Khamis, 4 September 2014

16 TIPS BERHENTI MEROKOK MENJADIKAN ANDA LEBIH KACAK!

Tanyalah mana-mana perokok, semua ada hasrat untuk berhenti merokok dan akui merokok itu merugikan dan merosakkan. Namun, nama pun merokok menyebabkan ketagihan, jadinya ketagihan itu agak susah untuk dipatahkan.

Selepas makan, mesti mau pekena rokok. Mengantuk, ubatnya merokok. Merokok hensem? Sekarang orang yang tidak merokok yang dilihat kacak kan. Bersih, dan tiada bau rokok yang merimaskan.

Di sini saya kongsikan 16 TIPS BERHENTI MEROKOK yang anda boleh cuba.

1)       HEBAHKAN NIAT ANDA UNTUK BERHENTI MEROKOK.
Beritahu pada isteri/suami, anak-anak, rakan terdekat, atau post status di FB/Twitter azam anda untuk berhenti merokok. Keluarga akan jadi pendorong anda, rakan-rakan mungkin menjadi tukang perli, hehe, tapi itu sebagai challenge untuk kita kan? Selagi tak berhenti, makan la ayat sindiran teman-teman tu kan. Keluarga akan sentiasa menjadi pendorong dan mengingatkan target dan azam kita untuk berhenti.
Anda boleh juga minta rakan dan keluarga untuk tidak merokok di depan anda dan tidak meninggalkan rokok di sekitar anda.

2)       TETAPKAN TARGET TEMPOH BERHENTI
Tetapkan target masa mungkin selama 2-3 minggu mula-mula azam anda untuk berhenti merokok. Mula perlahan-lahan atau sedikit-sedikit mengurangkan jumlah rokok dalam sehari. Konsisten, dan teruskan sehingga capai target tersebut.

3)       BUAT JADUAL
Atur jadual yang agak sesuai dengan anda. Jangan terlalu longgar dan jangan terlalu ketat. Ikut kesesuaian keadaan anda dan teruskan mencuba sehingga jadual tersebut tidak lagi diperlukan. ;)

4)       UBAH KEBIASAAN
Apakah kebiasaan yang selalu kita rasa yang membuatkan kita nak merokok? Kalau anda sunyi dan anda rasa nak merokok, bebaskan dari kesunyian. Kalau mengantuk rasa nak merokok, cari alternative lain untuk hilangkan mengantuk contohnya minum kopi, bersenam, menguyah makanan lain, mandi, basuh muka, atau apa saja yg boleh menghilangkan mengantuk.
Jika anda rasa susah untuk ubah, cuba mengambil produk susu, buah-buahan dan sayuran lebih banyak, kerana berdasarkan survey atau kajian, makanan tersebut akan memberikan rasa yang kurang enak bila merokok. Juga elakkan kebiasaan yang selalu anda lakukan sambil  merokok seperti menonton televisyen, membaca suratkhabar dan lain-lain.

5)       SIBUKKAN DIRI
Cuba sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti lain. Anda boleh melakukan aktiviti kegemaran anda contohnya mendaki bukit, bersenam, berbasikal, atau apa sahaja hobi yang sudah lama anda ingin lakukan.

6)       GANTIKAN DENGAN TIDUR
Untuk permulaan usaha berhenti merokok, anda boleh rehatkan diri lebih banyak dari sebelum ini. Tidur agar anda lupakan keinginan anda.

7)       MINUM LEBIH BANYAK AIR
Cubalah untuk minum lebih banyak air. Air membantu dalam menghilangkan racun dari merokok yang telah terakumulasi dalam tubuh anda lebih cepat, sekaligus mengurangkan keinginan anda untuk merokok.

8)       KUNJUNGI TEMPAT LARANGAN UNTUK MEROKOK
Anda boleh cuba untuk menghabiskan masa berjam-jam sehari di tempat dimana merokok tidak dibenarkan, seperti perpustakaan, membawa anak-anak ke taman permainan, menziarahi pesakit di hospital sambil berbuat kebajikan, malah berwindow shopping di pasaraya kerana ia tempat larangan merokok. Jika anda mahu berlibur bersama kawan-kawan di restoran, pilihlah non-smoking area.

9)       SIBUKKAN TANGAN ANDA!
Buatlah tangan anda sibuk. Telah terbukti bahawa, salah satu alasan orang-orang masih merokok adalah kerana kebiasaan merokok mereka berkaitan dengan apa yang dilakukan dengan tangan mereka. Buatlah tangan anda memegang apa saja, kecuali rokok, seperti memegang pen, sehelai kertas, atau apapun yang dapat menukarkan gerakan digunakan untuk merokok (sebuah gerakan yang sama berulang-ulang ketika merokok).

10)   LUPAKAN ROKOK SELEPAS MAKAN
Kebanyakan perokok cenderung untuk merokok segera setelah makan. Beredar segera dari meja anda setelah makan atau pergilah berjalan-jalan. Cubalah untuk tidak terpengaruh godaan merokok.

11)   JAUHI PENIPUAN “SATU BATANG ROKOK”
Cubalah untuk menahan godaan untuk merokok “hanya satu batang”. Hal ini untuk memastikan bahawa sekali anda merokok satu batang pun, ia akan memusnahkan usaha untuk berhenti merokok. Ini kerana, anda tidak akan cukup dengan 1 rokok kerana rokok sememangnya mendatangkan ketagihan.

12)   RAWATAN AKUPUNTUR
Akupunktur adalah cara alami perubatan ketagihan nikotin, tanpa rasa sakit. Dengan 1 hingga 5 rawatan dapat mengurangkan gejala seperti tekanan psikologi, cemas, ketegangan, depresi, dan perasaan kosong yang disebabkan oleh penggunaan ubat jangka panjang seperti nikotin. Survey juga menunjukkan bahawa akupunktur meningkatkan vitalitas dan kesuburan serta membantu otak lebih berfungsi.

13)   BERI PENGHARGAAN
Hadiahkan sesuatu pada diri anda untuk setiap hari tanpa rokok. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan wang yg sebelum ini anda beli untuk merokok, simpan dan kumpulkan untuk anda pergi bercuti ke mana-mana yang anda idamkan. Siapa kata anda tak mampu kan? Dengan tidak merokok, anada jimat dan dapat membelanjakan kea rah lebih baik.

14)   BERHENTI MEROKOK, ANDA LEBIH KACAK!
Telah berjuta orang membuktikan dengan berhenti rokok, berat badan mereka lebih seimbang dan badan rasa lebih sihat. Ini kerana, rokok menyebabkan nafsu makan berkurang, dan agen-agen di dalam tubuh sukar untuk melakukan kerja mereka. Dengan berhenti merokok, mereka menggantikan dengan makanan yang lebih sihat dan lazat!

15)   POSITIF UNTUK LEBIH SIHAT
Positifkan diri bahawa dengan pengorbanan berhenti merokok ini, anda mendapat lebih banyak malah berganda manfaat dengan tidak merokok.  Kesihatan lebih baik, perbelanjaan lebih stabil, keluarga semakin gembira, yang tersayang makin jatuh cinta!

16)   STOP SMOKING – DO IT NOW!
Anda sudah membaca kesemua tips untuk berhenti merokok, dan anda juga memiliki kemahuan untuk melakukannya, mengapa tidak mulakan usaha itu sekarang. Tetapkan target anda dan ikuti langkah-langkah di atas. Berhenti merokok benar-benar bermanfaat untuk anda dan kesihatan anda. Jangan berlengah lagi!

Jangan tunggu sehingga sakit disebabkan rokok!

Rokok membunuh!


Rokok haram!

VIVIX FORMULA BERHENTI MEROKOK & ANDA SEMAKIN KACAK!
  • Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Di dalam 1 penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular. 
  • Ramuan vivix mengalakkan biogenesis atau pembentukan baru Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • Ramuan vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.
Ramuan vivix juga membantu memelihara :
  • Kesihatan jantung 
  • Kesihatan otak
  • System imun
  • Kesihatan sendi
  • Perlindungan antioksida
  • Peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • Dan kesihatan menyeluruh

VIVIX BERHENTI MEROKOK


 

Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli rangkaian kami dan kelebihan yang akan anda dapat :

>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...