OVULASI
Masa saya bujang
hinggalah beranak satu, saya tak faham dan kurang mengambil tauh tentang
ovulasi. Tau sebut je. Untuk kira subur pun saya kira 14 hari selepas haid. So,
agak-agak ajelah sepanjang masa tu waktu subur.
Ovulasi berlaku
apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari kita. Ini adalah
masa yang paling subur dalam kitaran haid kita.
Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang
dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio.
Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya
berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran.
BAGAIMANAKAH OVULASI MENENTUKAN BILA SAYA BOLEH HAMIL?
1 telur dan 1
sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu
telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi kecuali, ia di
senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam
salur genital (vagina, uterus atau tiub falopio). Didapati bahawa sperma boleh
hidup dalam badan sehingga 7 hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai
motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan
apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap 3 atau 4 hari
sekali.
Oleh itu, tidak semestinya kita perlu kira waktu ovulasi yang tepat untuk bersama untuk memudahkan hamil, namun memadai untuk bersedia pada waktu “ruang subur terbuka” iaitu dalam 4 hingga 5 hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru.
CARA MENENTUKAN
WAKTU SUBUR
Ovulasi
selalunya berlaku 12–16 hari sebelum haid anda bermula semula. Bagi wanita yang
mempunyai kitaran haid 28 hari (hari pertama haid adalah Hari 1), ovulasi
berlaku sekitar Hari 13 hingga ke 15. Panjang kitaran haid normal, walau
bagaimanapun, adalah antara 23 hingga 35 hari, jadi ovulasi boleh berlaku lebih
awal atau lebih lewat dalam kitaran itu. Secara ringkasnya :
Kitaran
haid purata = 7 hari
Waktu
ovulasi = 12 – 16 hari
sebelum haid
Kitaran
haid normal = 23 – 35 hari
Selain itu, kita sebenarnya boleh merasa perubahan atau tanda-tanda waktu subur melalui tindakbalas badan dan hormone kita setiap bulan. Bila diketahui tanda-tanda ini, rasanya ianya sgt menarik kan? Hihi. ya, ada antaranya saya sendiri dapat rasakan. Anda pun boleh mencuba! ;)
TINDAKBALAS BADAN SEMULAJADI YANG MENUNJUKKAN WAKTU SUBUR ANDA
1) PERUBAHAN
MUKUS SERVIKS
Jumlah mucus yang
banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan
memberitahu bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa.
Tekstur
mucus yang jernih, licin dan anjal menandakan waktu yang paling subur. Peranan mukus ini adalah bagi
memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik
melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur.
Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini
sama seperti putih telur.
2) SAKIT PINGGANG
Sebanyak 1/5
wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit
dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang
menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di
tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di
tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika dapat
dirasa sakit yang serupa pada masa yang hampir sama setiap bulan, periksalah
kondisi mukus serviks juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi
setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.
3) PERUBAHAN PENAMPILAN DAN PERLAKUAN
Mungkin ada tak
menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda
berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan
dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan
ini. Fikirkan kembali kitaran haid kita dan mungkin dapat mengesan bahawa
separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila kita mendekati
ovulasi.
4) RASA SEKSI & SUKA MEMIKAT
Libido meningkat,
perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa
paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda
berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Jika berkahwin, anda mungkin
sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi
perhatian.
5) KELIHATAN BERGETAH, BERGETAH, BERGETAH!
Kajian mendapati
bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu
daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini
melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi
rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik
kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri
semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang
menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan
wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi.
6) BAU YANG MEMBUAT LELAKI GILA! WOW!
6) BAU YANG MEMBUAT LELAKI GILA! WOW!
Anda bukan saja
kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati
bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa
ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka
yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang
sememangnya ada, membuka rahsia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan