Selasa, 2 Julai 2013

GASTRIK MENJENGAH MENJELANG PUASA RAMADHAN?

Bila menjelang sahaja bulan puasa iaitu di bulan Ramadhan ni, kes pesakit yang datang ke klinik dan hospital disebabkan gastrik akan meningkat. Ini disebabkan disiplin makan yang salah beberapa minggu sebelum dan ketika bulan puasa.


Gastrik ialah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut berkenaan. Untuk orang awam, gastrik biasanya disebut sebagai ‘angin’.


Biasanya, pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian tengah atas abdomen yang terletak di bawah tulang rusuk. Pedih ini juga dikatakan ‘merebak’ ke bahagian tengah dada dan digambarkan seperti rasa ‘terbakar’ pada bahagian itu.


Sakit ini juga boleh dirasa hingga ke bahagian belakang badan. Selain itu, pesakit akan sendawa dan membuang angin dengan banyak berbanding kebiasaannya. Pesakit juga mengalami pening, loya, muntah.

Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Tentu merunsingkan anda kan? Ibadah puasa tidak dapat dijalankan dan perasaan rugi yang amat sangat. Pulak tu, kena ganti balik. 

Antara sebab gastrik yang utama ialah amalan waktu makan yang tidak teratur. Seringkali penghidap gastrik terpaksa minum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus diganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.


TANDA GASTRIK MUDAH DIKESAN KERANA IA MENYEBABKAN KETIDAKSELESAAN PADA PERUT. ANTARA TANDANYA IALAH :
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen).
  • Rasa senak, berangin atau pedih.
  • Rasa tidak selesa.
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
  • Rasa mual (loya) dan muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk).
PUNCA-PUNCA GASTRIK:
  1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan.
  3. Pengambilan kokain.
  4. Merokok.
  5. Stress.
  6. Gangguan auto-imun.
  7. Radiasi dan kemoterapi.
  8. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun.
  9. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
  10. Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
  11. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
  12. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
TIPS PENCEGAHAN SEPANJANG BULAN PUASA
  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.
  2. Bersahurlah pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
  4. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur.
  5. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  6. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  7. Elakkan makanan yang berlemak.
  8. Hindari sesetengah sayuran yang mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. 
  9. Bersahurlah  dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  10. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU MENGATASI MASALAH GASTRIK

1) ESP (Energising Soy Protein)

Pengambilan ESP dapat membantu mencegah dan meringankan masalah gastrik ini. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP dapat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. Selain itu, ESP membantu memberi tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Sangat bagus utk pesakit gastrik kerana biasanya pesakit gastrik tidak dapat bertahan lama untuk berpuasa.

2) OSTEMATRIX (sumber Kalsium)

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut. Selain itu, ia bagus untuk rasa ketidakselesaan pada badan dan sendi-sendi.

3) PEPPERMINT GINGERPLUS

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Nak lebih bertenaga, tiada rasa lapar yang memungkinkan anda diserang gastrik kembali? Amalkan set ini, Insya Allah dapat meringankan masalah anda dan ibadah berpuasa lebih sempurna!

Berminat dengan pengambilan SET GASTRIK UNTUK SIHAT & CERGAS DI BULAN PUASA ini? Hubungi saya, untuk sebarang order dan konsultasi. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)

nazirah abdullah
013-353 2798
azrinaz86@yahoo.com


1 ulasan:

  1. pesakit gastrik atau sesiapa sahaja perlu makan dengan teratur

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...