Isnin, 29 Oktober 2012

PILIHLAH VITAMIN SEMULAJADI YANG SELAMAT BERBANDING VITAMIN SINTETIK YANG BERBAHAYA

Terdapat dua jenis vitamin dan supplemen yang dijual di pasaran iaitu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Pastinya pengguna terkeliru beza antara dua jenis vitamin ini. Malah, pada mulanya saya rasakan bahawa semua vitamin adalah sama. Cuma bezanya jenama produk. Ingat lagi tak masa kecik2 dulu kita terima vitamin dari hospital atau doctor yg datang ke sekolah buat pemeriksaan kesihatan? Mereka akan beri kita vitamin yg kecik2 tu sepapan. Satu lg vitamin yg saya tahu adalah vitamin untuk kanak2 berperisa oren. Setakat itulah perkenalan saya bersama vitamin zaman kecik2 dulu.

Tetapi tahukah kalian bahawa kedua-dua jenis vitamin ini sangat berbeza? Vitamin semulajadi adalah amat selamat berbanding vitamin sintetik yg diubahsuai. Lihat perbezaan vitamin ini secara ringkas:

VITAMIN SEMULAJADI
a)  Vitamin yang diekstrak daripada bahan semulajadi. Contohnya formula empirik vitamin C adalah C6H8O6.
b) Sumber vitamin semulajadi adalah daripada bahan semulajadi itu sendiri. Contohnya vitamin C di ekstrak daripada limau.
c)    Vitamin semulajadi diperbuat daripada bahan semulajadi di mana ia akan menambah baik kesihatan tubuh badan anda.
d)  Apabila kita makan vitamin semulajadi, ia akan bertindak balas pantas dengan badan kerana ia mempunyai keserasian dengan tubuh badan. Maksudnya, vitamin tersebut akan diserap dengan segera.
e)  Bagi pengambilan vitamin semulajadi, kesan jangka panjangnya adalah positif kerana ia tidak melibatkan tindak balas kimia yang luar biasa.
f)   Ramai tidak mahu membeli vitamin semulajadi kerana harganya yang mahal berbanding dengan harga vitamin sintetik. Namun, kita perlu sedar bahawa harga bagi vitamin semulajadi sebenarnya mampu milik dan tidak membebankan.  

VITAMIN SINTETIK
a)   Vitamin buatan yang dibuat manusia melalui tindak balas kimia.
b) Vitamin C sintetik dihasilkan melalui tindak balas kimia dari sebarang bahan yang mengandungi oksigen, hydrogen dan carbon yang membentuk bahan kimia yang
      mempunyai formula C6H8O6.
c)    Harga jauh lebih murah daripada vitamin semulajadi.
d)   Sumber bagi vitamin sintetik pula adalah daripada tindak balas kimia.
e)   Sumber vitamin sintetik akan beri kesan sampingan kepada tubuh anda kerana ia diperbuat daripada bahan kimia.
f)   Vitamin sintetik mengambil sedikit masa untuk diserap kerana ia tidak serasi dengan tubuh badan kerana ia adalah bahan kimia. Kemungkinan juga vitamin tersebut tidak diserap langsung.
g)  Pengambilan vitamin sintetik akan memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kepada tubuh badan anda kerana tindak balas kimia yang di ambil badan untuk menyerap vitamin sintetik yang diperbuat daripada bahan kimia. Antara kesan jangka panjang hasil daripada pengambilan vitamin sintetik adalah penyakit kanser.

BAGAIMANA UNTUK MENGENALI VITAMIN SINTETIK

Kebanyakan vitamin yang ada di pasaran adalah jenis sintetik. Bagaimana nak tahu? Kalian boleh lihat dalam botol vitamin, jika ada silica gel di dalamnya, ia adalah vitamin sintetik yang memerlukan silica gel untuk memelihara vitaminnya. Dan vitamin sintetik biasanya akan ditambah dengan pewarna dan pengawet. Kita boleh lihat apabila dibiar lama dipegang dalam tangan kita, bila berpeluh, warna yg terdapat pada vitamin tadi melekat di jari dan sukar untuk dipadam. Sebagai contoh, Obimin dan Neurogain.

Vitamin Shaklee adalah semulajadi tanpa pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Dan ia tidak memerlukan silica gel untuk memelihara keasliannya.

VITAMIN YG TERBAIK DISYORKAN OLEH SHAKLEE UNTUK IBU MENGANDUNG

Vita-Lea adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil. 

B-Complex
 Shaklee ada mengandungi tambahan acid folic yang sesuai untuk ibu mengandung. Semua sedia maklum, acid folic adalah sangat penting untuk mencegah kecacatan pada bayi. Ia juga membantu ibu mengandung untuk lebih bertenaga dan mengurangkan tekanan perasaan ketika mengandung.

Vitamin-C membantu mengaktifkan acid folic dan meningkatkan kadar penyerapan zat besi buat ibu mengandung. Ia juga membantuk meningkatkan antibodi ibu mengandung supaya tidak mudah jatuh sakit. Menurut doctor, wanita akan mengalami penurunan antibodi ketika mengandung. 

ESP
 pula membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protein meningkat ketika wanita sedang mengandung kerana protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.

OmegaGuard
 adalah sesuai untuk menggantikan supplement NeuroGain. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan.

OsteMatrix untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya, maka wanita mengandung perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan untuk ibu itu sendiri. OsteMatrix juga boleh mencegah masalah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Zinc Complex dapat membantu untuk improve pregnancy outcomes termasuklah lahir tidak cukup bulan, pregnancy induced hypertension, prelabour rupture of membranes, post-term pregnancy, neonatal jaundice dan banyak lagi.

Oleh itu, pastikan anda memilih dengan berhati-hati. Vitamin sintetik yg memberi kesan sampingan akan memudaratkan ibu dan anak pada jangka masa panjang atau vitamin semulajadi yg sentiasa selamat, sentiasa berkesan & sentiasa mesra alam! Kesihatan dan kesejahteraan keluarga adalah pilihan anda! Kesihatan yang baik adalah antara pelaburan yang menguntungkan.

Untuk konsultasi, boleh rujuk informasi saya :

Your Shaklee independant distributor
Kedah / Perlis
ID No :
Nazirah binti Abdullah
Call : 013-353 2798
Email address : nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...