MASALAH KETIDAKSUBURAN
Ketidaksuburan sering dikaitkan dengan
kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita,
ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel
telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga
sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi
pensenyawaan.
Manakala bagi lelaki pula,
ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung
sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku, tetapi jumlahnya
sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil
mensenyawakan sel telur.
PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN :
WANITA
1) ENDOMETRIOSIS
Tisu yang menyerupai endometrium yang
tumbuh di bahagian lain cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari,
tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu
yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak
perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).
Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim
seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia akan mengeluarkan darah tetapi
tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul
menjadi gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ
peranakan wanita rosak.
Endometriosis juga boleh menghasilkan
beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh sperma, telur atau janin.
Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.
2) KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ penting
dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan berenang ke ovum wanita untuk
tujuan persenyawaan.
Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila
ianya tersumbat akibat jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan
endometriosis.
3) HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan hormone adalah berkait
rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak
seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.
Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan
ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.
4) FIBROID
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang
berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan
pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami
haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia
boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
5) SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC
OVARIAN SYNDROME- PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah
satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon
dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan
6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30
tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara
tetapi bukan penyakit keturunan.
Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan
(proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap
bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang
berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.
Antara tanda-tanda PCOS ialah kedatangan
haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea),
bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan
kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis
nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).
LELAKI
KEKURANGAN SPERMA
Jumlah sperma dianggap lebih rendah
daripada biasa jika semasa ejakulasi bilangannya kurang daripada 15 juta setiap
mililiter air mani.
Keadaan tiada langsung sperma di dalam
air mani dipanggil azoospermia. Punca kekurangan atau ketiadaan sperma dalam
air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau
bengkak buah zakar disebabkan masalah benguk (mumps).
Selain itu, saluran air mani yang mengalir
daripada kilang testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon
juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani.
CARA MENGATASI
- Tingkatkan imuniti : Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh.
- Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
- Elakkan makanan rapu : Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh pyramid makanan.
- Amalkan memakan makanan yang segar : Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
- Elakkan Stress : individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
- Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.
CADANGAN VITAMIN
UNTUK ISTERI :
Vitalea, Complex, Vita C, Alfalfa dan
GLA Complex.
UNTUK SUAMI :
Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc
Complex.
1) Vitalea
Vitalea ialah Multivitamin dan
Multimineral Shaklee. ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang
diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan
kesihatan yang optimum. Bila badan dah sihat barulah ia dapat berfungsi dengan
baik.
2) B Complex
Vitamin ni adalah sangat penting untuk
wanita yang hamil dan yang merancang untuk hamil. B Complex Shaklee mengandungi
asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.
3) Vitamin C
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan
dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan
berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa
dengan ovum.
4) Alfalfa
Alfalfa sangat penting untuk kesihatan
dalaman wanita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah
period yang tidak teratur dan PMS..selain itu, alfalfa juga dikatan dapat
membantu mengatasi “sakit ketika bersama” dan sangatmembantu dalam hubungan
suami isteri.
5) GLA Complex
Vitamin ni sangat penting untuk
kesuburan wanita. Ia membantu wanita untukmenghasilkan cecair serviks yang
subur dan berkualiti. Cecair ini pentinguntuk membantu sperma berenang ke tiub
fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 selepas bersama.
6) Zinc
Zinc pula penting untuk lelaki
menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan
peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan
keinginan seksual.
Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)
nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan