HEAT STROKE : PENYEBAB KEMATIAN KANAK-KANAK YANG TERTINGGAL DI DALAM KERETA
Malaysia
digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia 3 tahun semalam.
Kanak-kanak malang tersebut terperangkap di dalam kereta ibunya yang juga
seorang guru yang bergegas ke mesyuarat di sekolah beliau petang semalam,
meninggalkan mangsa yang sedang tidur di kerusi belakang kereta. Ketika
dijumpai 5 jam kemudian, kanak-kanak malang tersebut telah pun meninggal dunia.
Takziah buat keluarga mangsa. Al-Faatihah.
Apa yang saya nak
kongsikan di sini ialah apa yang mungkin menyebabkan kematian kanak-kanak
tersebut berlaku dan langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan ia
terjadi kepada kita atau keluarga kita.
Kajian menunjukkan
bahawa suhu dalam kereta akan meningkat secara mendadak apabila kereta
dibiarkan di bawah panas matahari. Ia boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah
dalam masa 20 minit sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau
kepada bayi atau kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta. Suhu dalaman (core
temperature) badan akan meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celsius.
Berikut kenaikan
suhu dalam kereta yang berlaku:
- 10 minutes ~ 19 deg F (Farenheit)
- 20 minutes ~ 29 deg F
- 30 minutes ~ 34 deg F
- 60 minutes ~ 43 deg F
- 1 to 2 hours ~ 45-50 deg F
Sumber: http://www.ggweather.com/heat/
Kepanasan ini akan
menyebabkan proses perpeluhan berlaku (proses ‘normal regulation’ bagi
menyejukkan badan kita) yang seterusnya menyebabkan kekurangan air dalam badan
(dehydration), sawan, kekeliruan (confusion), kerosakan otak dan organ dalam
badan dan seterusnya kematian. Ia dikenali sebagai ‘HEAT STROKE’.
Kematian juga boleh
disebabkan oleh lemas (suffocation) kerana kekurangan udara (oksigen) akibat
tingkap ditutup rapat. Membuka tingkap sekadar beberapa inci atau membiarkan
penghawa dingin (aircond) dalam keadaan hidup juga tidak dapat memastikan
keadaan ini tidak berlaku.
Heat Stroke berlaku
di seluruh dunia. Data dari Amerika Syarikat menunjukkan 33 kes kematian pada
tahun 2012 dan 22 kes pada tahun 2013 (setakat ini). Sejak tahun 1998 terdapat
583 kematian akibat Heat Stroke bagi kanak-kanak atau bayi yang ditinggalkan di
dalam kereta.
Antara
langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi memastikan kita tidak lupa kepada
anak atau bayi kita yang sedang tidur di kerusi belakang ialah:
1. Meletakkan beg
kerja atau fail penting kita di tempat duduk belakang. Kita pasti akan
mengambil barang-barang ini apabila keluar dari kereta.
2. Meletakkan tanda
‘Baby On Board’ atau apa-apa barangan bayi di stering, dashboard atau cermin
depan kereta
3. Menjadikan
memeriksa kereta sebagai rutin check-list sebagaimana seperti kita hendak
meninggalkan rumah. Ketika hendak meninggalkan rumah kita akan memastikan pintu
semuanya berkunci, suiz elektrik dan paip air ditutup dan sebagainya.
4. Bagi kenderaan
awam (seperti van sekolah), perlu melakukan ‘head-count’ atau perlu ada senarai
nama kanak-kanak yang menaiki van tersebut.
5. Pastikan kunci
kereta sentiasa ditempat selamat dan anak-anak tidak dapat mengambilnya. Ada
kes dimana kanak-kanak ini masuk ke dalam kereta tanpa disedari.
6. Hubungi pihak
berkuasa sekiranya anda terlihat kanak-kanak keseorangan di dalam kereta yang
ditinggalkan.
7. NAMUN, YANG
PALING UTAMA DAN TERBAIK IALAH, JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN ANAK-ANAK KITA
KESEORANGAN DI DALAM KERETA
SUMBER : Dr. Mahyuddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan