Isnin, 11 Mac 2013

SET BERSALIN - SHAKLEE BUATKU LEBIH BERTENAGA


Bercakap tentang set bersalin, walaupun saya hanya baru merasa kelahiran pertama, namun saya juga pernah keguguran seperti yang saya ceritakan di entri ini. semasa melahirkan Qisya, saya mengamalkan set bersalin H** yang mempunyai daun mandian, minyak bayi n barut serta 2 botol vitamin. yang mengecewakan saya adalah pil vitamin tersebut hanya tertera sebagai 'pil wanita'. bukan kerana marah, namun mungkin rasa ingin tahu dan labelling yang tidak menarik pengguna untuk meneruskan amalan vitamin tersebut. Alkisahnya, tidak habislah pil berkenaan sampai hari ini. Pengalaman berpantang pun amatlah memeritkan bagi saya. Dengan jahitan yang terbuka, terpaksa dijahit beberapa kali dengan jumlah jahitan yg agak byk, sesungguhnya, pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan. saya berasa sedih, tertekan, letih dan tidak bermaya sepanjang tempoh berpantang. kira waktu paling seksa la.hihi. lapar toksah cerita la.

namun selepas keguguran bulan April tahun lalu, saya bertekad mencuba set bersalin shaklee (walaupun x bersalin, tapi kena pantang mcm org bersalin). inipun setelah melihat beberapa testimoni yg mengujakan. Alhamdulillah, saya rasa bertenaga, kuat, ceria dan luka saya pun cepat sembuh. sakit2 lenguh dan salah urat yang sering saya rasa sebelum ini pun turut hilang dan kurang. saya sgt berpuas hati pada percubaan pertama ini. atas sebab tu merebaklah hingga bermacam produknya yg saya cuba.hihi. 

ok, jom kita lihat apakah kriteria yang perlu ada untuk pemilihan nutrisi yang penting untuk ibu bersalin daripada Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.


Vitamin B3
Niasin, juga dikenali sebagai B3, adalah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolismekan tenaga. Ibu bersalin harus meningkatkan pengambilan makanan seperti daging lembu, ayam, dan ikan seperti tenggiri atau ikan salmon untuk mendapatkan vitamin B3 dalam diet harian.

Vitamin E
Antioksidan ini meningkatkan tenaga dan stamina. Isikan badam, asparagus, kacang, biji, minyak sayur-sayuran, dan buah zaitun.

Zink
Zink adalah penting dalam menyokong proses yang berbeza dalam otak dan badan. Kekurangan zink dalam diet boleh mengundang keresahan dan kemurungan. Sumber yang baik zink termasuk telur, ikan, ayam belanda, tiram, daging lembu, germa gandum, dan yogurt.

Vitamin C
Kekurangan Vitamin C bukan sahaja melambatkan proses penyembuhan luka, malah ia juga menyumbang kepada kemurungan ibu bersalin. Dapatkan vitamin C  daripada buah-buahan sitrus, brokoli, sayur-sayuran berdaun hijau, tomato, kacang, rasberi, daun bawang, dan turnips.

Omega 3 Asid Lemak
Omega 3 asid lemak telah banyak dibuktikan dah dalam kajian klinikal untuk dapat menangani masalah kemurungan. Ibu bersalin harus menambah hidangan ikan yang kaya omega-3 seperti sardin, tuna, dan salmon ke dalam diet. Tapi harus berhati-hati dengan ikan yang tinggi kandungan merkuri ya. Minyak walnut dan minyak kanola juga sumber-sumber yang sangat baik.

Kalsium
Bukan itu sahaja, kalsium dalam tubuh yang mencukupi juga mampu membantu ibu bersalin mengalami kemurungan dan keresahan. Makanan kaya dengan kalsium adalah yogurt, keju, sardin dengan tulang, susu, ikan salmon dengan tulang, bijan, atau jus diperkaya kalsium.

Asid Folik
Penyelidikan dari Universiti Tufts di Boston, Massachusetts mendapati bahawa tahap asid folik (folat) adalah jauh lebih rendah di kalangan orang yang mengalami kemurungan berbanding dengan orang yang tidak tertekan. Asid folik banyak didapati di dalam avokado, sayur-sayuran berdaun hijau, oren, dan kebanyakan buah-buahan.

Shaklee mempunyai rangkaian vitamin untuk ibu bersalin yang lengkap, selamat dan semulajadi. Antara yang saya cadangkan adalah seperti berikut.
  1. Multivitamin Vitalea – Mengandungi 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum
  2. B complex - Menggalakkan kesihatan jantung metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat. Menukarkan makanan menjadi tenaga. Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan. Meningkatkan fungsi otak
  3. Vitamin C - Anti-oksidan Semulajadi. Berupaya mengekalkan integriti sel badan. Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat. Menolong mengurangkan simptom allergik
  4. Zinc Complex - Menghalang rambut gugur. Meningkatkan sistem imun badan. Menolong penyembuhan dan masalah jeragat. Kesihatan prostat. Meningkkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ.


Malah anda boleh menambah set bersalin anda untuk lebih membantu anda terutamanya bila menyusukan anak :
  1. Ostematrix - Lebih dari sekadar kalsium. Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
  2. Alfafa Complex - Kaya dalam nutrisi dan mineral surih. Mengurangkan toksin. Melegakan rasa kebas dan sakit sendi. Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan. Sebagai Milk Booster.
  3. Energizing Soy Protein - Membekalkan tenaga. Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot. Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
  4. OmegaGuard - Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak. Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah. Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus. Mengurangkan radang sendi.

untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com

**Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...