Rabu, 27 Ogos 2014

JOM BABYWEARING!

Sebenarnya tak sabar nak share tentang babywearing ni.

Teruja.

Excited.

Best.

Apa dia babywearing ni? Tak semua orang familiar dengan benda ni. Kerana biasa babywearing ni ibuk-ibuk je yang menggediks nak beli dan wear it.

Definisi dari pandangan saya sendiri baby wearing ni disebut kerana we wear the baby, close to our heart. Baby kita ni diletak dekat dalam dakapan kita yang magically buat baby kita terus terlena & memudahkan pergerakan kita.

Babywearing ni kalau tradisinya kita panggil sebagai GENDONG. Ha, penah dengar kan? Gendong baby, yang ibu-ibu dulu guna kain batik ikat di badan. Kebiasaannya para ibu di Indonesia masih menggunakan kaedah ini dan sangat biasa dilihat di Negara itu. Tujuannya memudahkan kerja seharian dan bagi ibu2 ini mencari rezeki tanpa meninggalkan anak mereka.



Namun, zaman moden ini, ada pelbagai jenis gendong yang dikenali sebagai babywearing dan ada juga memanggil baby carrier yang sgt cantik dan selesa. Tak kira jenama luar ataupun tempatan. Masing-masing ada kelebihan.

Nak dijadikan cerita, lama dan saya terpikat dengan babywearing ni, sejak anak sulung saya cicha saya beli hanya di pasaraya, kalau tak silap, jenama babykiko. Bila masuk anak kedua, baru saya terbaca tentang keselamatan dan bahaya babywearing yang tidak ergonomic ini. Terutama pabila menggendong, kaki haruslah dalam keadaan yang betul.

Untuk anak kedua saya, dhiya, saya excited beli ErgoBaby bila ada sales yang mengatakan harga hanyalah rm110! Setahu saya ergo ni mahal jugalah, tapi tidak pasti semahal mana.  Selamatlah saya membeli ergobaby carrier ini akhirnya. Namun, setelah join group babywearing di facebook, rupa-rupanya saya terbeli yang fake! Kecewa, tapi itulah, tiada rezeki saya. Saya pakai juga, tapi nampaknya anak saya tak selesa, saya pula rasa sakit-sakit badan dan sekejap saja dah sakit pinggang. Materialnya agak panas dan membuatkan dhiya tidak mahu duduk dalamnya. Nanti saya kongsikan mengapa Fake ErgoBaby ini tidak selamat. Kali ni nak tunjuk saya punya gendong dulu. Hihi.

Oleh itu, saya nekad untuk membeli authentic baby carrier tak kisahlah local atau international brand. Saya memerlukannya kerana memudahkan saya membawa dhiya ke sana-sini.

Syukur Alhamdulillah, ada kedai baby di sekitar pejabat saya buat clearance sale yang saya tahu mereka menjual baby wearing ni. Apa lagi, grab teruss SSC dari Big Eyes Shop. Jom tengok saya wear the baby. Hihi.





Sangat best!!

Saya pakai ssc ni sepanjang bercuti di LANGKAWI baru-baru ni. Langsung tak rasa sakit pinggang. Seronok sangat. Mula-mula memang dhiya agak tidak selesa kerana masih baru kan. Tak biasa lagi. Tapi bila berjalan, dhiya ok je. Langsung tak merengek. Cuma tidak tidur walaupun mengantuk. Mungkin masih perlu diperbetul cara saya pakai.

Saya cuba pulak posisi belakang bila tengok dhiya dah ngantuk tapi tidak masih tak boleh tidur. Tup-tup, terus tertidur tak sampai 5 minit saya kendong di belakang. So, this ssc sangat berbaloi untuk dipakai. Sebab kadang-kadang anak kita ni tak mahu duduk dalam stroller dan susah nak bawak stroller ke sana sini. Nanti saya kongsikan antara babywearing yang boleh kita pilih dan jenis-jenisnya. Sangat menarik tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...