Selasa, 6 November 2012

SET IBU MENYUSU YANG LENGKAP DAN SUPERB!


Seringkali saya diajukan persoalan penyusuan oleh para ibu yang amat mementingkan keperluan bayi mereka. Masalah susu sedikit, susu merudum adalah sesuatu yg normal di kalangan ibu menyusu pada fasa-fasa tertentu. Ini juga berkait rapat dengan beberapa factor termasuklah rasa letih, jadual pam tak teratur, period, pengambilan antibiotik, diet harian tak seimbang, dan macam-macam lagi.

Pengambilan supplemen yang bersesuaian adalah salah satu langkah yang boleh diambil oleh para ibu. Saya sendiri telah mengalami masalah susu merudum sebelum ini, dan alhamdulillah saya amat berpuas hati dengan keberkesannya selain susu yang mencurah-curah, badan juga rasa lebih ringan, tiada lagi lenguh-lenguh urat sendi bila bangun pagi, tidak lagi mengantuk semasa memandu pulang dari ofis yg mengambil masa 1 jam perjalanan, masih bertenaga untuk melakukan kerja rumah walaupun baru pulang dari ofis, serta boleh berjaga malam berbanding sebelum pengambilan vitamin Shaklee. Pengguna tegar Shaklee yg lain juga mengakui supplemen sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu.

Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesan yg lengkap dlm menjayakan penyusuan adalah gabungan :

§  Tubuh yang sihat
§  Supply Vs Demand – jadual pam yang kerap & konsisten
§  Pemakanan yang menepati Piramid Makanan  
§  Mengamalkan diet/pemakanan yg sihat sbg seorang ibu yg menyusukan anak
§  Istiqamah dan konsisten dalam pengambilan suplemen

Seperti yg saya nyatakan tadi, suplemen Shaklee bukanlah sekadar penggalak susu, malah manfaat lain juga turut datang secara pakej dengan pengambilan set yg disarankan. Ia merangkumi pelbagai aspek kesihatan dalam sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dan banyak lagi. Ia juga memperbaik, memperbaharui dan membersihkan tubuh kita dari luar hingga ke seluruh tubuh badan. Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda.

BOLEH TAK AMBIL SATU PRODUK KHAS PENYUSUAN SAHAJA?

Ada juga customer saya yang bertanya, tidak bolehkah mengambil satu-satu jenis suplemen yg khas untuk penyusuan? Contohnya seperti yang kita tahu, alfalfa terkenal sebagai penggalak susu. Bolehkah sekiranya kita mengambil alfalfa sahaja sebagai suplemen? Kenapa perlu ambil sehingga 4 – 5 jenis satu set?

Jawapannya mudah. Saya bagi contoh. Bila kita rasa lapar, karbohidrat cukup untuk menghilangkan rasa lapar, jadi kita perlu makan nasi. Tapi cukupkah dengan pengambilan nasi sepinggan sahaja? Setiap kali kita lapar kita akan makan satu2 jenis makanan sahaja. Contoh, bila kita perlukan protin, kita makan ikan sahaja. Sedangkan banyak lg khasiat dan vitamin lain yg diperlukan oleh tubuh supaya seimbang.

Sebab itu pabila kita makan nasi, kita tambah dengan lauk yg berprotin, sayur yg penuh dgn vitamin semulajadi, serta air sebagai pelancar pengaliran makanan ke dalam tubuh. Sama juga dengan pengambilan set vitamin ini. Kita mahu menggalakkan susu, tp susu hanya mengenyangkan bayi anda, namun kurang khasiat di dalamnya. Setiap vitamin yg dibekalkan akan disalurkan kepada bayi yg disusui. Selain itu, bila selesai menyusukan, kita akan rasa letih, sakit2 dan lenguh2 kerana khasiat yg sedia ada dlm badan telah disalurkan kepada bayi anda. Sebab itulah perlunya suplemen atau vitamin tambahan untuk mengembalikan kekuatan tubuh ibu. Untuk menyusukan bayi, ibu juga perlu sihat dan kuat.

BERIKUT FUNGSI SETIAP2 VITAMIN YANG DISARANKAN :

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi :  

Ianya adalah multivitamin berserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

B Complex :

Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Sebab itu ia dinamakan ‘B for beauty’.

Vitamin C :

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan kulit lebih cantik.
 Boleh refer lebih lanjut di SINI.

Alfalfa :

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu dan ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu. (kan saya kata, alfalfa terkenal sebagai penggalak susu)

Kalsium@ Ostematrix :

Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. 

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

ESP @ Energizing Soy Protien :

Komposis vitamin utama dalam susu ibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. 

Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

CADANGAN SUPPLEMEN:

Jadi apa yang saya syorkan berikut adalah yg saya juga ambil sekarang dan ia juga pilihan ibu2 seluruh Malaysia! >>

SET ASAS :

1)       SET B -  Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa
2)       ESP

Anda juga boleh add-on :

§  Ostematrix - Cal/Mag : utk tulang, bina darah, tenaga optimum.
§  Vitamin E / GLA - utk kulit cantik dan keintiman wanita.
§  Lechitin - utk memecahkan lemak secara sihat.
§ Omega guard - membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu disamping membantu paras kolestrol dalam badan ibu.

SET 3 M (Making More Milk)

Majoriti para ibu mengambil set 3M ini :

a)      ESP
b)     set B
c)      Ostematrix

Terpulang kepada diri anda untuk menyusukan anak tanpa perlu mengambil sebarang supplemen, yang mana membawa kepada risiko tulang rapuh, kulit kusam, kelihatan tua dari usia, tidak bermaya, lesu dan banyak lagi, ataupun mengambil suplemen yang mampu untuk menyediakan kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan keperluan tubuh kita kita dan anak.

Segala ilmu yg dikongsi disini adalah utk manfaat bersama. Tiada paksaan utk membeli kerana anda ada hak sebagai seorang pengguna. Penyusuan susu ibu adalah satu tanggungjwb berat, nampak mudah tapi tidak semudah yg disangkakan. Ujiannya besar kerana ganjaran yg Allah janjikan utk ibu2 menyusu amatlah besar..

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya sebagai pengedar sah anda. Ada tawaran menarik juga menanti untuk mereka yg mengambil full set dgn saya! ;)

Nazirah Abdullah 
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com
ID No : 910351

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...