Para ibu telah cemerlang dalam ilmu
menyusukan bayi sedari lahir. Kita juga telah berjaya mengatasi masalah
penyusuan yang lazim dialami ibu-ibu muda. Sebagai contoh, susu yang tidak
keluar pada awalnya telah berjaya diatasi dan bayi kenyang sepenuhnya dengan
susu kita, puting mengalami bengkak, sakit, berdarah dan pedih, dan susu mulai
cukup untuk bayi anda setiap hari. Siap dapat buat stok untuk berbulan2!
Tahniah ibu-ibu sekalian! ;)
Namun, secara tiba-tiba, bayi kita
seperti menolak untuk menyusu dengan kita. Bila disua, dia menangis dan
memalingkan wajahnya kearah lain serta menolak kuat badannya jauh dari badan
kita. Bila ini terjadi, pastinya ibu merasa sedih, bingung dan sayu.. saya
sendiri pernah mengalaminya. Rasa hati tuhan saja yg tahu. Mahu saja menitik
air mata. Qisya tak mahu susu ibu dah ke? Susu ibu tak keluar ke? Macam2 yang
saya fikirkan. Pernah tak ibu-ibu di luar sana mengalaminya?
Fasa ini disebut NURSING STRIKES.
Saya sebenarnya sering mendengar
perkataan ini di forum2 ibu menyusu, namun tidak pernah mengambil peduli. Malas
nk baca kononnya. Teruk sungguh. Sehinggalah tiba-tiba datang kerajinan untuk
meneliti pembacaan NURSING STRIKES ni. Rupa-rupanya saya pernah mengalaminya.
Nasib baik saya masih dapat teruskan penyusuan sehingga anak saya pun gian
menyusu.kehkeh! oleh itu saya rasa bertanggungjawab berkongsi entri kali ini
agar ibu-ibu tidak cepat mengalah menyusukan bayi mereka.
APA
ITU NURSING STRIKES?
Nursing strikes atau ditranslate oleh
saya sendiri adalah mogok penyusuan. Di mana bayi mula dilihat seperti tidak
berminat untuk menyusu badan dan menolak untuk menerima susu secara terus. Ini
biasa terjadi kepada bayi di lingkungan umur 3 hingga 8 bulan.
BERAPA
LAMA IA BERLANGSUNG?
Mogok penyusuan biasanya berlangsung
hanya beberapa hari dan paling lama adalah seminggu. Punca berlakunya kengganan
menyusu masih tidak dapat ditemui.
ADAKAH
SITUASI INI MENANDAKAN BAYI MAHU BERHENTI MENYUSU?
Terdapat juga ibu-ibu mentafsirkan
bahawa bayi mereka tidak lagi mahu menyusu sehingga menyebabkan ibu-ibu
berhenti menyusukan di awal bulan. Biasa berlaku ibu memberhentikan penyusuan
pabila mogok susu ini berlaku ketika umur bayi 6 bulan ke atas.
Terdapat beberapa factor nursing
strikes ini berlaku :
1.
Mastitis
bekalan
susu anda boleh berkurang selepas berlaku jangkitan payudara, dan paras natrium
yang meningkat membuat rasa susu masin. Ini adalah masalah sementara, tetapi
bayi anda tidak tahu.
2.
Tumbuh
gigi
Sesetengah
bayi bertindak balas terhadap ketidakselesaan tumbuh gigi, ada yang ingin lebih
kerap, ada juga akan menolak untuk menyusu.
3.
Penyakit
Jika
hidung bayi anda tersumbat, sejuk, dan terdapat jangkitan telinga, atau ngilu
di dalam mulut, menyusu mungkin tidak selesa untuknya. Jika dia mempunyai
jangkitan telinga, berbaring di atas telinga yang dijangkiti itu boleh menjadi
tidak selesa. Cuba menyusukan dia dalam kedudukan tegak untuk mengelakkan
tekanan pada telinga yang terjejas. Jika hidung sesak, minta doktor anda
tentang cara-cara untuk unclog (biasanya titisan masin, hidung penyedut,
humidifier, atau dia boleh mencadangkan ubat-ubatan untuk mengurangkan
pengeluaran mukus).
4. Reaksi kepada tekanan
Sesetengah bayi akan bertindak balas terhadap
rangsangan negatif mogok susu. Tekanan ini mungkin disebabkan oleh adik-beradik
yang bersaing untuk perhatian ibu semasa penyusuan, perubahan dalam
persekitaran (seperti perjalanan ke tempat baru atau berpindah ke rumah baru), reaksi
ibu yang keterlaluan apabila digigit atau tekanan yang teruk dalam hidup.
5. Pemisahan berpanjangan dari ibu
Kadang-kadang
bayi akan menolak untuk meneruskan penyusuan selepas ibu berjauhan pada hujung
minggu atau lebih.
6.
Bekalan
susu yang rendah
Ini
boleh disebabkan oleh jangka masa yang panjang antara penyusuan, berlebihan
botol atau puting, atau penyakit pada ibu.
7.
Satu
perubahan dalam rasa susu
Menggunakan
krim atau salap (selain daripada lanolin terutamanya dirumuskan untuk ibu-ibu
menyusu, yang tidak berbau dan tanpa rasa), penggunaan produk baru seperti syampu
atau deodoran, dan perubahan sesuatu dalam diet anda (seperti produk tenusu
atau kafein yang berlebihan) boleh menyebabkan bayi menolak payudara.
Jika ini berlaku, janganlah ibu-ibu mudah mengalah.
Ini hanyalah sementara, bayi anda boleh menyusu selama mungkin yang dia mahu.
Hingga ada juga yang susah mahu berhenti. Banyakkan bersabar dan jangan
hentikan penyusuan. Terdapat tips2 untuk menangani masalh ini.
BAGAIMANA MEMUJUK ANAK YANG MOGOK SUSU SUPAYA MENYUSU KEMBALI :
1) Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu
laju. Para ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu
lebih baik & puting lebih panjang.
2) Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau
sebelum dia menangis.
3) Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur.
4) Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang
sunyi & malap.
5) Cuba susukan dalam keadaan bergerak spt berjalan, mendodoi,
mengenjut dll yang dilihat sesuai dengannya.
6) Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh.
7) Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk
melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu.
8) Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan,
pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu.
9) Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti
dahulu & tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya.
Biasanya tempoh ini tidak mengambil
masa yang lama (bergantung kepada bayi). Ibu-ibu perlu memerah susu seperti
biasa. Gunakan pam yang boleh memerah susu secara serentak (double pumping)
bagi meningkatkan hormon pengeluaran susu.
Beri susu perahan kepada bayi dengan
sudu, picagari, penitis ubat & cawan. Penggunaan botol boleh dielakkan.
Jika terpaksa guna botol pastikan puting yang digunakan mempunyai aliran susu
yg perlahan supaya bayi bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia
lebih mudah beralih untuk menyusu badan.
sumber : breastfeedingbasic
Salam..info yang sangat manfaat..tahniah >_<
BalasPadam