Sabtu, 13 April 2013

DISCLAIMER - SHAKLEE TIDAK BERKESAN?



Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mengapa pengedar-pengedar sah SHAKLEE sering menekankan ayat-ayat disclaimer di atas pada akhir entri? Terdapat juga testimoni pengguna yang mengatakan pengambilan Shaklee dapat mengurangkan sesetengah penyakit dan kesembuhan. Namun disclaimer ini seperti menidakkan kebaikan Shaklee itu sendiri.

Sebenarnya untuk produk buatan setiap negara, misalnya di USA, disclaimer di atas adalah COMPULSORY atau WAJIB dipaparkan di bawah Dietary Supplement Health and Education Act of 1994 (DSHEA) kerana produk-produk kesihatan seperti kategori produk nutriseutikal dan bukan farmaseutikal, tidak perlu melalui FDA untuk menganalisa keberkesanannya.

Tahukah anda sebahagian besar produk kesihatan TIDAK MENJALANKAN SEBARANG UJIAN KLINIKAL? Malah sesiapa sahaja boleh mengeluarkan produk sendiri kerana tidak perlu modal yg besar untuk menguji keberkesanan produk.

Secara tertulis, produk selain dari produk farmaseutikal (yang digunakan di hospital oleh doktor untuk merawat penyakit) perlu meletakkan disclaimer seperti di atas kerana ia adalah PERATURAN yang wajib diikut.

Di bawah DSHEA, pengeluar makanan tambahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa produk mereka adalah selamat sebelum ia dipasarkan. Tidak seperti produk ubat yang harus terbukti selamat dan berkesan untuk digunakan sebelum dipasarkan. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang FDA untuk “meluluskan” produk makanan tambahan.

Begitu juga untuk kelulusan KKM. KKM tidak membuat ujian klinikal untuk membuktikan produk tersebut benar-benar berkesan ataupun tidak. Pengilang hanya perlu menghantar senarai bahan-bahan kandungan dan membuktikan tiada bahan berbahaya.
Namun masih di bawah Akta yang serupa, produk makanan tambahan atau selain dari ubat-ubatan, tidak boleh secara rasminya mengakui keberkesanan dan kelebihannya yang mampu mengubat pelbagai penyakit. Jadi, berhati-hati dengan produk kesihatan tanpa disclaimer tersebut  kerana kemungkinan ia tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Pengguna hari ini adalah pengguna yang bijak dan berilmu. Haruslah kita menjadi salah seorang daripadanya. Untuk diri sendiri, keluarga dan kesihatan berpanjangan. Pilihan mutlak di tangan kita. Bukan untuk Undi Pilihanraya saja tau! Salam Hormat semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...