Jumaat, 12 September 2014

HOMEMADE PLAYDOH YANG MUDAH DAN SERONOK!

Hujung - hujung minggu macam ni memang seronok bersantai dengan anak-anak. Masa inilah anak-anak pun minta kasih sayang dari kita. Kualiti time bersama keluarga sangatlah seronok. Tambah pulak kakak cicha anak sulung saya ni memang dah hampir setiap hari minta nak buat playdoh sebab dia tgk kat utube bermain dengan playdoh siap buat aiskrim lagi. Haiya, mahal kot cicha, kalau beli pun, kejap je main dah hilang ntah ke mana. permainan yang banyak parts ni susah nak kekal lama. 

Nak beli playdoh? Saya tak tahu bahan-bahan apa yang digunakan mereka. Adakah selamat digunakan oleh anak-anak kita? Apa kata buat homemade playdoh yang mudah dan seronok kerana lebih bermakna dan anak-anak pun boleh bermain bersama-sama. Yang pasti, ianya senang didapati dan saya pasti setiap dapur memiliki bahan-bahan adunannya. Selain selamat dan jimat, homemade playdoh juga cepat dibuat dan bermacam warna pilihan hati boleh dicipta. Kanak-kanak pastinya seronok sebab mak bapak pun suka bermain sekali kan? hihihi. Kalau dulu, palydoh ni zaman kecik-kecik dulu dipanggil plastisin kan. Kami beli kat kedai runcit dalam kotak tu je. Warnanya agak suram je. So, better kita buat sendiri kerana warna lebih cantik dan menarik!

Jom cuba buat playdoh sendiri.

Bahan-bahan membuat playdoh yang mudah didapati di setiap rumah. Yang saya buat ini tak perlu dimasak. simple kan?
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan garam. (ada juga yg gunakan krim of tartar)
  • 1 cawan air suam (mengikut kesesuaian, kalau masih melekit, tambah tepung sampai boleh dibentuk dan tidak melekat pada tangan).
  • 2 sudu besar minyak sayuran. (Saya gunakan minyak zaitun).
  • pewarna makanan kesukaan. Saya gunakan jenis serbuk sebab serbuk ada dijual dalam bekas yg kecil. Peminat baking paling mudah, Sah-sah belambak coloring kat dapur kan. hihi.
Cara membuat boleh rujuk video ini. Mudah dan menarik kan. Saya dah buat untuk cicha, tapi gambar tak dapat pulak nak transfer ke laptop ni. hihi. Kakak cicha main sampai letih tetido. Making her busy, memudahkan kerja seharian kita. Cara ni juga membuatkan anak kita lupa pada gadget masa kini. Oh, aktiviti ni juga merapatkan kekeluargaan, mana taknya, tengah menguli doh ni, cicha sibuk nak tolong. Hhihih.

HOW TO MAKE PLAYDOH WITHOUT COOKING



HOW TO MAKE PLAYDOH (COOKING)


ENJOIS!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...