Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Mengapa
pengedar-pengedar sah SHAKLEE sering menekankan ayat-ayat disclaimer di atas
pada akhir entri? Terdapat juga testimoni pengguna yang mengatakan pengambilan
Shaklee dapat mengurangkan sesetengah penyakit dan kesembuhan. Namun disclaimer
ini seperti menidakkan kebaikan Shaklee itu sendiri.
Sebenarnya untuk produk buatan setiap negara,
misalnya di USA, disclaimer di atas
adalah COMPULSORY atau WAJIB dipaparkan di bawah Dietary Supplement Health
and Education Act of 1994 (DSHEA) kerana produk-produk kesihatan seperti
kategori produk nutriseutikal dan bukan farmaseutikal, tidak perlu
melalui FDA untuk menganalisa keberkesanannya.
Tahukah anda sebahagian besar produk kesihatan
TIDAK MENJALANKAN SEBARANG UJIAN KLINIKAL? Malah sesiapa sahaja boleh
mengeluarkan produk sendiri kerana tidak perlu modal yg besar untuk menguji
keberkesanan produk.
Secara tertulis, produk selain dari produk
farmaseutikal (yang digunakan di hospital oleh doktor untuk merawat penyakit)
perlu meletakkan disclaimer seperti di atas kerana ia adalah PERATURAN yang wajib diikut.
Di bawah DSHEA, pengeluar makanan tambahan adalah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa produk mereka adalah selamat
sebelum ia dipasarkan. Tidak seperti produk ubat yang harus terbukti
selamat dan berkesan untuk digunakan sebelum dipasarkan. Tidak ada peruntukan
dalam undang-undang FDA untuk “meluluskan” produk makanan tambahan.
Begitu juga untuk kelulusan KKM. KKM tidak membuat
ujian klinikal untuk membuktikan produk tersebut benar-benar berkesan ataupun
tidak. Pengilang hanya perlu menghantar senarai bahan-bahan kandungan dan membuktikan
tiada bahan berbahaya.
Namun masih di bawah Akta yang serupa, produk
makanan tambahan atau selain dari ubat-ubatan, tidak boleh secara rasminya mengakui
keberkesanan dan kelebihannya yang mampu mengubat pelbagai penyakit. Jadi, berhati-hati
dengan produk kesihatan tanpa disclaimer tersebut kerana kemungkinan ia tidak mengikut peraturan
yang ditetapkan. Pengguna hari ini adalah pengguna yang bijak dan berilmu. Haruslah
kita menjadi salah seorang daripadanya. Untuk diri sendiri, keluarga dan
kesihatan berpanjangan. Pilihan mutlak di tangan kita. Bukan untuk Undi Pilihanraya
saja tau! Salam Hormat semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan