Sabtu, 8 Disember 2012

KENAPA MEMILIH VITAMIN SEMULAJADI BERBANDING VITAMIN SINTETIK?


Kenapa kita disogokkan dengan vitamin semulajadi dan mengelakkan vitamin sintetik? Sebelum ini, saya cuma tahu yang vitamin sintetik dicampur dengan bahan yang berkimia untuk mendapatkan kos yang rendah. Sebab itu vitamin sintetik dijual dengan harga yang murah di pasaran. Namun, perkara lain yg kita perlu tahu adalah vitamin sintetik diproses dengan suhu yang tinggi. Penggunaan suhu yang tinggi akan mematikan zat-zat khasiat dan memusnahkan enzim. Sebagai contoh, kenapa kita disuruh agar mengambil buah-buahan segar dan sayur-sayuran seperti salad berbanding sayur yang dimasak? Dan juga kenapa kita dinasihatkan oleh pakar-pakar kesihatan serta chef-chef masakan agar jangan memasak sayur sehingga terlebih masak? Ini kerana suhu yang tinggi memusnahkan enzim dan segala kebaikan vitamin tadi turut musnah.

Mari lihat sendiri gambar-gambar vitamin dipanggil Kromatogram di bawah. Kita akan melihat perbezaan vitamin sintetik yang diproses dengan suhu yang tinggi dan vitamin Shaklee yang keseluruhannya berasaskan makanan yang telah diciptakan dari asas makanan organik dan kemudian diproses pada suhu yang rendah untuk mengekalkan enzim. Enzim adalah tenaga kehidupan yang menjadikan tindak balas kimia berlaku.



Pernahkah anda memasak terlebih dahulu sebiji kentang/sayur/buah-buahan dan kemudian menanamnya? Adakah ia tumbuh dengan subur dan sihat? Sudah tentu tidak! Oleh itu, mengapa kita mengharapkan vitamin yang telah mati untuk membantu kita mendapatkan kehidupan yang lebih sihat?

Kromatogram adalah teknik analitikal, yang mengenal pasti komponen penyelesaian dengan cara warna diserap oleh kertas penapis. Talian kuasa dan bergalur tepi ditemui dalam corak bahan-bahan semula jadi adalah disebabkan aktiviti enzim. Garisan lebih tebal dan jelas adalah bahan yang lebih semula jadi. Perkara penting yang perlu diingat bukan sahaja penting untuk mengetahui asal usul bahan produk tetapi juga penting untuk mengetahui bagaimana bahan tersebut diproses. kita tidak dapat mencipta produk enzim yang penuh sekiranya anda menggunakan haba yang tinggi semasa proses berlaku dan memusnahkan enzim. Sama seperti kita tidak boleh mengambil kentang dan rebus dan kemudian tanam dan mengharapkan ia tumbuh dengan baik, tapi realitinya ia langsung tidak bertindakbalas.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa vitamin semulajadi adalah selamat dan segala kebaikan di dalamnya dijaga dan diselidik dengan rapi. Jadi, apakah pilihan andaPastikan apa sahaja suplemen yang anda ingin cuba diselidik asal usulnya bahan-bahan mereka, cara pemprosesan, kelulusan kementerian kesihatan dan tak lupa status halalnya!

Shaklee sudah tentunya mendapat kelulusan KKM  serta sijil halal yang sah! Tidak perlu lagi ragu2.
Sebarang keterangan lanjut tentang vitamin yang anda ingin dapatkan dari Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti berikut.

Nazirah Abdullah
Shaklee independant distributor
Id no : 910351
Hp/whatapps : 013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...