Isnin, 27 Julai 2015

GOLONGAN DARAH JENIS ‘O’ PASTI MENDAPAT JAUNDIS?


google

google

Biasa kan kita dengar terutamanya daripada nurse/jururawat yang menjaga bayi yang terkena penyakit kuning atau bahasa medikalnya jaundis mengatakan ibu bapa yang berdarah jenis ‘O’ tinggi kebarangkalian untuk terkena jaundis. Berdasarkan kajian memang benar apa yang dikatakan oleh pengamal perubatan. Mereka lebih arif tentangnya kerana mereka mengkaji dan menghadapinya setiap hari.

Saya dan suami sendiri adalah golongan berdarah jenis ‘O’, dan pastinya anak-anak kami pun berdarah ‘O’. Semasa anak pertama, bayi saya mendapat jaundis pada hari ke-3 dan berlarutan selama 5 hari. Jaundisnya alhamdulillah tidak tinggi, dan hanya berulang ke klinik untuk pemeriksaan malah breastfeeding yang juga banyak membantu.

Semasa anak kedua, saya masih redha sekiranya bayi saya juga terkena jaundis berdasarkan jenis darah kami, tapi berharap agar bacaan tidaklah tinggi. Bila ramai bayi yang saya dengar mengalami prolonged jaundis yang membuatkan saya mula mencari alternatif dan usaha untuk mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat jaundis. 

Mengejutkan, Alhamdulillah anak kedua saya tidak mendapat jaundis! Saya sendiri terkejut. Fahaman kuno saya, setiap bayi pasti terkena jaundis. Nurse yang datang melawat pun terkejut anak saya tiada jaundis, apalagi, siap minta petua dan tips bagai macamana boleh tak kena jaundis. Kebetulan pula, set bersalin saya cantekk bersusun atas baby cot.

“Makan Shaklee kot boleh elak kuning ye?” Tanya cik jururawat.

“Mungkin la.. saya memang amalkan dari awal. Tapi saya amalkan juga petua lain yang yang saya tak pernah ambil sebelum ni.” Jawab saya tersipu-sipu. Hehe.

Banyak sebenarnya tips & petua yang ramai kongsikan, tapi 2 ni yang Alhamdulillah serasi dengan anak saya agaknya.

SUSU KAMBING

Saya sebenarnya pertama kali nak merasa susu kambing ni. Orang kata baunya kuat dan ramai yang tak lalu nak minum. Setelah bertanya kepada Pakcik Google & blogwalking, susu kambing asli paling baik untuk diamalkan.
Nak dijadikan cerita, pencarian susu kambing asli di tempat saya tidak berjumpa. Yg ada hanya Nubians, dan agak jauh nak dapatkan di tesco. Pengakhirannya, saya amalkan susu kambing Hi-Goat. Memang tidak asli kerana telah diproses, tapi untuk mereka yang tidak tahan minum susu kambing asli bolehlah mencuba Hi-Goat kerana ianya tidak berbau, ada campuran madu, kurma dan perasa lain, serta enak diminum.
Saya amalkan semasa hamil bulan ke 6 dan sehingga di dalam pantang.

Tahu tak, selepas saya masuk kerja setelah habis berpantang, baru tahu ofismate ada menjual susu kambing asli. Sabor jelaa..takde jodoh antara kita ye kambing. Eh!

susu kambing dan jaundis
HI-GOAT SUSU KAMBING
AIR KELAPA MUDA (tanpa ais & gula)

Yang ni saya memang amalkan sebab memang baik untuk ibu hamil di trimester ketiga kehamilan. Banyak sangat kebaikannya. Salah satunya, untuk kulit anak cantik-mantik kannn. Selain tu, orang kata memudahkan proses kehamilan. Dan ada juga kata boleh mengelakkan jaundis pada bayi. Nak-nak saya memang suka sangat minum air kelapa, so, tak jadi masalah untuk minum selalu. Tak suruh pun nak ambik jugak. Hehe. 

Air kelapa ni pula mudah sangat nak dapatkan area kedah ni. On the way dari alor staq, kat jitra berderet tepi jalan orang jual. Tapi area selepas roundabout jitra tu paling legend. Airnya sedap asli, siap isi buah berlambak pakcik tu bubuh. Paling menarik, beruk si pemanjat pokok kelapa pun setia menanti. Feeling real betul minum!
Oh, jangan pulak minum air kelapa ni di awal kehamilan ye. Dikatakan boleh mengakibatkan keguguran. 

PETUA LAIN YANG MESTI CUBA

Setiap orang tak sama, ada yang amalkan macam saya, masih mendapat jaundis. Jadi, cubalah mana yang serasi. Tak rugi pun, semua petua ni ada kebaikannya masing-masing.
  • Buah Delima
  • Kurma
  • Kismis
  • Herba cina
NAK CUBA SHAKLEE PUN BOLEYY...!!

Saya amalkan Shaklee semasa hamil dengan niat untuk sihat, kuat dan untuk perkembangan bayi yang dikandung. Sama ada membantu dalam mengurangkan kebarangkalian jaundis Allahua’lam. Tapi kesihatan ibu dan bayi adalah factor utama dalam melahirkan dengan baik dan selamat. Senarai di bawah antara favourite saya setiap kali hamil :

1)       OSTEMATRIX untuk kesihatan tulang ibu yang semakin susut setelah mengandung dan melahirkan. Ia juga membantu membina tulang dan otot bayi yang dikandung. Bonusnya, mengurangkan sembelit yang sering menjadi masalah di kalangan ibu hamil. All time favourite!

2)       VITA – C PLUS membantu meningkatkan metabolisma tubuh. Kuatkan daya tahan badan terhadap penyakit. Orang mengandung ni kan bahaya bila sakit, kerana tak digalakkan untuk makan sebarangan ubat termasuklah panadol. Vitamin c ni membantu kuatkan daya tahan dan mengurangkan dari mudah terkena penyakit.

3)       B – COMPLEX ni boleh diambil sebagai asid folik.

4)       VITALEA adalah multivitamin lengkap untuk tubuh. Ia juga bagus untuk ibu hamil yang menghadapi masalah bacaan hb yang rendah.

5)       OMEGA sesuai diambil di trimester ketiga kehamilan. Baik untuk perkembangan otak janin.

Nazirah Abdullah
013 - 353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

1 ulasan:

  1. mungkin jugak rezeki penulis. Anak pertama saya jaundis biasa. Anak kedua prolonged jaundis. Masa mengandung memang tak lalu langsung susu kambing. Air kelapa sedari awal kehamilan memang suka minum. Makanan sunnah juga sama. Tapi saya terima. Setiap pengalaman itu ada ilmu baru.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...