Sabtu, 2 Mac 2013

KOLAGEN : SHAKLEE COLLAGEN POWDER SUMBER SEMULAJADI


Ha, entri kali ni nak cerita tentang apa itu kolagen dan mengapa pentingnya kolagen pada tubuh sekaligus memainkan peranan dalam kecantikan wajah. ala, macam yang tengah hot sekarang, PMC ataupun Pure Marin Kolagen. dengarnya ada pelbagai jenis, siap ada color2 berlainan lg. eehh..jangan tanya saya pasal pure marine kolagen ni, sebab saya memang tak tahu. if nak tahu tanya mereka yang telah mencubanya. saya pernah makan je kat sabah hari tu. hihi. Walau pun ia hangat diperkatakan namun tiada kajian medikal yang dilakukan tentang keberkesanan bahan ini untuk rawatan kulit. 

ok, jom tambah ilmu tentang kolagen plak.

 

KOLAGEN

Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen  membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan  tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh. 

JENIS-JENIS KOLAGEN:
Ada bermacam-macam jenis kolagen suplemen. Oral kolagen suplemen dalam bentuk pil atau minuman menjanjikan pengurangan penyakit seperti arthritis, membantu penurunan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit. Krim kolagen pula dikatakan dapat membantu menegangkan kulit tapi pada hakikatnya kolagen molekul terlalu besar untuk diserap. Suntikan kolagen untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedut pada kulit. Suntikan kolagen juga boleh digunakan untuk menghasilkan bibir yang lebih tebal. Rawatan kolagen dari segi medikal ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi. 

ha, sudah paham ka? salah satu cara untuk mengembalikan kolagen dalam tubuh kita adalah dgn pengambilan supplemen. pengambilan supplemen kolagen ni sebenarnya akan topup colagen dalam tubuh kita yang tak cukup tu ke dalam badan. kolagen membantu memperbaiki bahagian2 yang rosak seperti kulit wajah, kulit, organ badan dan sistem-sistemnya.

CARA MEMILIH KOLAGEN YANG BAIK
kolagen yang baik haruslah di bawah 3000dalton. ha, penting ye tuan2 puan2, perlu tahu saiz molekul dalam unit dalton setiap kolagen yg diambil. jika saiz molekul yang lebih daripada 3000 dalton tu, sistem badan manusia tak boleh serap lebihan tu. sistem badan kita hanya mampu menyerap 3000 dalton sekali. jika terlebih, sisa2 lebihan tadi akan terapung dalam badan dan membawa kepada kesan buruk jangka masa panjang. namun, semakin kecil saiz molekulnya adalah lebih baik kerana badan dapat menyerap kolagen dgn lebih sempurna.

KOLAGEN TERBAIK?
Shaklee collagen powder mempunyai saiz molekul unit dalton hanya 1000+ dalton sahaja.  sudah tentu dapat menyerap dengan baik dan tiada lebihan yang terapung di dalam badan.  jumlah kolagen dalam satu sachet kolagen shaklee adalah 4000mg.

SHAKLEE KOLAGEN MAHAL?
Kolagen adalah tidak sama walaupun terdapat pelbagai produk menjual kolagen dgn harga yang murah. perlu diketahui bahawa sumber kolagen terbaik adalah daripada sumber haiwan kerana ia lebih senang diserap oleh tubuh. kolagen dari hasil laut seperti sirip ikan jerung dan ikan laut adalh lebih mahal kerana susah untuk mendapatkannya. lagipun, kolagen shaklee diperbuat drpd sumber semulajadi & melalui proses yg semulajadi juga, bukan yg melalui chemical process. pentingnya memilih yang semulajadi ni kerana chemical ni akan beri long term negative effect. benda yang semulajadi sememangnya sedikit mahal. tapi alah membeli, menang memakai kan..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...