Isnin, 19 Mei 2014

PERBEZAAN SET BERSALIN SHAKLEE YANG MENAKJUBKAN!

Saat melahirkan adalah detik paling manis dan juga boleh menjadi detik paling pahit. Ia bergantung kepada kuatnya seorang ibu menghadapi kesakitan melahirkan. Setiap ibu dan bakal ibu tidak sama pengalaman mereka di kala melahirkan. Saat pahit mungkin melibatkan proses kelahiran, sebarang komplikasi semasa dan selepas melahirkan. Namun, detik manis melihat lahirnya seorang insan suci telah menghilangkan rasa pahit itu.

Sebagai ibu beranak 2, pengalaman melahirkan kedua-dua puteri amat menyeronokkan. bukan seronok bermakna mudah, tetapi seronok kerana berpeluang merasakan pengalaman bersalin yang sangat berbeza.

Bercakap tentang Set bersalin pilihan semasa berpantang, saya mengamalkan 2 produk yg berbeza.

PENGALAMAN ANAK SULUNG

Saya mengamalkan set bersalin yang disarankan oleh orang tua saya. biasalah, kita mencuba atas saranan mereka yang lebih berpengalaman. Saya pula waktu itu masih tidak faham apakah kepentingan set bersalin ni. Siap ingat cuti tu boleh la berjimba-jimba. Berangan sungguh! ;p

Pengalaman saya, untuk bersalin anak pertama ini, macam-macam perkara unexpected yang saya rasa. mungkin kerana anak sulung. Ingat bersalin ni perkara mudah ke? heheh! Kondisi saya semasa berpantang kali ini :

  1. Masa untuk bersalin agak lama. haha. mungkin anak pertama..;p
  2. lepas bersalin, rasa letih, lesu, confius.
  3. badan sakit2 yang sangat terasa.
  4. dalam pantang jahitan terbuka (huarrgghhh...!)
  5. masih dalam keadaan lesu, confius, sedikit tertekan, sakit pinggang, emosi tidak stabil.
  6. Baby kuat meragam. Emosi ibu mempengaruhi anak.
  7. Anak menyusu dengan sangat kerap.
  8. tamat berpantang, badan masih sakit2, kerap salah urat, sakit pinggang, mengantuk kerana baby kerap bangun malam menyusu.
PENGALAMAN ANAK KEDUA

Untuk anak kedua, saya telah melakukan banyak bacaan, mencari informasi dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang lain. Ini Memandangkan saya bercadang untuk berpantang di rumah sendiri, persediaan adalAh lebih dari biasa. 

Tanda untuk bersalin anak pertama dan kedua adalah sama, iaitu contraction yang kerap tanpa tumpah darah atau pecah ketuban. Jadi, agak mudah bagi saya untuk bersedia ke hospital. Perjalanan ke hospital lebih kurang 40km itu dirasakan tenang sahaja. saya biarkan kontraction itu bermain2.

Setibanya di hospital, saya menolak untuk menaiki kerusi roda. Saya gagahkan berjalan.Kenapa? Dinasihatkan jika masih mampu, berjalanlah. kerana ia memudahkan ibu untuk bersalin. Saya berjalan sehingga ke labor room. Saya juga minta untuk berlegar2 di tepi katil menahan kontraction yg sedikit. Nurse di situ pulak yang risaukan saya. haha.

Tak lama kemudian, doktor pecahkan ketuban. Dan tak sampai setengah jam saya selamat melahirkan. Keadaan saya selepas bersalin:

  1. tidak letih walau baru lepas melahirkan.
  2. rasa ceria, sihat dan selesa.
  3. sempat bersembang-sembang dengan suami yang menemani saya sepanjang malam itu.
  4. rakan datang melawat pun cakap saya tak seperti baru lepas bersalin. Berborak dengan riang siap goyang-goyang kaki.
  5. saya menguruskan sendiri bayi saya sejak lahir. mak cuma bantu masakkan makanan untuk saya.
  6. tiada sakit2 pinggang yg teruk, bayi yang tidak meragam.
  7. baby tiada kembung pun. Sihat alhamdulillah sepanjang berpantang. Tiada adegan berjaga pagi, bayi tidur nyenyak sepanjang malam.
  8. Hujung tempoh berpantang, saya boleh uruskan sendiri rumah, cuma masih berjaga2 supaya tidak memudaratkan.
  9. sampai sekarang setelah 6 bulan, badan saya belum pernah terasa tersalah urat bila meregangkan badan.
  10. Luka cepat sembuh.

Set bersalin shaklee adalah antara set terbaik kegemaran saya. Sudahlah mudah, ia bertindak dari dalam. Semua vitamin dalam set tersebut penting untung kesihatan menyeluruh semasa berpantang. Vitamin yang disarankan pun sama seperti vitamin yang disarankan oleh pakar perubatan.

Contohnya vitamin c. Pakar perubatan menyarankan untuk ambil banyak vitamin c supaya luka cepat sembuh dan mudah untuk membuang air besar. Vitamin c ni jugak membantu menaikkan seri wajah dan meningkatkan ketahanan badan yang penting untuk ibu yang masih lemah.

Zink pula untuk mempercepat kesembuhan luka selepas bersalin. Bukan luka luaran sahaja, luka dalaman lagi penting.

kalsium juga untuk menguatkan otot dan tulang ibu2 yang banyak digunakan semasa hamil dan bersalin.

B complex untuk memberi emosi yang tenang dan jauhi meroyan. 

Semuanya lengkap. Untuk yang menyusu, buatlah tambahan alfalfa untuk menggalakkan penyusuan dan untuk mengembalikan keintiman. Sangat bagus untuk keintiman wanita.

Semua dah cuba dan rasai perbezaannya. Untuk kesihatan dan kecantikan.


Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli dan kelebihan yang akan anda dapat :


>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...