Sabtu, 8 Jun 2013

PENGALAMAN KEHAMILAN YANG BERBEZA!

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman kehamilan kali ke-2 yang baru sahaja masuk bulan keempat iaitu trimester kedua. Fasa kehamilan trimester pertama saya kali ni sangat berbeza dengan kehamilan pertama yang mengurniakan Qisya yang cergas, cerdas dan petah bercakap. ;)

 Ok, pertamanya, kami suami isteri sememangnya menjangkakan kehamilan ini kerana kami memang merancang untuk mendapatkan zuriat kedua. Almaklumlah, saya kalau boleh mahu sekurang-kurangnya 5 orang anak. Hihihi. Insya Allah.. ;) lagi ramai, lagi bagus. Anak itu kan rezeki dan penyeri dalam keluarga. Masakan tidak, baru sehari dua toknya ambil Qisya pulang ke kampung, saya sudah tak senang duduk. Rindu pelukan cik cicha ni masa tidur. Oh, nak buat macam mana, toknya pun rindu cucu sulungnya. Namun, saya mahu menjaganya sendiri, dan melihatnya setiap hari depan mata walaupun hanya di malam hari. Mana tidak ceria rumahku kalau tak lihat keletah cik cicha yang nakal, cergas, manja dan mulut becok tu! Eh, dah melalut pulak. Hihi.

Baiklah, masa disahkan hamil, tiada byk perubahan berlaku. Tapi sebelum itu lagi saya dah jangkakan kerana period saya sudah lewat, dan ada sedikit loya2. Oh, pengalaman pertama sangat membantu. Tanda kehamilan kali ini tidak sama dengan yg pertama di mana kehamilan pertama dulu cliché sikit, coz saya muntah2 dan pening. Echewah, sebijik macam dalam drama tau! Tapi kali ini tidak.

Masuk trimester kedua masih lagi berjalan seperti biasa. Cergas, makan dengan selera, ceria. Namun bila masuk saja bulan ketiga, barulah saya rasa pening2, letih tak bermaya dari petang membawa ke malam, loya, tapi tidak muntah. Makan tengahari sudah tidak lalu. Bau makanan pun dah loya! Kalau nak tahu, sebut pun dah pening2. Ayoyo..first time saya rasa macam ni. Nasi pun loya, apatah lagi lauk pauk. Saya tidak morning sickness, tapi evening sickness. Bila petang2 hari dah lemau, makan pun tak lalu. Tapi saya isi perut dengan roti, biskut, buah-buahan wajib setiap hari. Penghilang rasa loyaku. Agenda evening sickness ini berlarutan hampir sebulan. Hujung bulan ketiga ini, saya mula selera makan tengahari, yg bestnya, musim kenduri cuti sekolah tu pun saya dah mula selera makan. Tapi masih memilih la. Alhamdulillah..Cuma masih mengambil makanan dalam kuantiti yg sedikit.


Oh, sangat berbeza pengalaman kehamilan kali ni. Semuanya tidak terjangka. Namun semua pengalaman inilah yang menceriakan dan mewarnai kehidupan kita! So, laluilah kehamilan anda dengan gembira dan anggapnya perkara terbaik yg pernah kita lalui! Semakin berbeza, semakin seronok!

ha, jangan lupa ambil makan berkhasiat, dan vitamin yang perlu untuk menampung nutrisi ibu dan anak. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...