Rabu, 3 Julai 2013

KITARAN HAID - TENTUKAN WAKTU SUBUR ANDA!

OVULASI

Masa saya bujang hinggalah beranak satu, saya tak faham dan kurang mengambil tauh tentang ovulasi. Tau sebut je. Untuk kira subur pun saya kira 14 hari selepas haid. So, agak-agak ajelah sepanjang masa tu waktu subur.

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari kita. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid kita. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran. 

BAGAIMANAKAH OVULASI MENENTUKAN BILA SAYA BOLEH HAMIL?

1 telur dan 1 sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi kecuali, ia di senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam salur genital (vagina, uterus atau tiub falopio). Didapati bahawa sperma boleh hidup dalam badan sehingga 7 hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap 3 atau 4 hari sekali. 

Oleh itu, tidak semestinya kita perlu kira waktu ovulasi yang tepat untuk bersama untuk memudahkan hamil, namun memadai untuk bersedia pada waktu “ruang subur terbuka” iaitu dalam 4 hingga 5 hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru. 

CARA MENENTUKAN WAKTU SUBUR
Ovulasi selalunya berlaku 12–16 hari sebelum haid anda bermula semula. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari (hari pertama haid adalah Hari 1), ovulasi berlaku sekitar Hari 13 hingga ke 15. Panjang kitaran haid normal, walau bagaimanapun, adalah antara 23 hingga 35 hari, jadi ovulasi boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dalam kitaran itu. Secara ringkasnya :
Kitaran haid purata    = 7 hari
Waktu ovulasi                         = 12 – 16 hari sebelum haid
Kitaran haid normal   = 23 – 35 hari

Selain itu, kita sebenarnya boleh merasa perubahan atau tanda-tanda waktu subur melalui tindakbalas badan dan hormone kita setiap bulan. Bila diketahui tanda-tanda ini, rasanya ianya sgt menarik kan? Hihi. ya, ada antaranya saya sendiri dapat rasakan. Anda pun boleh mencuba! ;)

TINDAKBALAS BADAN SEMULAJADI YANG MENUNJUKKAN WAKTU SUBUR ANDA

1) PERUBAHAN MUKUS SERVIKS
Jumlah mucus yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa.

Tekstur mucus yang jernih, licin dan anjal menandakan waktu yang paling subur. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur. 

2) SAKIT PINGGANG 
Sebanyak 1/5 wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika dapat dirasa sakit yang serupa pada masa yang hampir sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka. 

3) PERUBAHAN PENAMPILAN DAN PERLAKUAN
Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid kita dan mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila kita mendekati ovulasi. 

4) RASA SEKSI & SUKA MEMIKAT 
Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian. 

5) KELIHATAN BERGETAH, BERGETAH, BERGETAH! 
Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi.

6) BAU YANG MEMBUAT LELAKI GILA! WOW!
Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...