Selasa, 12 Mac 2013

KHASIAT PISANG

KEBAIKAN BUAH PISANG

PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok. PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas".



Khasiat

Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng. pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak. Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

KELEBIHAN PISANG UNTUK KESIHATAN :

1) penting dalam bidang perubatan.  
2) memudahkan proses bersalin.
3) membekalkan tenaga 
4) melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
  1. anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
  2. merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok kerana Kandungan potasium tinggi dalam pisang. 
  3. membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari keranakandungan fibernya yang tinggi.
  4. mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran.
  5. penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
  6. mabuk hamil dapat dikurangkan khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan.
  7. masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
  8. mengawal kandungan gula dalam darah
  9. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Pebagaikan penyediaan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.






LAIN-LAIN KHASIAT PISANG 

1. Sebagai sumber tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan

pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1,250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiap kali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan

8. menambah nafsu makan

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan mengembalikantenaga.

Namun begitu, perlu berhati-hati memilih buah-buahan di pasaran kerana kebanyakannya terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya. juga diketahui tanaman pisang di pasaran telah dicampurkan dgn kabaid/belerang supaya ia cepat masak. kabaid dan belerang ini tidak baik untuk sistem tubuh kita. Sebagai alternatif lain bolehlah menanam sendiri pisang di rumah anda. Atau dapatkan nutrisi penting untuk tubuh dengan pengambilan suplemen. pastikan ia semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya.

Saya adalah pengedar shaklee anda yang sah. hubungi saya untuk sebarang order dan konsultasi. 

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...