Isnin, 29 April 2013

NURSING STRIKES : ANAK ANDA MOGOK SUSU



Para ibu telah cemerlang dalam ilmu menyusukan bayi sedari lahir. Kita juga telah berjaya mengatasi masalah penyusuan yang lazim dialami ibu-ibu muda. Sebagai contoh, susu yang tidak keluar pada awalnya telah berjaya diatasi dan bayi kenyang sepenuhnya dengan susu kita, puting mengalami bengkak, sakit, berdarah dan pedih, dan susu mulai cukup untuk bayi anda setiap hari. Siap dapat buat stok untuk berbulan2! Tahniah ibu-ibu sekalian! ;)

Namun, secara tiba-tiba, bayi kita seperti menolak untuk menyusu dengan kita. Bila disua, dia menangis dan memalingkan wajahnya kearah lain serta menolak kuat badannya jauh dari badan kita. Bila ini terjadi, pastinya ibu merasa sedih, bingung dan sayu.. saya sendiri pernah mengalaminya. Rasa hati tuhan saja yg tahu. Mahu saja menitik air mata. Qisya tak mahu susu ibu dah ke? Susu ibu tak keluar ke? Macam2 yang saya fikirkan. Pernah tak ibu-ibu di luar sana mengalaminya?

Fasa ini disebut NURSING STRIKES.

Saya sebenarnya sering mendengar perkataan ini di forum2 ibu menyusu, namun tidak pernah mengambil peduli. Malas nk baca kononnya. Teruk sungguh. Sehinggalah tiba-tiba datang kerajinan untuk meneliti pembacaan NURSING STRIKES ni. Rupa-rupanya saya pernah mengalaminya. Nasib baik saya masih dapat teruskan penyusuan sehingga anak saya pun gian menyusu.kehkeh! oleh itu saya rasa bertanggungjawab berkongsi entri kali ini agar ibu-ibu tidak cepat mengalah menyusukan bayi mereka.

APA ITU NURSING STRIKES?
Nursing strikes atau ditranslate oleh saya sendiri adalah mogok penyusuan. Di mana bayi mula dilihat seperti tidak berminat untuk menyusu badan dan menolak untuk menerima susu secara terus. Ini biasa terjadi kepada bayi di lingkungan umur 3 hingga 8 bulan.

BERAPA LAMA IA BERLANGSUNG?
Mogok penyusuan biasanya berlangsung hanya beberapa hari dan paling lama adalah seminggu. Punca berlakunya kengganan menyusu masih tidak dapat ditemui.

ADAKAH SITUASI INI MENANDAKAN BAYI MAHU BERHENTI MENYUSU?
Terdapat juga ibu-ibu mentafsirkan bahawa bayi mereka tidak lagi mahu menyusu sehingga menyebabkan ibu-ibu berhenti menyusukan di awal bulan. Biasa berlaku ibu memberhentikan penyusuan pabila mogok susu ini berlaku ketika umur bayi 6 bulan ke atas.

Terdapat beberapa factor nursing strikes ini berlaku :

     1.      Mastitis
bekalan susu anda boleh berkurang selepas berlaku jangkitan payudara, dan paras natrium yang meningkat membuat rasa susu masin. Ini adalah masalah sementara, tetapi bayi anda tidak tahu.

    2.      Tumbuh gigi
Sesetengah bayi bertindak balas terhadap ketidakselesaan tumbuh gigi, ada yang ingin lebih kerap, ada juga akan menolak untuk menyusu.

     3.      Penyakit
Jika hidung bayi anda tersumbat, sejuk, dan terdapat jangkitan telinga, atau ngilu di dalam mulut, menyusu mungkin tidak selesa untuknya. Jika dia mempunyai jangkitan telinga, berbaring di atas telinga yang dijangkiti itu boleh menjadi tidak selesa. Cuba menyusukan dia dalam kedudukan tegak untuk mengelakkan tekanan pada telinga yang terjejas. Jika hidung sesak, minta doktor anda tentang cara-cara untuk unclog (biasanya titisan masin, hidung penyedut, humidifier, atau dia boleh mencadangkan ubat-ubatan untuk mengurangkan pengeluaran mukus).

    4.       Reaksi kepada tekanan
Sesetengah bayi akan bertindak balas terhadap rangsangan negatif mogok susu. Tekanan ini mungkin disebabkan oleh adik-beradik yang bersaing untuk perhatian ibu semasa penyusuan, perubahan dalam persekitaran (seperti perjalanan ke tempat baru atau berpindah ke rumah baru), reaksi ibu yang keterlaluan apabila digigit atau tekanan yang teruk dalam hidup.

     5.       Pemisahan berpanjangan dari ibu
Kadang-kadang bayi akan menolak untuk meneruskan penyusuan selepas ibu berjauhan pada hujung minggu atau lebih.

    6.      Bekalan susu yang rendah
Ini boleh disebabkan oleh jangka masa yang panjang antara penyusuan, berlebihan botol atau puting, atau penyakit pada ibu.

     7.      Satu perubahan dalam rasa susu
Menggunakan krim atau salap (selain daripada lanolin terutamanya dirumuskan untuk ibu-ibu menyusu, yang tidak berbau dan tanpa rasa), penggunaan produk baru seperti syampu atau deodoran, dan perubahan sesuatu dalam diet anda (seperti produk tenusu atau kafein yang berlebihan) boleh menyebabkan bayi menolak payudara.

Jika ini berlaku, janganlah ibu-ibu mudah mengalah. Ini hanyalah sementara, bayi anda boleh menyusu selama mungkin yang dia mahu. Hingga ada juga yang susah mahu berhenti. Banyakkan bersabar dan jangan hentikan penyusuan. Terdapat tips2 untuk menangani masalh ini.

BAGAIMANA MEMUJUK ANAK YANG MOGOK SUSU SUPAYA MENYUSU KEMBALI  :
1) Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu laju. Para ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu lebih baik & puting lebih panjang.
2)   Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis.
3) Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur.
4)  Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi & malap.
5)  Cuba susukan dalam keadaan bergerak spt berjalan, mendodoi, mengenjut dll yang dilihat sesuai dengannya.
6)   Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh.
7)  Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu.
8) Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu.
9)   Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti dahulu & tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya.
 
Biasanya tempoh ini tidak mengambil masa yang lama (bergantung kepada bayi). Ibu-ibu perlu memerah susu seperti biasa. Gunakan pam yang boleh memerah susu secara serentak (double pumping) bagi meningkatkan hormon pengeluaran susu.
Beri susu perahan kepada bayi dengan sudu, picagari, penitis ubat & cawan. Penggunaan botol boleh dielakkan. Jika terpaksa guna botol pastikan puting yang digunakan mempunyai aliran susu yg perlahan supaya bayi bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia lebih mudah beralih untuk menyusu badan.

1 ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...