1) MASALAH
PENGHADAMAN
Penghadaman
yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya
jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini
menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besra dari normal iaitu terlalu
besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang
menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat
pengunyahan kurang efisien.
2) KOPI,
TEH PANAS & REMPAH
Tabiat
meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk
dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran
pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta
penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
3) ALKOHOL
Pengambilan
alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas
iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan
alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin
B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A,
Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
4) MEROKOK
Amalan
merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan
keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
5) JULAP
/ UBAT SEMBELIT / UBAT KURUS
Penggunaan
julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan
mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan
kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap
yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium
dan magnesium.
6) FAD
DIET
Diet
ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang
mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara
ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian
yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan
baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
7) MAKANAN
TERLEBIH MASAK
Memasak
terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan
Vitamin B, C dan E.
8) MAKANAN
DIPROSES (DALAM TIN)
Pemprosesan
makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan
kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
9) MAKANAN
SEGERA
Makanan
segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan
badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
10)ANTIBIOTIK
Sesetengah
antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan
boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
11)ALAHAN
MAKANAN
Mereka
yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber
nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium
12)KEHILANGAN
NUTRIEN TANAMAN
Sumber
makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan
nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
13)KEMALANGAN
DAN PENYAKIT
Luka
terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula
meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam
proses pembaikan sel.
14)TEKANAN
ATAU STRESS
Tekanan
fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap
Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
15)SINDROM
PRA HAID
Penyelidikan
sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra
haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
16)REMAJA
Proses
tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja
menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien
berbanding orang dewasa.
17)WANITA
HAMIL
Kehamilan
menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran
yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
18)PIL
PERANCANG
Pil
perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan
tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
19)WARGA
EMAS
Peningkatan
usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi
dan kalsium yang berkurangan.
Sumber: Ensiklopedia Vitamin
& Herba 21st Century
Tiada ulasan:
Catat Ulasan