Sabtu, 19 April 2014

SUSU TIADA DI AWAL KELAHIRAN?

Assalamualaikum wbt.

maaflah, kelam kelibut sedikit, dengan kelahiran baru (wooo...tak bgtau pun..), penstrukturan semula syarikat tmpat saya bekerja, yela, bendera di kedah kan sudah bertukar (sila jgn tanya saya bendera mana). 

letih memang letih, dengan pelbagai emosi dan perkara kecil yg diperbesarkan, tempat duduk dicampak merata2, di bawah tangga, isu politik dan kronisme, dan yang penting, ku malas nak ambil kisah. heheh!

ok, berbalik kepada tajuk iaitu "SUSU TIADA DI AWAL KELAHIRAN" ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, dan untuk lebih lanjut, boleh rujuk lain2 maklumat. sebenarnya, banyak dah maklumat tentang ini, tapi bila sendiri melaluinya, kita lebih faham. untuk bakal2 ibu, jangan terlalu risau unutuk menyusu, semua ibu mampu menyusui anak mereka. Ini berdasarkan pembacaan saya tentang pengalaman ibu2 lain. rajin-rajinlah menggali ilmu ye. semua di hujung jari dan di mata anda untuk membaca. 

SUSU DI AWAL KELAHIRAN

Seawal lahirnya bayi ke dunia, di dalam bilik bersalin lagi, setelah keluarnya bayi tersebut dari perut ibu, para ibu sudah mampu menyusui bayi mereka. kebiasaannya, penyambut kelahiran seperti doktor, jururawat dan bidan, akan meletakkan bayi kita di dada kita. waktu itulah ibu sudah boleh menyusui bayi. jgn risau, susu dia awal kelahiran disebut kolostrum, iaitu susu pekat berwarna kekuningan. ianya sedikit dan pekat. inilah susu paling penting untuk bayi, sebagai penguat imunisasi bayi. kita mungkin merasa susu sedikit atau sangsi sama ada susu keluar atau tidak, yang penting, teruskan susuan anda.

Jangan mudah terpengaruh dengan suara2 lain, tumpukan perhatian, percaya dan teruskan penyusuan. bayi kelihatan tidak cukup susu bukan kerana tiada susu, tetapi jumlah susu di awal kelahiran adalah sama seperti jumlah yang bayi perlukan. perut bayi hanyalah kecil, bukan perlu disumbat dgn susu yg byk yang akhirnya bayi memuntahkan kembali susu tersebut.

penghasilan susu di dalam badan ibu akan perlahan2 bertambah mengikut keperluan bayi. tak dinafikan, saya pun menghadapi situasi di mana orang sekeliling mula meragui cukupkah susu untuk bayi saya. tapi saya kuatkan hati dengan membalas senyuman sahaja. saya teruskan penyusuan, dan untuk kekahiran kedua ini, saya langsung tidak melakukan urut susu berbanding anak pertama saya. ada juga yg melakukan urut susu setiap kali kelahiran kerana mengikut katanya, susu tidak keluar. tetapi pada saya, susu yg lebih kepada kolostrum di awal kelahiran memanglah tidak banyak kerana ia pekat. lama-kelamaan, susuan dari anak akan menggalakkan pengeluaran susu. Alhamdulillah..masuk hari ketiga susu saya kelihatan bertambah. Anda juga boleh menggunakan khidmat urut susu daripada tukang urut bersalin jika perlu.

oleh itu, para ibu perlu percaya pada diri dan bersabar. Sesungguhnya Allah telah berikan makanan terbaik untuk bayi kita. Jika suara2 lain mengganggu, ibu mungkin boleh jarakkan sedikit pergaulan dengan mereka di awal2 kelahiran. Bagi yang meragui kemampuan anda, tunjukkan pada mereka anda mampu memberikan yang terbaik untuk anak anda dengan cara anda sendiri!

nikmatilah kegembiraan dan keseronokan menyusui anak-anak kita! ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...