Pelbagai
cara para ibu telah pun lakukan untuk memdapatkan susu yang mencukupi. Selain tips-tips
penyusuan harian, jangan juga kita lupa tips amalan rohani dalam menjayakan
usaha kita itu. Memintalah kepada-Nya dengan sepenuh hati. Di sini saya
kongsikan tips harian dan amalan rohani untuk panduan ibu-ibu gorgeous
sekalian. ;P
1) Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan
kerap.
Sekurang-kurangnya
3 jam sekali
atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap
susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast
rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu
dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.
2) Minum air
masak/ kosong 3 Liter sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.
Kesihatan
dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.
3) Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama
Islam.
Setiap
usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat
dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.
DOA DAN ZIKIR UNTUK MENAMBAH SUSU IBU.
1. DOA
Ya Allah,
permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan
permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang
telah Engkau syariatkan.
Ya Allah,
seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan
keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi
banyak dan kenyang buat anakku.
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.
2. ZIKIR
Zikir Ya
Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.
3. SURAH AL-HUJURAT & AL-KAUTHAR
Surah ini
menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga
Allah memurahkan rezeki anak.
4. AYAT DARI SURAH AL-BAQARAH, AYAT KE 60
Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi
air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”,
(ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air
sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat
minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka
bumi."
5. SOLAT SUNAT DHUHA
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak
3kali semasa sujud akhir.
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam
bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika
jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan,
kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh."
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa
dengan doa dhuha ini.
Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini. Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini.
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,
yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi
makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani
melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita
kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun
berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun)
dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas
keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada
dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah
kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan” (2:233)
Credit to
: http://www.mysupervitamins.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan