Saya dalam dilemma. SUNGGUH DILEMMA SEORANG IBU.
Dhiya sudah pun memasuki usia 4 bulan. Dhiya menyusu badan sepenuhnya, dan EBM di siang hari. sejak dari zaman Kakak Qisya lagi saya hanya memulakan makanan pejal atau solid food pada usia 6 bulan.
semasa Kakak qisya dahulu, sudah ada suara2 lain yang menyuruh saya memberinya makan. setiap kali. saya diamkan sahaja kerana menghormati mereka. tapi saya siap-siap memberi amaran kepada suami agar tidak memberi sebarang makanan sebelum usia 6 bulan. dan syukur, beliau menghormati pendirian saya dan mendengar kata saya.
tapi semestinya terpaksa menahan sakit dan telinga mencabar kredibiliti saya sebagai seorang ibu.
"anak nak makan dah tu..kesian dia tgk orang makan.."
"tak kesian ke tgk anak tu hisap2 da jilat2 barang tu?"
"orang lain 4 bulan dah sumbat biskut, roti, bubur.. tak jadi apa pun.."
" Bagilah makan, tak payah ikut sangat cakap doktor tu.."
Bayangkan perasaan saya ketika itu? Perlu menelan semua itu dengan hanya diam dan senyum. Hingga tak mampu senyum, saya beralih dari mereka yang tak faham perasaan ketika itu.
HINGGALAH anak kedua ini, Dhiya. Mereka masih mempersoalkan pendirian saya. Bila sakit, doktor juga mereka dengar, bila saya mencadangkan suplemen, mereka lebih percaya pada doktor. Ingatkan anak kedua ni mereka faham la saya tidak mahu memberikan lagi anak saya makanan. Tapi bila masih mencabar saya, saya tidak dapat lagi berdiam diri.
Para ibu2, pernah tak anda mengalami situasi ini? Apakah tindakan yang ibu-ibu lakukan?
** Perlukan ketenangan. Anak kita biarlah kita yang mendidik mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan