Sudah lama saya terganggu dengan perkara ini.
Hari ini tidak dapat diselindung lagi. semakin lama semakin menjadi parah di
mata dan jiwa. Ummat yang semakin hampir dengan kelalaian dan keaiban serta
terlalu cintakan dunia dan sesama manusia. Aib dan sifat malu semakin menipis
dan terhakis dari jiwa manusia di akhir zaman. perkara ini sebelum ni saya
hanya dengar dan lihat di media, di kalangan artis, di kalangan remaja di luar
sana, namun pabila telah sampai ke persekitaran saya, amat dirasakan mengganggu
dan mengundah gulanakan hati manusia seperti saya. Apa yang saya gusarkan
sangat ni? ya..WANITA DAN SIFAT-SIFAT MALUNYA.
apakah
antara sifat2 malu seorang wanita? bukan hanya terserlah dari gelagat
sipu-sipunya, tapi atas lahirnya wanita yang mulia adalah menjaga
malunya..iaitu aurat dan perlakuannya. sedangkan pokok pun pun manusia
usaha untuk melindungi dan menutupi bahagian2 penting pada pokok, apatah
manusia sendiri. usaha untuk memelihara aurat dan maruah seorang manusia yg
dipinjamkan oleh Maha Pencipta dilihat sesuatu yg remeh.
Hendak ditegur, dikatakan ustazah, tak up to date, cemburu
dan sebagainya. Ya, saya memang tidak secantikmu..body ku jua tidak
segiurmu..adoii!! tapi yg saya rasakan adalah MALU yang teramat. MALU pada
orang sekeliling, malu ditenung dan mata-mata yang meratah susuk tubuh wanita,
walhal tidak dimarahi pun. Hanya tersenyum bangga dan manja.
pernah
saya memberi komen secara umum pabila rakan sepejabat bertanya akan fesyen
shawlnya. saya kata cantik kalau buat begini begitu. buat la fesyen apa
sekalipun, asalkan leher dan dada diselindungkan/dilabuhkan (sambil saya membelek
majalah kerana tidak mahu org sekeliling terasa). tapi yg mengejutkan, yg
berada berhampiran saya memberi respon komen saya tadi "huih..dada tu la
kita nk tunjuk..!" Terkejut saya mendengarnya. Adakah masih tidak meluas
hebahan menutup aurat dengan cara yg betul?
saya
juga rasa terganggu dengan fesyen sekarang, bertudung tetapi pakaian
menampakkan bentuk pakaian dalam dan ada juga yg boleh tahu jenis baju dalam
apa yg dipakai. fabrik yg terlalu melekat di badan. sudahlah hijab menutup
leher shj dan diselak dada, baju pula betul2 ikut saiz badannya. ya..body memg
cantik..tapi untuk sapa dipamerkan semua itu? sgt mengganggu fikiran saya
kerana tiada yg menegur. untuk saya menegur, mahu dikatakan saya jeles dgn
keindahan wanitanya, walhal para lelaki teramatlah puas menatapmu.
wahai
lelaki, bakal2 suami mithali, didiklah kami para wanita untuk menjaga maruah
kami, sekaligus menjaga maruahmu nanti.
wahai
wanita, kecantikan hanya sementara, kecantikan sifat malumu yang lebih indah
dan kekal sampai bila2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan