Isnin, 26 November 2012

VITAMIN IBU MENYUSU YANG MEMBERI TENAGA DAN KURANGKAN KELETIHAN


“Badan rasa letih lesu, penat dan sakit-sakit setelah berulang kali menyusukan dan menguruskan anak,” keluhan ini biasa kita dengar daripada ibu-ibu yang bekerja. Apa lagi yang sedang menyusukan anak. Kadangkala letih dan lesu menyebabkan ibu menyusu sering berasa nak tidur, mengantuk, dan sebagainya. Situasi ini juga pernah saya tempuhi, apatah lagi perlu berulang-alik ke pejabat yg jauh. Tidur tidak cukup kerana anak bangun kerap menyusu, badan jadi kejang dan sakit-sakit. Memandu ke pejabat dengan rasa mengantuk, dan seringkali tertidur di meja pejabat. Semua ini pernah membuatkan saya tertekan dan rasa letih lesu.

Apakah penyebab rasa letih dan lesu?

1. STRESS

Stress  boleh menyebabkan badan berasa letih dan lesu. Apabila stress, kita akan jadi malas nak berfikir, asyik fikirkan benda yang menekan jiwa hingga menjadikan badan letih, lesu, lemah dan sebagainya. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan stress boleh membawa kepada penyakit2 fizikal juga.

2. KEKURANGAN ZAT

Kurang zat, terutama vitamin B Complex menyebabkan badan berasa letih dan lesu. Vitamin B12 dalam B complex bertugas membawa oksigen ke serata sel tubuh badan kita. Apabila sel badan kita kurang oksigen, maka kita akan mudah berada penat, letih dan lesu. Kekurangan vitamin B complex juga memberi kesan kepada metabolisma tubuh, kawalan stress, sistem saraf dan sebagainya.

3. KURANG DARAH (ANEMIA)

Kurang darah atau anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi (zink) boleh memberi kesan kelesuan pada badan. Zat besi penting dalam pembinaan sel darah merah. Seseorang yang menghidap anemia lebih mudah penat dan cepat rasa nak marah,

4. BADAN YANG TIDAK SIHAT

Sedang selesama, demam, batuk dan sebagainya memberi kesan kepada tenaga badan. Seorang yang tidak sihat lebih cenderung untuk berehat dan tidur kerana badannya mudah penat.

5. MAKAN YANG TIDAK TERATUR
Waktu makan yang tidak teratur memberi kesan kepada imunisasi yang mengurangkan tenaga dalam badan. Jadi, makanlah dengan teratur, terutama ibu-ibu yang menyusukan anak.

6. MASALAH-MASALAH ORGAN DALAMAN

Seseorang yang bermasalah dengan buah pinggang, jantung, dan sebagainya cenderung untuk berasa letih dan lesu daripada orang yang sihat.

Bagi seorang yang normal, biasanya penyebab keletihan dan kelesuan adalah yang nombor 1,2,3, dan 5.

Oleh itu, set B (breastfeeding) disusun sebegitu rupa dengan 3 VITAMIN YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH, dan kami tidak  menyarankan alfalfa semata-mata, kerana seorang ibu menyusu TIDAK HANYA PERLU MEMBANYAKKAN SUSU tapi perlu menjaga tubuh badannya sendiri daripada perkara-perkara seperti keletihan, stress, tidak sihat dan sebagainya.

Di dalam set B (breastfeeding), vitamin-vitamin yang melengkapkan keperluan ini adalah Vita-Lea (multivitamin), B-complex, vitamin C dan alfalfa (sebagai penggalak susu). Seseorang itu boleh mengambil alfalfa sahaja, tetapi untuk memberikan khasiat optimum kepada tubuh ibu, satu set B adalah lengkap bagi keperluan ibu (vitamin) dan anak (susu).

Ibu yang tertekan mungkin tidak dapat menyusukan anaknya dengan baik. Ibu yang keletihan mungkin tidak dapat melakukan banyak kerja di rumah atau di pejabat. Apabila seorang ibu dalam keadaan gembira, bertenaga, riang… anak pun dapat merasai auranya. Apalagi anak yang disusukan dengan susunya sendiri.

Ramai ibu yang mendapati perubahan pada tubuh badan mereka seperti kurang keguguran rambut, lebih ceria, kulit lebih cantik, kurang penat, lebih tenang dan jarang selesema, etc. selepas pengambilan set B (breastfeeding). Ia adalah satu situasi win-win yang mana ibu dapat, anak pun dapat.

Untuk sebarang pertanyaan tentang set penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya :

Nazirah Abdullah
Shaklee independent distributor
Contact / whatsapp : 013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com


IBU BIJAK, ANAK SIHAT!

credit to : vitaminsemulajadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...