ATASI SUSU IBU
KURANG DI AWAL KELAHIRAN
by : mysuperkids
Saya sering berjumpa
ibu-ibu baru yang menyatakan bahawa..
“Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu
masih kurang..”.
Bila saya bertanya
kembali,
“Berapa kerap kamu menyusukan bayi? Bagaimana kamu tahu susu ibu
yang kamu hasilkan tak cukup?”.
Jawapannya,
“Macamana nak susukan kalau susu tak ada? Dari hari pertama tak
keluar apa-apa. Hari ketiga baru ada sedikit. Mana cukup..”.
Ini adalah kesilapan
terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya : – tidak menimba
ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak. Apabila tidak mendapat
ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan :
1) Anggap
penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
2) Anggap
ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja
terus susu memancut-mancut macam air paip.
3) Anggap
diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
4) Anggap
tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
5) Anggap
setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
Mungkin ibu-ibu ini
tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang
penyusuan.
Malah, biasanya bila
kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang
diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya;
dan hampir tak ada (merujuk kepada
petua2 tersebut) yang menyebut tentang:
a) Menyusukan
bayi seawal setengah jam pertama kelahiran. Susu awal atau
kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina
antibodi si manja.
b) Kerapkan menyusu bayi
untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya. Banyaknya susu
dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan
mengepam bagi menghasilkan demand ini.
Dengan
sebab itu, ibu-ibu mula mengambil tindakan seperti berikut tanpa ilmu yang
cukup.
i) Mula mengambil makanan penambah susu ibu
sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
ii) Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu
baru nak mula menyusukan bayi.
iii) Memulakan
episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak
menyusukan bayi dengan susu ibu.
Bercakap soal rezeki,
ya memang benar, setiap orang ada rezeki masing2. Mungkin ada ibu yang rezeki
susu anaknya dari ibu yang lain. Mungkin ada juga ibu yang rezeki susu anaknya
dari makhluk Allah yang lain… namun sebagaimana kita boleh belajar dan berusaha
untuk mendapatkan kecemerlangan semasa di sekolah, atau di universiti, atau di
tempat kerja, pasti ada jalan penyelesaian dalam memberikan bayi kita susu ibu,
susu yang terbaik.
Walau bagaimanapun, ini
adalah cabaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, dan
mengakui diri sebagai penggiat susu ibu, untuk menyampaikan pengetahuan tentang
penyusuan susu ibu terhadap ibu2 ini. Pandanglah mereka dengan empati, bukan
niat mereka untuk ‘salah anggap’ terhadap konsep penyusuan, mungkin kerana
penggiat susu ibu tak cukup banyak buat kerja?
Oleh itu, timbalah ilmu sebelum bermula fasa penyusuan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan