Isnin, 1 Oktober 2012

KEGUGURAN



Pengalaman saya mula2 kenal shaklee adalah ESP. Macam yg saya ceritakan dalam entri sebelum ini. Saya memulakan vitamin Shaklee adalah pada peristiwa saya keguguran pada bulan April 2012 yg lepas. Ya, tidak dirancang dan bukan rezeki kami mungkin..saya tidak sedar yg saya pregnant anak kedua. Saya telah lama mengintai vitamin berpantang Shaklee, sejak saja mula bekerja semula selepas melahirkan zuriat pertama kami. Tapi oleh sebab ilmu yg cetek, pada saya hanya org berpantang je boleh consume vitamin ni. Saya cuma tahu vitamin untuk ibu berpantang saja masa mula2 tau pasal Shaklee ni. Namun, setelah mendengar perkhabaran keguguran tersebut, saya bertekad untuk membeli set berpantang Shaklee apabila macam2 kebaikan yg saya dengar tentang set ni.

Semasa berpantang anak pertama, saya cuba set2 produk yg biasa ada di pasaran yg merangkumi teh, beberapa vitamin dan daun2 mandian. Tidak tahu apa yg x kena, saya rasakan tiada magisnya dalam set produk ini. Makan vitamin sebab terpaksa, x abis rugi. (tapi memg x abis pun..hihi) yg paling ralatnya, setiap vitamin tiada sebarang deskripsi tentangnya, hanya ‘vitamin untuk wanita’ semata2. Tapi untuk apa? Tiada sebarang fungsi yang dinyatakan. Mungkin kerana mind set, saya tidak rasa apa baiknya makan vitamin ni, dan malas nak makan dh.

Semasa keguguran itu, saya hanya consume Shaklee vitamin saja. Yela, saya berpantang sendiri kerana tidak mahu menyusahkan ibu mertua. Lgpun saya lebih bebas dan cergas untuk melakukan sebarang agenda sementelahan bercuti di rumah sendiri. Ya, saya lebih tenang, cergas, ceria, tiada sakit2 urat, bertenaga dan mampu melakukan kerja2 ringan dengan sempurna. Sangat gembira dengan kebaikan set ni! Macam2 lg kebaikan setiap vitamin dalam set confinement ni yg terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Zink Complex. Tapi bagi saya yg menyusukan Qisya, saya tambah dengan alfalfa sebagai milk booster, dan tak lupa ESP, WAJIB!

Bagi bakal ibu yg akan melahirkan permata hati mereka tidak lama lg, masih tidak terlambat untuk sihat bersama Shaklee kerana vitamin Shaklee adalah sesuai dimakan bila2 masa!

Untuk lebih maklumat lanjut, boleh email saya, dan saya akan update tentang setiap vitamin tersebut secepat mungkin!


Email di : nazirah.abdullah@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...