Kenapa nak buat
Shaklee? Gaji sekarang tak cukup ke?
Apa yang mendorong diri buat Shaklee?
Yakin macam mana SHaklee dapat tolong?
Bismillahirrahmannirrahim..
Moga diberi kekuatan dan ketetapan iman, cekal, hati &
impian dalam mencapai dan menggapai visi.
Memulakan semula
bisnes Shaklee pada saya adalah sesuatu yang ajaib. Sudah lemau setelah
bertimpa2 halangan untuk meneruskan legasi bisnes sebelum ini. Tak perlu
diceritakan kerana ia hanya pembunuh impian & cita2. Yang lepas biarkan
terhapus. Bangkit dengan lebih kuat dan bervisi.
Terima kasih pada emak Farha Maskuriy atas seruan mak sebelum
saya terjunam ke dalam jerlus yang tidak timbul2. Seruan memanggil anak
sulungnya yang tidak begitu membanggakan dalam legasi IBUCERGAS. Rasa malu,
tapi ku kuatkan hati. Maaf mak, saya memang agak sensitive dan lembut hati.
Seruan itu juga membuatkan saya tersedar dari mimpi. Ambil
beberapa waktu untuk menguatkan hati dan percaya akan inilah jalan yang diredhai.
Memanjatkan doa pada ilahi agar memberikan visual yang jelas sama ada jalan yg
dipilih ini yang telah Dia sediakan untukku. Benar, saya mendapat sedikit
detikan hati yg mengajakku saya menuju kearah ini.
Detikan yang menunjukkan saya perlu berada di sini untuk impian menjadi anak yang solehah, &
keluarga yg mampu membantu saudaranya yg lain. Impian yang menjadi push factor
saya iaitu menjaga ibu mak & ayah saya, membawa mereka ke Tanah Suci, serta
mampu dan mudah dalam membantu adik-beradik saya termasuk saudara2 yang
memerlukan. Berharap Tiada lagi perasaan ralat pabila tidak mampu membantu
dikala mereka memerlukan. Ini adalah merupakan push factor utama saya.
Faktor pendapatan tidaklah sekuat yang saya jangkakan untuk
diri saya. Saya boleh katakan kehidupan kami suami isteri sudah cukup ‘selesa’.
Maksud selesa itu lebih kepada kehendak luxuries sahaja. Nak lebih, kena usaha
cari lebih la. Tapi tak cukup kuat kerana saya seorang yang sederhana. Tidak
suka bermewah2. Jadi, jalan kepada push factor saya adalah membantu mereka yang
memerlukan. Terutama keluarga. Ia cukup terkesan di hati.
Selain itu, factor kedua dan seterusnya termasuklah azam
untuk menjaga anak2 sendiri, melihat mereka membesar di hadapan mata. Bebas
daripada hutang, dan bercuti dengan gembira. Kehendak kati mahu juga
membesarkan rumah yang ada atau membeli rumah yang lebih selesa. Ini antara
kehendak atau bonus untuk saya sekiranya saya berjaya di dalam bisnes ini.
Faktor kenapa saya memilih bisnes dengan Shaklee ini
berbanding lain, jujur saya akui, ianya yang termudah dan terpaling kurang risiko berbanding yang lain. Dengan
modal yang rendah, Cuma yang penting adalah bagaimana untuk menguruskannya
dengan betul. Dari Shaklee lah titik tolak bermula belajar berniaga. Semuanya
adalah dalam bisnes yang bukan kita memilikinya, tapi kita memanjangkan
rangkaiannya. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu berniaga, belajar berniaga,
dengan modal yang rendah. Paling rendah pernah saya jumpa.
Selain itu, susur galur dan legasi yang saya sertai sangat
mengagumkan. Sangat membanggakan. Disinari dengan mentoring perniagaan,
perkongsian pengalaman, kejayaan dan ilmu. Yang paling uniknya, bukan sahaja
ilmu perniagaan, ilmu dan amalan islam turut diterapkan. Kunci kepada kejayaan
dan rezeki yang dimurahkan.
YAKIN akan bisnes Shaklee ini melihat mereka yang sudah
berjaya. Saya dulu takut ditekan, takut tidak mampu membimbing mereka di bawah
legasi saya. Jadi supervisor pun ketaq, apalagi nak master. Namun tidak tahu
dari mana datangnya kekuatan yang diberi Allah, yang kulihat kini luas
terbentang walaupun begitu ramai telah mula bersama Shaklee. Mohon
dipermudahkan & dikuatkan hati dan percaya akan diri sendiri jauh lebih
bermakna. Mohon juga rakan2 seperjuangan diberi kemudahan, dan mampu bergerak
seperti keluarga yang kuat. Mohon mak Farha dipermudahkan untuk membimbing kami
dan diberi balasan yang baik atas keihlasan beliau.
Amin.
#Sayajualshaklee#sayanakberjaya#bisnesshakleebest#
Kalian pula bagaimana? Apakah cabang bisnes yang kalian lakukan? Apakah push faktor kalian? Apakah impian dan matlamat kalian?
Kalian pula bagaimana? Apakah cabang bisnes yang kalian lakukan? Apakah push faktor kalian? Apakah impian dan matlamat kalian?
Jom sertai LEGASI kami dengan mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah untuk dapatkan diskaun sehingga 20%, mentoring bisnes yang mantap sehingga anda berjaya.
Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli dan kelebihan yang akan anda dapat :
>>>>>>>>>>>SENARAI HARGA SHAKLEE<<<<<<<<<<<<<<<
Untuk berdaftar & sebarang pertanyaan produk, hubungi :
nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan