Memaparkan catatan dengan label OSTEMATRIX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OSTEMATRIX. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

MENGURANGKAN LENGUH - LENGUH DENGAN OSTEMATRIX

OSTEMATRIX vitamin wajib kami suami isteri. Untuk mengurangkan keletihan, lenguh2, sakit pinggang dan juga sembelit.

Mak saya pula suka ostematrix kerana katanya lenguh2 kaki beliau dulu sudah hilang. Kalau tidak, berdiri lama sambil basuh pinggan pun tak boleh. Mesti tarik kerusi dan duduk sambil mencuci periuk belanga kesayangannya itu.

Sekarang rilek je beliau berdiri sambil basuh pinggan, sidai kain, mop lantai. Tidak lagi mengeluh sakit dan letih selepas selesai kerja rumah. Lenguh2 beliau bukan biasa-biasa. Lenguh yang sakit hingga rasa ke tulang. Alhamdulillah kini semakin pulih. 


Nak hadiahkan untuk kedua ibu bapa tersayang? Boleh dapatkan ostematrix sekali dengan konsultasi untuk anda.

‪#‎Jom‬ sihat & bantu masyarakat hidup sihat.#



Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com



Jumaat, 18 April 2014

TARIK MENGKARUNG & KEKEJANGAN KETIKA HAMIL

MENGAPA TERJADINYA MASALAH KEKEJANGAN TERUTAMA DI WAKTU MALAM?

Kejang kaki adalah masalah yang biasa berlaku semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui dengan tepat.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Kekejangan atau tarik mengkarung jika terjadi kepada ibu hamil ketika tidur amatlah tidak selesa. Kita akan terkejut secara tiba2, dan kekejangan dengan cepat berlaku sehingga terjerit menahan kesakitan. Namun begitu, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Pengalaman saya semasa mengandungkan anak sulung saya, kerapkali saya diserang kekejangan ini. Memang sakit, sehingga terpaksa mengejutkan suami untuk tolong urutkan perlahan2. Dengan keadaan yang sudah sarat, pastilah sakitnya perit sekali. Tapi setelah diurut akan kembali pulih. Namun, laratkah menghadapinya hampir setiap hari? Sakit yang sehingga mengganggu tidur, dan kehidupan seharian terutama di pejabat kerana kurang rehat dan tidur?

KEHAMILAN PERTAMA TANPA OSTEMATRIX

Ketika mengandungkan anak sulung ni, saya belum lagi mengamalkan sebarang suplemen. Sakit2 pinggang, kejang, lenguh, bengkak kaki dan keletihan selalu saya rasa. Sehingga selepas melahirkan dan menyusu, sakit pinggang semakin terasa. Ketika ini, barulah saya tergerak untuk mencari alternatif untuk keletihan dan kesakitan badan dek kerana kerap bangun malam menyusu. Alhamdulillah..sakit2 badan dah kurang, bangun pagi lebih segar selepas saya amalkan Ostematrix sebelum tidur.

KEHAMILAN KEDUA & OSTEMATRIX

Untuk pregnancy kedua ini, saya sudah awal2, dan sebenarnya konsisten mengamalkan ostematrix. Yang saya perhatikan, dengan izin Allah, sepanjang kehamilan kedua ini, saya langsung tidak mengalami bengkak kaki. Saya juga membuat sedikit eksperimen, iaitu cuba berhenti amalan ostematrix seketika, dan seperti dijangka, saya diserang kekejangan pada kali pertama untuk kehamilan kedua ini. Setelah itu, saya kembali amalkan ostematrix sebelum tidur, kesannya, hanya sekali itulah kekejangan menyerang.



SEBAB BERLAKUNYA KEKEJANGAN

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi di dalam kandungan mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan si ibu.
  • Uterus (rahim) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

MELEGAKAN KEKEJANGAN

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-kaki


Jom dapatkan ostematrix bulan April 2014 ini. tawaran beli 6 percuma 1 hanya sah untuk April 2014. 

LAGI KEBAIKAN OSTEMATRIX :



Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com


Khamis, 17 April 2014

OSTEMATRIX - KALSIUM WAJIB UNTUK TULANG KITA!

Sempena promosi Ostematrix oleh Shaklee untuk bulan April ini, suka saya kongsikan kelebihan dan kebaikan vitamin wajib saya ini. 

Ya, wajib setiap malam sebelum tidur! Kami suami isteri mengamalkan pengambilan ostematrix setiap malam untuk merasai kesannya keesokan hari.

Kenapa malam? apa kesan esoknya itu?

Jeng, jeng, jeng..! 
Sila jangan fikir bukan2. hihi. ianya bukan vitamin keintiman ye..

Ostematrix adalah vitamin yang lengkap untuk tulang anda. Kandungan kalsium yang lengkap untuk menghalang masalah osteoporosis di hari tua. 

Kalsium = tulang.

untuk kesihatan tulang sahaja ke?

borrringggg... ;p

bukan, pelbagai kebaikan lain yang mampu membantu kesihatan dari dalam. Pengambilan ostematrix juga boleh membantu masalah sembelit yang mana ia melembutkan najis.

OSTEMATRIX (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

oSTEMATRIX INI KECINTAAN KAMI SEKELUARGA. sAYA BERIKAN OSTEMATRIX KEPADA IBU SAYA YANG LENGUH2 SEJAK DULU LAGI. aLHAMDULILLAH MEMG MERASA KEBERKESANANNYA. mAK TIDAK LAGI MENGELUH LENGUH DAN BOLEH BERIDIR LAMA BERBANDING DULU.

JOM REBUT PELUANG KALI INI, BELI 6 PERCUMA 1! RUGI TAK BELI..SEKELUARGA PUAS HATI. ;)


LAGI KEBAIKAN OSTEMATRIX :




Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com


Selasa, 2 Julai 2013

GASTRIK MENJENGAH MENJELANG PUASA RAMADHAN?

Bila menjelang sahaja bulan puasa iaitu di bulan Ramadhan ni, kes pesakit yang datang ke klinik dan hospital disebabkan gastrik akan meningkat. Ini disebabkan disiplin makan yang salah beberapa minggu sebelum dan ketika bulan puasa.


Gastrik ialah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut berkenaan. Untuk orang awam, gastrik biasanya disebut sebagai ‘angin’.


Biasanya, pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian tengah atas abdomen yang terletak di bawah tulang rusuk. Pedih ini juga dikatakan ‘merebak’ ke bahagian tengah dada dan digambarkan seperti rasa ‘terbakar’ pada bahagian itu.


Sakit ini juga boleh dirasa hingga ke bahagian belakang badan. Selain itu, pesakit akan sendawa dan membuang angin dengan banyak berbanding kebiasaannya. Pesakit juga mengalami pening, loya, muntah.

Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Tentu merunsingkan anda kan? Ibadah puasa tidak dapat dijalankan dan perasaan rugi yang amat sangat. Pulak tu, kena ganti balik. 

Antara sebab gastrik yang utama ialah amalan waktu makan yang tidak teratur. Seringkali penghidap gastrik terpaksa minum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus diganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.


TANDA GASTRIK MUDAH DIKESAN KERANA IA MENYEBABKAN KETIDAKSELESAAN PADA PERUT. ANTARA TANDANYA IALAH :
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen).
  • Rasa senak, berangin atau pedih.
  • Rasa tidak selesa.
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
  • Rasa mual (loya) dan muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk).
PUNCA-PUNCA GASTRIK:
  1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan.
  3. Pengambilan kokain.
  4. Merokok.
  5. Stress.
  6. Gangguan auto-imun.
  7. Radiasi dan kemoterapi.
  8. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun.
  9. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
  10. Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
  11. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
  12. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
TIPS PENCEGAHAN SEPANJANG BULAN PUASA
  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.
  2. Bersahurlah pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
  4. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur.
  5. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  6. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  7. Elakkan makanan yang berlemak.
  8. Hindari sesetengah sayuran yang mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. 
  9. Bersahurlah  dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  10. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU MENGATASI MASALAH GASTRIK

1) ESP (Energising Soy Protein)

Pengambilan ESP dapat membantu mencegah dan meringankan masalah gastrik ini. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP dapat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. Selain itu, ESP membantu memberi tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Sangat bagus utk pesakit gastrik kerana biasanya pesakit gastrik tidak dapat bertahan lama untuk berpuasa.

2) OSTEMATRIX (sumber Kalsium)

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut. Selain itu, ia bagus untuk rasa ketidakselesaan pada badan dan sendi-sendi.

3) PEPPERMINT GINGERPLUS

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Nak lebih bertenaga, tiada rasa lapar yang memungkinkan anda diserang gastrik kembali? Amalkan set ini, Insya Allah dapat meringankan masalah anda dan ibadah berpuasa lebih sempurna!

Berminat dengan pengambilan SET GASTRIK UNTUK SIHAT & CERGAS DI BULAN PUASA ini? Hubungi saya, untuk sebarang order dan konsultasi. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


Rabu, 20 Mac 2013

SEMBELIT DAN CARA MENGATASINYA


Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya :
1)      kurang minum air
2)      pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba
3)      kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

1) Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
2) Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
3) Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

 KAEDAH UNTUK MENGATASI SEMBELIT
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean. Saya mengamalkan makan sayur sawi semasa berpantang, dan memg mudan membuang air besar. najis menjadi cair dan tidak berbau.
  • Amalkan pengambilan kalsium yang cukup yang dapat melembutkan najis.
Sumber : pa & ma



SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK MASALAH SEMBELIT

Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com




Rabu, 13 Mac 2013

PANADOL - BAHAYA PENGAMBILAN YANG BERTERUSAN

Jangan ambil PANADOL Actifast atau Soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang. “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati.

Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment (Tips) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak - seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif :

1)  membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (Misal 100 plus) campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.

2) Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.

Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Alternatif :

Sekiranya anda merasa sakit kepala kerana migrain, sinus atau tekanan, anda boleh mengelakkan dari pengambilan panadol dengan alternatif yang saya cadangkan.


Supplement/vitamin untuk migrain:

OSTEMATRIX (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlu menjaga pemakanan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan pertimbangkan tentang pengambilan vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari amalan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


Ahad, 10 Mac 2013

OSTEOPOROSIS - CEGAH DENGAN PENGAMBILAN KALSIUM OSTEMATRIX


Osteoporosis adalah penyakit tulang. Ia berlaku apabila anda kehilangan tulang terlalu banyak, pembinaan tulang yang terlalu sedikit atau kedua-duanya. Hasilnya, tulang menjadi lemah dan boleh terurai/berkecai dari kejatuhan kecil atau, dalam kes-kes yang serius, walaupun daripada tindakan yang mudah, seperti bersin atau terlanggar perabot.
Osteoporosis bermakna "tulang poros." Jika anda melihat tulang yang sihat di bawah mikroskop, anda akan melihat bahawa ia kelihatan seperti sarang lebah. Jika anda mempunyai osteoporosis, lubang dan ruang dalam sarang lebah adalah lebih besar daripada mereka mempunyai tulang yang sihat. Ini bermakna tulang anda telah kehilangan ketumpatan atau jisim dan struktur tisu tulang anda tidak normal. Apabila tulang menjadi kurang tumpat, ia juga menjadi lemah dan lebih cenderung untuk mudah pecah. Simptom kehilangan tulang berlaku secara senyap dan cepat. Kebiasaannya tidak terdapat tanda-tanda sehingga kerapuhan tulang pertama berlaku.


Keretakan osteoporosis


Di seluruh dunia, 1 daripada 3 wanita, dan 1 daripada 5 orang lelaki menghadapi risiko keretakan osteoporosis. Malah, keretakan osteoporosis adalah dianggarkan berlaku setiap 3 saat. Tulang Patah yang paling biasa dikaitkan dengan osteoporosis berlaku di pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan. Kemungkinan keretakan ini berlaku terutamanya di pinggul dan tulang belakang, meningkat bersama usia baik lelaki mahupun wanita.
Kebimbangan tertentu adalah keretakan vertebra (tulang belakang) dan pinggul. Keretakan vertebra boleh mengakibatkan kesan yang serius, termasuk kehilangan ketinggian, sakit tulang belakang dan kecacatan (kadang-kadang dipanggil bonggol Dowager itu). Keretakan pinggul memerlukan pembedahan dan boleh menyebabkan kehilangan kebebasan bergerak atau kematian.
Sumber maklumat : 
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA OSTEOPORISIS :
  1. Athlete profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.
  2. Kurang bersenam dan diet kalsium rendah.Badan kita akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi anda yang kurang bersenam, badan anda tidak akan dapat mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
  3. Wanita - Lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.
  4. Berbangsa Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
  5. Terlalu kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.
  6. Sejarah keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
  7. Mengalami keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
  8. Merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.
  9. Penyerapan nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.
  10. Menopous (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
  11. Paras hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
  12. Rawatan kemoterapi.
  13. Amenorrhea, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.
  14. Inflamasi kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.
  15. Hipertiroidisme, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.
  16. Kurang vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.
  17. Pengambilan sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).
  18. Pendedahan kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.
  19. Minuman ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.


OSTEMATRIX - PILIHAN KALSIUM LENGKAP UNTUK ANDA!

Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.


1) 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap.
2) 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang.
3) 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium.
4) Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
5) Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang.
6) Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.

OsteMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee? 

1) Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
2) Terbukti secara klinikal
3) Mudah ditelan dan mudah diserap badan
4) Vitamin yang selamat dan semulajadi




untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com

**Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.





Rabu, 16 Januari 2013

MUDAH BERSALIN DENGAN PENGAMBILAN KALSIUM


Sumber: KOSMO online

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU HAMIL PERLU SENTIASA MEMASTIKAN KESIHATAN TULANG

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

DIET SUMBER ASLI

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi. Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

BAHAYA KEHILANGAN KALSIUM

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

 ALTERNATIF:
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.




Untuk suplemen yang terbaik, anda bolehlah mengambil OSTEMATRIX sebagai alternatif. OSTEMATRIX mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.

1 tablet ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

MANFAAT OSTEMATRIX :
  • Menguatkan tulang
  • memperbaiki kekejangan dan kekebasan
  • meringankan stress
  • memperbaiki masalah haid
  • pengalkalian tubuh
  • membantu masalah sembelit



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...