Selasa, 11 Disember 2012

MEMBANTU MASALAH EKZEMA PADA KANAK-KANAK


Ramai yg masih belum tahu apa itu eczema. Mungkin selalu didengari, namun tidak pasti keadaan bagaimana yang dinamakan eczema. Untuk lebih penjelasan, rasanya bukti gambar lebih difahami. Di sini saya kongsikan sedikit gambar tentang eczema ni.
Eczema ni paling kesian bila berlaku kepada bayi. Ada pulak yang teruk sikit, salah makan boleh jadi asma pulak. Sebab Asma, eczema, resdung adalah saling berkait rapat.
Ekzema pada bayi - biasanya akan hilang bila bayi membesar

 kulit kerang dan merengsakan


 berkuping di kepala bayi baru lahir


KreditDapurAulad

ATOPIC ECZEMA ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadan ini disebabkan  oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.

FAKTOR-FAKTOR  MASALAH ECZEMA
Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.
USIA BERAPAKAH ATOPIC ECZEMA BIASANYA BERLAKU?
Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MEMBURUKKAN KEADAAN
JANGKITAN - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali  walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.
TEKANAN - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.
SUHU - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

ALERGIC LAIN - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.
BAGAIMANA RISIKO MASALAH ECZEMA ATOPIC BOLEH DIKURANGKAN?
1)  kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit.
2)   Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia.
3)   Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru.
4) Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda.
5)   Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang.
6)     Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.
7) Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat pelindung matahari.
8)  Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama.
9)    Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir. 
MEALSHAKE MEMBANTU MENGATASI MASALAH ECZEMA!

Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas pula, disyorkan untuk mengambil Meal Shakes kerana ia membantu mengatasi eczema di kalangan kanak-kanak, selain mempunyai khasiat lain yang bagus untuk pembesaran.

Jom tengok feedback dari pengguna :




Bagi masalah yang lebih berat, boleh  dapatkan 3 item ini :

  1. Shaklee Meal Shakes 
  2. Basic H2 
  3. Herbal Blend - cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.

Bagi bayi bawah 1 tahun, para ibu digalakkan mengambil breastfeeding Set Shaklee ( Set Basic, OsteMatrix dan Energizing Soy Protein (ESP)) atau lebih popular dengan nama Set 3M dan untuk luaran  bolehlah mandikan dengan Basic H2 Shaklee.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebarang konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di :

nazirah abdullah
ID No : 910351
hp/whatsapp : 013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

1 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian

    disini sy ada cadangan unutk kegunaan luar bg maslah ekzema...sapukan minyak kelapa dara di tempat yang kena ekzema..alhamdulillah,...minyak kelapa dara bersifat antibakteria dan antikulat...
    untuk detilas puan boleh singgah di www.haniqhanisalihah.blogspot.com

    terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...