Selasa, 23 April 2013

TIPS MENCEGAH SELESEMA & DEMAM CARA SAYA!

Assalamualaikum.

Entri kali ini berkenaan cara saya mencegah selesema dan demam daripada merebak dgn cepat. maksudnya bukan menjangkiti orang lain, tetapi apabila terdapat tanda2 anda mula akan mendapat selesema/demam, kita boleh mencegah daripada betul2 demam dan selesema yang teruk. yelah, kebiasaannya selesema berlarutan hampir seminggu. huh, letih kan bila dah kena selesema ni.

seperti saya, saya boleh rasa tanda2 nak mula selesema or demam. sebenarnya pada minggu lepas, sampai sahaja di tempat kerja, saya bersin tanpa henti dan memang rasa tak selesa sangat. hai..ni nak mai dah selesema ni..badan pun rasa suam2 je..

apa tindakan saya?
oh, cepat2 saya makan vitamin c chewable sedikit demi sedikit. disebabkan vita c chewable ni dosage nya rendah, untuk org dewasa boleh ambil sekurang-kurangnya 5 biji bersamaan 500mg. ia selari dengan dosage vitamin c sustain release yang famous tu. saya ambil dengan kadar 3 biji sekali, bila nampak masih belum kurang, saya tambah lagi 2 biji. sebenarnya, kita boleh ambil hingga 1000mg bersamaan 10 biji vita c chewable. oh, nampaknya masih belum cepat berkesan, saya ambil pula sebiji zink. tak lama selepas tu, alhamdulillah badan saya rasa lebih cergas dan tiada lagi bersin melampau. ohh, kalau anda dengar saya bersin memng tiada lagi kesopanan & kesusilaan. hihi.

KENAPA VITAMIN C?
ya, kerana seperti yang sedia maklum, vitamin c mampu mengurangkan selesema. macam mak2 kita cakap dulu, bila rasa mula selesema cepat2 makan oren sebab oren kaya dengan vitamin c. selain itu ia meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan virus.

KENAPA ZINK?
zink terkenal sebagai cepat merawat luka. selain itu ia juga meningkatkan imunisasi badan untuk menentang virus. syukur alhamdulillah saya berjumpa dengan kombinasi yang sesuai. hihi.

saya sememangnya mengelakkan dari mengambil sebarang ubat/panadol/paracetamol. mencegah dengan bahan semulajadi adalah lebih baik. jika anda dapat merawat dengan alam semulajadi lagi baik. namun sekarang bukan mudah mendapatkan buah-buahan yang organik dan selamat. sebab itu saya memilih suplemen yang semulajadi. tapi pastikan anda juga menjaga pemakanan yang baik. suplemen hanya membantu mengisi kekurangan nutrisi dalam tubuh kita. pemakanan yang sihat adalah kunci kesihatan yang berpanjangan. 

Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...