Isnin, 8 April 2013

JAGALAH SIFAT MALU MU..

Sudah lama saya terganggu dengan perkara ini. Hari ini tidak dapat diselindung lagi. semakin lama semakin menjadi parah di mata dan jiwa. Ummat yang semakin hampir dengan kelalaian dan keaiban serta terlalu cintakan dunia dan sesama manusia. Aib dan sifat malu semakin menipis dan terhakis dari jiwa manusia di akhir zaman. perkara ini sebelum ni saya hanya dengar dan lihat di media, di kalangan artis, di kalangan remaja di luar sana, namun pabila telah sampai ke persekitaran saya, amat dirasakan mengganggu dan mengundah gulanakan hati manusia seperti saya. Apa yang saya gusarkan sangat ni? ya..WANITA DAN SIFAT-SIFAT MALUNYA.

apakah antara sifat2 malu seorang wanita? bukan hanya terserlah dari gelagat sipu-sipunya, tapi atas lahirnya wanita yang mulia adalah menjaga malunya..iaitu aurat dan perlakuannya. sedangkan pokok pun pun manusia usaha untuk melindungi dan menutupi bahagian2 penting pada pokok, apatah manusia sendiri. usaha untuk memelihara aurat dan maruah seorang manusia yg dipinjamkan oleh Maha Pencipta dilihat sesuatu yg remeh. 

Hendak ditegur, dikatakan ustazah, tak up to date, cemburu dan sebagainya. Ya, saya memang tidak secantikmu..body ku jua tidak segiurmu..adoii!! tapi yg saya rasakan adalah MALU yang teramat. MALU pada orang sekeliling, malu ditenung dan mata-mata yang meratah susuk tubuh wanita, walhal tidak dimarahi pun. Hanya tersenyum bangga dan manja.

pernah saya memberi komen secara umum pabila rakan sepejabat bertanya akan fesyen shawlnya. saya kata cantik kalau buat begini begitu. buat la fesyen apa sekalipun, asalkan leher dan dada diselindungkan/dilabuhkan (sambil saya membelek majalah kerana tidak mahu org sekeliling terasa). tapi yg mengejutkan, yg berada berhampiran saya memberi respon komen saya tadi "huih..dada tu la kita nk tunjuk..!" Terkejut saya mendengarnya. Adakah masih tidak meluas hebahan menutup aurat dengan cara yg betul?

saya juga rasa terganggu dengan fesyen sekarang, bertudung tetapi pakaian menampakkan bentuk pakaian dalam dan ada juga yg boleh tahu jenis baju dalam apa yg dipakai. fabrik yg terlalu melekat di badan. sudahlah hijab menutup leher shj dan diselak dada, baju pula betul2 ikut saiz badannya. ya..body memg cantik..tapi untuk sapa dipamerkan semua itu? sgt mengganggu fikiran saya kerana tiada yg menegur. untuk saya menegur, mahu dikatakan saya jeles dgn keindahan wanitanya, walhal para lelaki teramatlah puas menatapmu.

wahai lelaki, bakal2 suami mithali, didiklah kami para wanita untuk menjaga maruah kami, sekaligus menjaga maruahmu nanti.

wahai wanita, kecantikan hanya sementara, kecantikan sifat malumu yang lebih indah dan kekal sampai bila2..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...