Khamis, 16 Mei 2013

ANEMIA - KURANG DARAH MERAH

APA ITU ANEMIA?
Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memilki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan pengidapnya kelihatan pucat.

 Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.
Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Bagaimana kita hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? 

Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak pula sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti :

1) keguguran
2) kelahiran pramatang
3) saiz bayi yang kecil
4) koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. 

BACAAN TAHAP HEMOGLOBIN (HB) 
Normal                       - Bacaan kepekatan darah lebih 11 g/dl  
Anemia ringan         - 9 hingga 11 g/dl 
Anemia sederhana   - 7 hingga 8.9 g/dl 
Anemia teruk            - kurang daripada 7.0 

Dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, mereka mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

FAKTOR PENYEBAB ANEMIA
1) kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle.
2) kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak.
2) badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi.

SARANAN NUTRISI UNTUK ANEMIA
1) ZAT BESI - Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan  kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan. 
2) VITAMIN Cdisyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 
3) KALSIUMKalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. 
SUPLEMEN TAMBAHAN YANG DAPAT MEMBANTU MASALAH ANEMIA
1) VITA-LEA IRON FORMULA
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas. Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12. Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.

Kalsium tambahan untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi selain mengurangkan masalah sakit-sakt badan, lesu, sembelit, menguatkan tulang, gusi dan gigi.

Sumber : my metro

Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...