Jumaat, 18 April 2014

TARIK MENGKARUNG & KEKEJANGAN KETIKA HAMIL

MENGAPA TERJADINYA MASALAH KEKEJANGAN TERUTAMA DI WAKTU MALAM?

Kejang kaki adalah masalah yang biasa berlaku semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui dengan tepat.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Kekejangan atau tarik mengkarung jika terjadi kepada ibu hamil ketika tidur amatlah tidak selesa. Kita akan terkejut secara tiba2, dan kekejangan dengan cepat berlaku sehingga terjerit menahan kesakitan. Namun begitu, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Pengalaman saya semasa mengandungkan anak sulung saya, kerapkali saya diserang kekejangan ini. Memang sakit, sehingga terpaksa mengejutkan suami untuk tolong urutkan perlahan2. Dengan keadaan yang sudah sarat, pastilah sakitnya perit sekali. Tapi setelah diurut akan kembali pulih. Namun, laratkah menghadapinya hampir setiap hari? Sakit yang sehingga mengganggu tidur, dan kehidupan seharian terutama di pejabat kerana kurang rehat dan tidur?

KEHAMILAN PERTAMA TANPA OSTEMATRIX

Ketika mengandungkan anak sulung ni, saya belum lagi mengamalkan sebarang suplemen. Sakit2 pinggang, kejang, lenguh, bengkak kaki dan keletihan selalu saya rasa. Sehingga selepas melahirkan dan menyusu, sakit pinggang semakin terasa. Ketika ini, barulah saya tergerak untuk mencari alternatif untuk keletihan dan kesakitan badan dek kerana kerap bangun malam menyusu. Alhamdulillah..sakit2 badan dah kurang, bangun pagi lebih segar selepas saya amalkan Ostematrix sebelum tidur.

KEHAMILAN KEDUA & OSTEMATRIX

Untuk pregnancy kedua ini, saya sudah awal2, dan sebenarnya konsisten mengamalkan ostematrix. Yang saya perhatikan, dengan izin Allah, sepanjang kehamilan kedua ini, saya langsung tidak mengalami bengkak kaki. Saya juga membuat sedikit eksperimen, iaitu cuba berhenti amalan ostematrix seketika, dan seperti dijangka, saya diserang kekejangan pada kali pertama untuk kehamilan kedua ini. Setelah itu, saya kembali amalkan ostematrix sebelum tidur, kesannya, hanya sekali itulah kekejangan menyerang.



SEBAB BERLAKUNYA KEKEJANGAN

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi di dalam kandungan mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan si ibu.
  • Uterus (rahim) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

MELEGAKAN KEKEJANGAN

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-kaki


Jom dapatkan ostematrix bulan April 2014 ini. tawaran beli 6 percuma 1 hanya sah untuk April 2014. 

LAGI KEBAIKAN OSTEMATRIX :



Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...