnes shaklee yg membantu ramai dari segi kewangan, kekeluargaan, sifat leadership, dapat trip percuma dalam dan luar negara, coacing bisnes secara percuma lagi!

Jika berminat, mari la join legasi BIG DREAMZ kami! 

Cia nazirah
BIG BREAMZ NETWORK

Sabtu, 13 September 2014

TIPS PENYUSUAN UNTUK IBU MUDA YANG TIDAK CUKUP SUSU?

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan tips penyusuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman membesarkan 2 orang puteri saya. Pengalaman sebenarnya banyak mengajar saya untuk melihat dan memahami keperluan anak-anak saya. Serius saya katakan, membesarkan kedua-dua puteri saya ini sangat berbeza. Melahir dan membesarkan puteri kedua rasa lebih mudah dan rileks berbanding yang sulung. Almaklumlah, anak sulung kan kita masih baru belajar, semuanya adalah baru. Jadi ambil masa untuk belajar kan. 

Untuk anak kedua saya, Dhiya, saya menguruskan semua keperluannya sendiri sejak lahir. Ibu saya hanya membantu sediakan makanan dan keperluan saya. Cuma dalam 2 minggu awal tu ibu saya yang mandikan anak saya, selepas tu, saya sendiri yang mandikan. Oleh itu, saya merasa sendiri kesemua pengalaman membesarkan dhiya sejak lahir. Dhiya sangat jarang merengek, agak lembut dan suka senyum. Saya perhatikan, bila dia kelihatan tidak selesa, saya mula2 akan cek pampersnya. Biasanya lepas cek, dia poo poo, lepas tukar, dhiya akan ceria seperti biasa. Tak perlu menyusukan pun. Selain tu, kalau sudah cek pampers dan tiada apa2, saya cuba tidurkan dia dengan menepuk2 perlahan. Dhiya sangat mudah tidur, tak perlu disogok dengan susu pun boleh tidur. Setelah kedua2 faktor tersebut tidak ada masalah, baru saya berikan susu. Alhamdulillah, selain Dhiya tiada kuning/jaundis, dhiya juga tiada kembung sepanjang dalam berpantang. Jadi, faktor kembung saya tidak ambil kira. 

Berbanding kakaknya Chicha, saya hampir buntu jikalau cicha merengek. Sememangnya cicha sangat kuat mengempeng. Kerap kembung, dan kerap menangis. Saya setiap kali cicha merengek, terus saya hulur susu. Saya tertekan, letih, penat, lapar, panas dan haus. Hingga orang sekeliling katakan yang susu saya sikit. Tapi saya tidak endahkan dan teruskan penyusuan. Cicha juga sebenarnya terdapat infected pada telinga, selepas tempoh pantang baru kami sedar. Mungkin sebab itulah cicha kerap merengek dan berjaga malam. 

Serius sangat penat untuk bertahan menyusukan. Sakit-sakit, letih, dan sedikit tertekan. Tapi itu semua perkara biasa. Sakit pada payudara adalah sementara kerana ia permulaan untuk sesuaikan dengan kehendak bayi. Letih adalah suatu perkara sementara, pabila dapat menyusukan dengan berjaya, ia merupakan pengorbanan yang tak dapat digambarkan. 

Semuanya worth it untuk bertahan. Percayalah. 
Kerana susu ibu adalah susu terbaik. 
Susu ibu mengeratkan ibu dan anak.
 Susu ibu pertahanan badan untuk anak kita dari mudah mendapat penyakit. 
Susu ibu adalah magik. 
Susu ibu mudah untuk bersiar-siar tak perlu bawa air suam merata-rata, just direct breastfeed. 
Susu ibu menjimatkan. Dan banyak lagi.
Terlalu banyak sebab untuk memberikan susu ibu yang terbaik untuk bayi kita.

Ibu-ibu sayang, bertahanlah, rasailah, hayatilah pengalaman menyusukan kerana pengalamannya tiada tandingan.


TIPS MENYUSU YANG RAMAI IBU MUDA KELIRU

Jangan terkeliru jika baby kelihatan fussy konon masih lapar walau diberi susu. Cuba sabar dan jgn terlalu cepat simpulkan bahawa baby tak kenyang dan mula campurkan dgn formula milk atau makanan dlm susu.

Perut baby kecil sgt. Fussy tak semestinya sbb lapar sahaja, mgkin pampers penuh, perut kembung, atau mengantuk. Baby akan mengempeng sbb bila menyusu dia rasa tenang. 

Sebolehnya elakkan beri makanan sebelum 6 bulan. Banyak kes berlaku menyebabkan usus bayi pecah dan tersumbat. 

Saya faham sgt bila org sekeliling kata baby lapar dan kesian. Just senyum terangkan pendirian kita. 

Banyak lg faktor lain menyebabkan bayi kelihatan fussy. Banyakkan membaca dan menimba ilmu. Ilmu parenting ni untuk dikongsi, bukan terlalu bangga dgn ilmu yg sedikit ini. Lg dikongsi, lagi byk manfaat kerana dapat membantu orang lain. 


Jika rasa letih, penat dan tidak bermaya untuk menyusukan, ambillah suplemen untuk memberi tenaga. Kerana membesarkan anak-anak perlukan tenaga yang lebih. Anda kerap bangun malam menyusu, kurang tidur, dan badan pun mudah sakit-sakit kelenguhan. Suplemen penting untuk ibu-ibu untuk kekal bertenaga menguruskan rumahtangga terutama ibu-ibu moden yang berkerjaya. Saranan saya adalah saranan peribadi, ambillah sebarang suplemen yang sesuai dengan badan anda. Tapi diingatkan supaya memilihlah suplemen yang selamat. Saya amalkan suplemen Shaklee sedari hamil hingga sekarang. Untuk ibu menyusu, sesuai untuk mengamalkan :
  1. Multivitamin untuk tenaga (vitalea)
  2. B complex.
  3. Vitamin c untuk pertahan badan dari penyakit.
  4. Ostematrix kalsium untuk kekuatan sendi dan tulang kerana ibu menyusu mudah sakit-sakit pinggang, lenguh dan sakit-sakit badan.
  5. Alfalfa untuk menggalakkan susu.
  6. Soy Protein ESP untuk tenaga dan menggalakkan susu.
Untuk lebih lanjt, boleh rujuk link ini :


 


Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli rangkaian kami dan kelebihan yang akan anda dapat :

>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Jumaat, 12 September 2014

HOMEMADE PLAYDOH YANG MUDAH DAN SERONOK!

Hujung - hujung minggu macam ni memang seronok bersantai dengan anak-anak. Masa inilah anak-anak pun minta kasih sayang dari kita. Kualiti time bersama keluarga sangatlah seronok. Tambah pulak kakak cicha anak sulung saya ni memang dah hampir setiap hari minta nak buat playdoh sebab dia tgk kat utube bermain dengan playdoh siap buat aiskrim lagi. Haiya, mahal kot cicha, kalau beli pun, kejap je main dah hilang ntah ke mana. permainan yang banyak parts ni susah nak kekal lama. 

Nak beli playdoh? Saya tak tahu bahan-bahan apa yang digunakan mereka. Adakah selamat digunakan oleh anak-anak kita? Apa kata buat homemade playdoh yang mudah dan seronok kerana lebih bermakna dan anak-anak pun boleh bermain bersama-sama. Yang pasti, ianya senang didapati dan saya pasti setiap dapur memiliki bahan-bahan adunannya. Selain selamat dan jimat, homemade playdoh juga cepat dibuat dan bermacam warna pilihan hati boleh dicipta. Kanak-kanak pastinya seronok sebab mak bapak pun suka bermain sekali kan? hihihi. Kalau dulu, palydoh ni zaman kecik-kecik dulu dipanggil plastisin kan. Kami beli kat kedai runcit dalam kotak tu je. Warnanya agak suram je. So, better kita buat sendiri kerana warna lebih cantik dan menarik!

Jom cuba buat playdoh sendiri.

Bahan-bahan membuat playdoh yang mudah didapati di setiap rumah. Yang saya buat ini tak perlu dimasak. simple kan?
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan garam. (ada juga yg gunakan krim of tartar)
  • 1 cawan air suam (mengikut kesesuaian, kalau masih melekit, tambah tepung sampai boleh dibentuk dan tidak melekat pada tangan).
  • 2 sudu besar minyak sayuran. (Saya gunakan minyak zaitun).
  • pewarna makanan kesukaan. Saya gunakan jenis serbuk sebab serbuk ada dijual dalam bekas yg kecil. Peminat baking paling mudah, Sah-sah belambak coloring kat dapur kan. hihi.
Cara membuat boleh rujuk video ini. Mudah dan menarik kan. Saya dah buat untuk cicha, tapi gambar tak dapat pulak nak transfer ke laptop ni. hihi. Kakak cicha main sampai letih tetido. Making her busy, memudahkan kerja seharian kita. Cara ni juga membuatkan anak kita lupa pada gadget masa kini. Oh, aktiviti ni juga merapatkan kekeluargaan, mana taknya, tengah menguli doh ni, cicha sibuk nak tolong. Hhihih.

HOW TO MAKE PLAYDOH WITHOUT COOKING



HOW TO MAKE PLAYDOH (COOKING)


ENJOIS!!


Khamis, 4 September 2014

16 TIPS BERHENTI MEROKOK MENJADIKAN ANDA LEBIH KACAK!

Tanyalah mana-mana perokok, semua ada hasrat untuk berhenti merokok dan akui merokok itu merugikan dan merosakkan. Namun, nama pun merokok menyebabkan ketagihan, jadinya ketagihan itu agak susah untuk dipatahkan.

Selepas makan, mesti mau pekena rokok. Mengantuk, ubatnya merokok. Merokok hensem? Sekarang orang yang tidak merokok yang dilihat kacak kan. Bersih, dan tiada bau rokok yang merimaskan.

Di sini saya kongsikan 16 TIPS BERHENTI MEROKOK yang anda boleh cuba.

1)       HEBAHKAN NIAT ANDA UNTUK BERHENTI MEROKOK.
Beritahu pada isteri/suami, anak-anak, rakan terdekat, atau post status di FB/Twitter azam anda untuk berhenti merokok. Keluarga akan jadi pendorong anda, rakan-rakan mungkin menjadi tukang perli, hehe, tapi itu sebagai challenge untuk kita kan? Selagi tak berhenti, makan la ayat sindiran teman-teman tu kan. Keluarga akan sentiasa menjadi pendorong dan mengingatkan target dan azam kita untuk berhenti.
Anda boleh juga minta rakan dan keluarga untuk tidak merokok di depan anda dan tidak meninggalkan rokok di sekitar anda.

2)       TETAPKAN TARGET TEMPOH BERHENTI
Tetapkan target masa mungkin selama 2-3 minggu mula-mula azam anda untuk berhenti merokok. Mula perlahan-lahan atau sedikit-sedikit mengurangkan jumlah rokok dalam sehari. Konsisten, dan teruskan sehingga capai target tersebut.

3)       BUAT JADUAL
Atur jadual yang agak sesuai dengan anda. Jangan terlalu longgar dan jangan terlalu ketat. Ikut kesesuaian keadaan anda dan teruskan mencuba sehingga jadual tersebut tidak lagi diperlukan. ;)

4)       UBAH KEBIASAAN
Apakah kebiasaan yang selalu kita rasa yang membuatkan kita nak merokok? Kalau anda sunyi dan anda rasa nak merokok, bebaskan dari kesunyian. Kalau mengantuk rasa nak merokok, cari alternative lain untuk hilangkan mengantuk contohnya minum kopi, bersenam, menguyah makanan lain, mandi, basuh muka, atau apa saja yg boleh menghilangkan mengantuk.
Jika anda rasa susah untuk ubah, cuba mengambil produk susu, buah-buahan dan sayuran lebih banyak, kerana berdasarkan survey atau kajian, makanan tersebut akan memberikan rasa yang kurang enak bila merokok. Juga elakkan kebiasaan yang selalu anda lakukan sambil  merokok seperti menonton televisyen, membaca suratkhabar dan lain-lain.

5)       SIBUKKAN DIRI
Cuba sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti lain. Anda boleh melakukan aktiviti kegemaran anda contohnya mendaki bukit, bersenam, berbasikal, atau apa sahaja hobi yang sudah lama anda ingin lakukan.

6)       GANTIKAN DENGAN TIDUR
Untuk permulaan usaha berhenti merokok, anda boleh rehatkan diri lebih banyak dari sebelum ini. Tidur agar anda lupakan keinginan anda.

7)       MINUM LEBIH BANYAK AIR
Cubalah untuk minum lebih banyak air. Air membantu dalam menghilangkan racun dari merokok yang telah terakumulasi dalam tubuh anda lebih cepat, sekaligus mengurangkan keinginan anda untuk merokok.

8)       KUNJUNGI TEMPAT LARANGAN UNTUK MEROKOK
Anda boleh cuba untuk menghabiskan masa berjam-jam sehari di tempat dimana merokok tidak dibenarkan, seperti perpustakaan, membawa anak-anak ke taman permainan, menziarahi pesakit di hospital sambil berbuat kebajikan, malah berwindow shopping di pasaraya kerana ia tempat larangan merokok. Jika anda mahu berlibur bersama kawan-kawan di restoran, pilihlah non-smoking area.

9)       SIBUKKAN TANGAN ANDA!
Buatlah tangan anda sibuk. Telah terbukti bahawa, salah satu alasan orang-orang masih merokok adalah kerana kebiasaan merokok mereka berkaitan dengan apa yang dilakukan dengan tangan mereka. Buatlah tangan anda memegang apa saja, kecuali rokok, seperti memegang pen, sehelai kertas, atau apapun yang dapat menukarkan gerakan digunakan untuk merokok (sebuah gerakan yang sama berulang-ulang ketika merokok).

10)   LUPAKAN ROKOK SELEPAS MAKAN
Kebanyakan perokok cenderung untuk merokok segera setelah makan. Beredar segera dari meja anda setelah makan atau pergilah berjalan-jalan. Cubalah untuk tidak terpengaruh godaan merokok.

11)   JAUHI PENIPUAN “SATU BATANG ROKOK”
Cubalah untuk menahan godaan untuk merokok “hanya satu batang”. Hal ini untuk memastikan bahawa sekali anda merokok satu batang pun, ia akan memusnahkan usaha untuk berhenti merokok. Ini kerana, anda tidak akan cukup dengan 1 rokok kerana rokok sememangnya mendatangkan ketagihan.

12)   RAWATAN AKUPUNTUR
Akupunktur adalah cara alami perubatan ketagihan nikotin, tanpa rasa sakit. Dengan 1 hingga 5 rawatan dapat mengurangkan gejala seperti tekanan psikologi, cemas, ketegangan, depresi, dan perasaan kosong yang disebabkan oleh penggunaan ubat jangka panjang seperti nikotin. Survey juga menunjukkan bahawa akupunktur meningkatkan vitalitas dan kesuburan serta membantu otak lebih berfungsi.

13)   BERI PENGHARGAAN
Hadiahkan sesuatu pada diri anda untuk setiap hari tanpa rokok. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan wang yg sebelum ini anda beli untuk merokok, simpan dan kumpulkan untuk anda pergi bercuti ke mana-mana yang anda idamkan. Siapa kata anda tak mampu kan? Dengan tidak merokok, anada jimat dan dapat membelanjakan kea rah lebih baik.

14)   BERHENTI MEROKOK, ANDA LEBIH KACAK!
Telah berjuta orang membuktikan dengan berhenti rokok, berat badan mereka lebih seimbang dan badan rasa lebih sihat. Ini kerana, rokok menyebabkan nafsu makan berkurang, dan agen-agen di dalam tubuh sukar untuk melakukan kerja mereka. Dengan berhenti merokok, mereka menggantikan dengan makanan yang lebih sihat dan lazat!

15)   POSITIF UNTUK LEBIH SIHAT
Positifkan diri bahawa dengan pengorbanan berhenti merokok ini, anda mendapat lebih banyak malah berganda manfaat dengan tidak merokok.  Kesihatan lebih baik, perbelanjaan lebih stabil, keluarga semakin gembira, yang tersayang makin jatuh cinta!

16)   STOP SMOKING – DO IT NOW!
Anda sudah membaca kesemua tips untuk berhenti merokok, dan anda juga memiliki kemahuan untuk melakukannya, mengapa tidak mulakan usaha itu sekarang. Tetapkan target anda dan ikuti langkah-langkah di atas. Berhenti merokok benar-benar bermanfaat untuk anda dan kesihatan anda. Jangan berlengah lagi!

Jangan tunggu sehingga sakit disebabkan rokok!

Rokok membunuh!


Rokok haram!

VIVIX FORMULA BERHENTI MEROKOK & ANDA SEMAKIN KACAK!
  • Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Di dalam 1 penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular. 
  • Ramuan vivix mengalakkan biogenesis atau pembentukan baru Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • Ramuan vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.
Ramuan vivix juga membantu memelihara :
  • Kesihatan jantung 
  • Kesihatan otak
  • System imun
  • Kesihatan sendi
  • Perlindungan antioksida
  • Peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • Dan kesihatan menyeluruh

VIVIX BERHENTI MEROKOK


 

Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli rangkaian kami dan kelebihan yang akan anda dapat :

>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...