Ramai ibu yang mengeluh kerana hasratnya
untuk menyusukan bayi mereka tidak tercapai kerana dikhabarkan susunya tiada
& tidak keluar. Sungguh memilukan, niat ibu yang murni tidak dapat dipenuhi
atas sebab tiada susu. Tapi benarkan tiada susu?
Hakikatnya, semua ibu-ibu yang hamil
mampu menghasilkan susu dan menyusukan bayi mereka. Malahan, ibu-ibu yang tidak
mampu mengandung, tapi dengan kaedah yang betul (induce
lactation), ibu-ibu ini mampu menyusukan anak
angkatnya.
ASAL USUL PENGHASILAN SUSU IBU
Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon. Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal.
Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon. Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal.
Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih
awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana
setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk
kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup
dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali
penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.
Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku
di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara
membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini
kerana Lactogenesis
II juga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan
prosesLactogenesis III yang
didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara
dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga
akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan
menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi.
SUSU SIKIT
Dari segi saintifik, diakui akan ada
ibu-ibu yang tidak mampu memberikan anaknya susu badan secara
eksklusif/sepenuhnya disebabkan beberapa masalah kesihatan ibu itu sendiri,
seperti hypothyroid,
hypoplasia type breast, PCOS. Mereka yang menghadapi masalah ini
biasanya mempunyai low
mammary gland atau kurang kelenjar susu yang membawa kepada
kurangnya penghasilan susu. Tetapi peratusannya adalah sangat kecil. Jika
mereka yang menghadapi masalah seperti di atas sekali pun, dengan rawatan dan
teknik penyusuan yang betul, ibu-ibu tersebut masih mampu memberikan anaknya
susu badan sepenuhnya seperti ibu-ibu yang lain.
SUSU CEPAT KERING
Penghasilan susu adalah
berdasarkan demand
vs supply. Ia dimulakan dengan ransangan atau hisapan di payudara
oleh bayi. Ransangan ini akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitary di otak
bertanggungjawab untuk merembeskan hormon prolaktin (menghasilkan susu) dan
hormon oksitoksin (melancarkan pengeluaran susu). Proses ini berlaku dalam masa
1-2 minit. Untuk menghasilkan susu yang optimum, ibu-ibu harus memastikan yang
payudara dikosongkan 8 – 12x dalam tempoh 24 jam dengan menyusukan bayi atau
memerah apabila berjauhan dengan bayi.
Selain dari hormon prolaktin dan
oksitoksin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan
iaitu Feedback
Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh,
kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai signal bagi
memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan dari sehari ke
sehari, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti. Oleh itu disarankan agar
ibu-ibu menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi sebelum
hormon FIL dirembeskan atau payudara penuh iaitu 3-4 jam sekali.
Oleh itu, semua ibu ada susu dan mampu
menyusukan anaknya. Hakikatnya penyusuan ibu itu adalah fitrah dan semua ibu
mampu melakukannya.
Oleh Suria Irdayu Ahmad
Zaidi, PCPA, Malaysian
Breastfeeding Peer Counselor
Saya sempat berchit-chat dengan teman
sekerja perihal kewanitaan. Macam biasa, berkongsi ilmu pregnancy, bersalin
& berpantang memandangkan kawan saya ni sedang hamil 6 bulan. Macam-macam
diceritakan. Bagaimana penjagaan makan semasa hamil, semasa berpantang dan
lain-lain.
beliau bertanyakan perihal berat badan,
melihatkan saya ni kurus slim sama seperti sebelum hamil lg. Selain ckp dah
body i memg cenggini dari dulu payah nak naik, saya beritahu yang breastfeeding
salah satu cara yang berkesan untuk keep slim. (Salah satu cara ye, bukan the
only cara. Makan pun ada kena jaga juga la.)
Beliau pun berkongsi cerita kakaknya yg
mulanya tidak dapat menyusui anak sulungnya kerana dikatakan tidak ada susu.
Terbongkarlah cerita yg untuk anak keduanya, dia amalkan set kehamilan Shaklee
termasuk ESP untuk kesihatan. Secara tidak sengaja, susunya sudah keluar
sendiri! Tanpa perlu urut susu.
Serius saya terkejut.
Sungguh la, set
penyusuan shaklee dapat
membantu menggalak susu. Yang penting, tanamkan niat untuk menyusui anak sedari
hamil lagi. Selain itu, bacaan HB beliau juga menunjukkan peningkatan
hingga 13.4 semasa hamil setelah mengamalkan Shaklee.
Saya kongsikan cerita ini berdasarkan
kisah benar. Bukan teknik marketing berlebih-lebihan.
PERCAYALAH, SETIAP IBU DIBERI ANUGERAH
UNTUK MENYUSUI BAYI MEREKA.
#sayajualshaklee#sayasukakongsikebaikan#
Jom sertai LEGASI kami dengan mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah untuk dapatkan diskaun sehingga 20%, mentoring bisnes yang mantap sehingga anda berjaya.
>>>>>>>>>>> SENARAI HARGA SHAKLEE <<<<<<<<<<<<<<<
Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :
nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan