Rabu, 20 Mac 2013

SEMBELIT DAN CARA MENGATASINYA


Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya :
1)      kurang minum air
2)      pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba
3)      kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

1) Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
2) Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
3) Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

 KAEDAH UNTUK MENGATASI SEMBELIT
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean. Saya mengamalkan makan sayur sawi semasa berpantang, dan memg mudan membuang air besar. najis menjadi cair dan tidak berbau.
  • Amalkan pengambilan kalsium yang cukup yang dapat melembutkan najis.
Sumber : pa & ma



SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK MASALAH SEMBELIT

Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...